CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3133|Reply: 16

[Tempatan] Pemuda Umno gesa Putrajaya kaji semula tayangan filem Drakula

[Copy link]
Post time 7-10-2014 12:51 AM | Show all posts |Read mode
Seorang ahli exco Pemuda Umno hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula kelulusan penayangan sebuah filem Hollywood “Dracula Untold” yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.


Dr Fathul Bari Mat Jahya membuat gesaan itu menerusi laman Twitter, mengatakan penayangan filem tersebut perlu dinilai kembali kerana ia mempunyai unsur yang menghina agama Islam.


"Filem 'Dracula Untold' perlu dinilai semula penyiarannya. Ada unsur-unsur menghina Islam," katanya melalui akaun Twitternya @ustazfathulbari.
Beliau juga turut menghantar mesej itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan meletakkan tag nama mereka.


Beliau ketika itu menjawab pertanyaan seorang daripada pengguna Twitter yang mendakwa filem itu sensitif kerana mempunyai babak yang menunjukkan di dalam perjanjian antara Sultan Turki dan Putera Transelvania, tertulis nama Allah.


"@markajinmim ada babak perjanjian dari darah atas kertas yang tertulis nama Allah. Sudah tentu menyentuh sensitiviti umat Islam," kata Fathul.
Katanya, gesaannya itu bukan sahaja dilakukan terhadap filem menghina Islam bahkan beliau akan lantang mengkritik sekiranya ia terjadi kepada mana-mana agama.


"Kita juga tidak bersetuju mana-mana filem atau drama yang ada unsur penghinaan kepada mana-mana agama selain Islam. Islam menyeru umatnya menghormati perbezaan agama," katanya.


“Dracula Untold” yang kini di tayangkan di pawagam merupakan produksi Universal Pictures diarahkan oleh Gary Shore.


Ia merupakan sebuah filem bergenre fiksyen seram diadaptasi melalui novel terkenal dari Irish iaitu Bram Stocker.


Ia mengisahkan seorang putera, lakonan Luke Evans, yang memerintah Transylvania terpaksa membuat perjanjian bagi menjadikan dirinya seorang pahlawan hebat demi menyelamatkan kerajaan dan keluarganya daripada cengkaman tentera Turki.


Filem tersebut dikritik kerana bukan sahaja memaparkan adegan bertulis kalimah Allah malah kerana menggambarkan watak antagonis Sultan Turki Sultan Mahmet II sebagai seorang kejam yang mengambil kanak-kanak menjadi bala tenteranya.


Fathul turut menggesa Perbadanan Filem Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) memberi perhatian ke atas isu itu kerana katanya, sekiranya badan itu terus meluluskan penayangan filem yang tersasar daripada perkara sebenar, ia akan mendatangkan kesan buruk.


"Apabila yang tidak benar ditayangkan juga, implikasinya adalah buruk. Sebab itu saya cenderung kepada menilai semula penyiarannya. Bergantung kepada kebijaksanaan Finas," katanya. – 6 Oktober, 2014.


Sumber:https://my.news.yahoo.com/pemuda ... ilem-094429983.html
Last edited by GhostWalking on 6-10-2014 05:53 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru plan nak tengok esok...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 01:05 AM | Show all posts
sure ramai balaci2 barua kokosen anti islam menyalak macam anjing dalam thread ni...






Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 01:48 AM | Show all posts
aku dah agak dah.....huhu


musti jadi isu punya. huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2014 01:52 AM | Show all posts
Weller posted on 6-10-2014 05:48 PM
aku dah agak dah.....huhu

Hang dah tengok kan?Betoi ka?Cuba summarize sikit
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
LPF mana dh berkubur ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2014 01:56 AM | Show all posts
tengah main kat odeon la ni citer ni ..Dracul ...hmm...pada i citer like  hmmm

The most wanted man tu menarik gak ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 02:04 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 7-10-2014 01:52 AM
Hang dah tengok kan?Betoi ka?Cuba summarize sikit

aku tengok 1st day release. huhu


betul la apa yang dikomplen tu. surat perjanjian ada kalimah Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 02:10 AM | Show all posts
Weller posted on 7-10-2014 02:04 AM
aku tengok 1st day release. huhu

actually wujud ke negara ni  di eastern ? Europe

sebab masa dulu pun i tak tahu u ingat ke tak - ade je citer Dracula kan ...ade juga buat sedutan awal awal citer tentang peperangan ...

dan lagi satu masa i was in my teens - ade tau satu citer Transylavania  6 500 ....lawak citer ni ade tak lagi ye kat you tube citer pasal hantu gak

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 02:19 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 7-10-2014 02:10 AM
actually wujud ke negara ni  di eastern ? Europe

sebab masa dulu pun i tak tahu u ingat ke tak  ...

translyvania nama lama romania kalu tak silap.


b4 tengok movie ni hari tu, terbaca kat benang movie pasal dracula ni.

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

[ambik dari sana]


Vlad Dracula versi versi yg ada:
Rumania

Bagi rakyat romania,...Dracula adalah seorang pahlawan nasional. Ini  karena hasil penat lelah dia usahanya menjaga Wallachia dari serangan musuh Kesultanan Otsmaniyah.Serta cara kekejamannya untuk menstabilitasi negara romania.

Pada sebuah cerita rakyat tentang piala Emas Dracula, ia menaruh sebuah piala emas di tengah kota untuk menjaga kejujuran rakyatnