View: 3870|Reply: 27
|
[Tempatan]
KR1M bantu rakyat jimat berbelanja?
[Copy link]
|
|
[VIDEO] MURAH dan kualitinya setanding dengan produk jenama lain, antara sebab utama barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menjadi pilihan orang ramai.
Pekerjanya yang mesra pelanggan membuatkan rata-rata pengguna berpuas hati dengan kewujudan KR1M di kawasan bandar atau luar bandar. Malah orang ramai boleh menikmati barangan asas pada harga mampu milik.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad, berkata Perdana Menteri telah menetapkan sasaran agar semua Parlimen di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah KR1M.
Menurutnya, ia bertujuan memberi peluang kepada semua rakyat mendapatkan barangan keperluan harian berjenama 1Malaysia Kedai Rakyat (1MKR) pada harga yang lebih berpatutan berbanding jenama nasional lain.
“Pada masa sekarang sebanyak 569 buah premis perniagaan seperti kedai TUKAR, kedai runcit biasa, kedai koperasi dan kedai serbaneka menjual produk 1MKR.
“Jika lebih ramai peruncit produk 1MKR di premis mereka, ia akan membantu meluaskan pemasaran produk tersebut, khususnya di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai KR1M,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata sehingga hari ini terdapat 142 buah KR1M dibuka di seluruh Malaysia, selepas secara rasminya diperkenalkan pada tahun 2011.
“Daripada jumlah itu sebanyak 16 buah KR1M dibuka sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
“Saya bersyukur kewujudan KR1M ini dilihat banyak membantu meningkatkan kos sara hidup rakyat tanpa mengira kaum dan objektif ini bertepatan dengan kehendak kerajaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Ameer berkata, keistimewaan produk di bawah label 1Malaysia yang dijual di KR1M adalah produk sedia ada di pasaran, tetapi hanya diubah dari aspek pembungkusannya sahaja.
“Walaupun dari aspek pembungkusan nampak ringkas, pihak kita amat menitikberatkan kualiti sesuatu barang dan semuanya telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan melalui sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI).
“Di KR1M juga kebanyakan produk adalah daripada usahawan kecil tempatan yang mana dijenamakan semula kepada jenama 1Malaysia,” katanya.
Sambutan menggalakkan
Pengurus Kawasan KR1M Selangor/Perak, Norhaizat Mustaffa berkata, permintaan daripada masyarakat setempat amat menggalakkan dan KR1M Sungai Besar menjadi pilihan utama penduduk.
Jika awal pembukaan dahulu hanya terdapat 230 barangan dijual, tetapi kini bertambah kepada 330 barangan melibatkan produk makanan, penjagaan diri, peralatan rumah dan aksesori wanita.
“KR1M di sini umpama pusat sehenti untuk individu berkeluarga dan orang muda membeli tanpa mengira latar belakang pendapatan.
“Daripada maklum balas yang kami terima, pembeli rata-rata memberi komen positif dan setakat ini belum ada sebarang rungutan barangan 1Malaysia tidak berkualiti,” katanya.
Pengguna puas hati
Bagi pengusaha kedai makan, Norhayati Mohd Ariffin, 38, sejak KR1M dibuka dua tahun lalu di Pekan Sungai Besar, dia menjadi pelanggan tetap kedai itu.
“Sebagai peniaga kedai makan, setiap hari saya perlu menambah stok barangan asas seperti gula, susu, tepung gandum, beras dan lain-lain. Jadi dengan harga yang murah di sini, saya dapat beli dalam kuantiti yang banyak.
“Dengan tawaran harga yang lebih rendah saya boleh menjual makanan pada harga berpatutan kepada orang ramai,” katanya.
Hanif Sabudin, 23, pula berkata, sebagai anak lelaki yang telah bekerja dan tinggal bersama keluarga, menyediakan keperluan dapur adalah salah satu tanggungjawab untuk meringankan beban ibu bapa.
“Saya bersyukur KR1M banyak membantu saya dalam berbelanja setiap bulan. Contohnya jika di kedai biasa atau pasar raya harga beras 10 kilogram di antara RM23.90 hingga RM25.90 tapi di sini saya boleh beli pada harga RM22.90 sahaja.
“Memandangkan peningkatan kos sara hidup masa kini, saya harap KR1M dapat terus membantu rakyat mengekalkan harga murah sepanjang masa,” katanya.
KR1M juga menawarkan peluang kepada mana-mana individu yang berminat serta mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang peruncitan untuk menjadi pengusaha KR1M tertakluk kepada syarat ditetapkan.
Walaupun dengan margin keuntungan yang kecil, tetapi dengan jumlah jualan yang tinggi pengusaha boleh berjaya. Sekiranya ada mana-mana pihak berminat boleh dapatkan maklumat daripada pejabat KPDNKK di seluruh negara atau layari laman web kpdnkk.gov.my.
Sumber:Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi la 50% kurang kalau betul2 nak bantu |
|
|
|
|
|
|
|
semuanya barangan mydin.... |
|
|
|
|
|
|
|
murah ke???bg aku laa,hrg brg kt KR1M ni lbh krg sama jer dgn pasaraya2 yg lain...kdg tuh,kt psraya besar lagikkk murah! |
|
|
|
|
|
|
|
rasenye kt giant ngan tunas manja lg murah.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya
rakyat disuruh beli yg murah ( dh semestinya gred lbh rendah )
mereka kat atas melantak yg baik2 jer
dlm iklan cakap "SETANDING DENGAN JENAMA MAHAL"
harrkkhh tuiiii |
|
|
|
|
|
|
|
hyldia posted on 13-10-2014 08:24 AM
murah ke???bg aku laa,hrg brg kt KR1M ni lbh krg sama jer dgn pasaraya2 yg lain...kdg tuh,kt psraya ...
Haah betul..kedai ni ada dekat umah aku..kadang2 brg diorg lbh kurang je harga dgn mydin..ada pasaraya yg jual lg murah dr kedai rakyat 1m |
|
|
|
|
|
|
|
Yang jenama 1msia je yang murah...jenama trrkenal yang sedia ada sama aje...kadang kala pasaraya besar bila offer lagi murah harganya |
|
|
|
|
|
|
|
Suka beli muruku kacang dhal. Mmg sedap.... |
|
|
|
|
|
|
|
kualiti setanding??
pernah beli sirap berjenama 1Malaysia. jangankan saya, anak saya yg 3 tahun pun tau komplen.
keomplen sebab apa, cer lah beli dan rasa sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
hyldia posted on 13-10-2014 08:24 AM
murah ke???bg aku laa,hrg brg kt KR1M ni lbh krg sama jer dgn pasaraya2 yg lain...kdg tuh,kt psraya ...
betul tu saya pernah singgah kedai bergerak KRIM di BB Bangi.
|
|
|
|
|
|
|
|
arasham posted on 13-10-2014 09:33 AM
betul tu saya pernah singgah kedai bergerak KRIM di BB Bangi.
Singgah je...belinya takda...mana ada standard khennnn? Busuk busuk pun groceries shopping nko kat JAYA grocer?
Yelah anak anak lawyer doctor engineer, mana ada standard stakat beli dari kedai bergerak KRIm khennn, khennnn?
Kah3X |
|
|
|
|
|
|
|
kaya terus kaya yang bawahan terus kayap |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah beli fruit cocktail yg dalam tin tu. Ok juga rasa dia. setanding dgn harga (murah skit berbanding cap ayam brand). |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya bersyukur kewujudan KR1M ini dilihat banyak membantu meningkatkan kos sara hidup rakyat tanpa mengira kaum dan objektif ini bertepatan dengan kehendak kerajaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Ni typo error ke atau memang statement dia macam tu???
|
|
|
|
|
|
|
|
still ade yg lagi murah dr KR1M.. tapi iols suke papadom nye...99sen sahaja... hahhaha...sedap pon sedap! macey la KR1M |
|
|
|
|
|
|
|
pernah beli air oren kat kr1m putrajaya..
lepastu sakit perut |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah msk dan x pernah beli brgannya so xleh nak komen camner
td ada baca kat bangi ada KR1M ni
kat ner tu, nampak benor dok sini tp x taw |
|
|
|
|
|
|
|
crankshaft posted on 13-10-2014 09:38 AM
Singgah je...belinya takda...mana ada standard khennnn? Busuk busuk pun groceries shopping nko kat ...
tak pandai membaca rupanya anda ini..
|
|
|
|
|
|
|
|
MURAH dan kualitinya setanding dengan produk jenama lain
silakan pergi mampus sekarang. kualiti tahap barangan reject mydin je!
lagi satu, harga barangan jenama biasa LEBIH MAHAL 0.10-0.60 berbanding pasaraya/hypermarket.
beli kar kr1m ni mengayakan kroni je |
|
|
|
|
|
|
| |
|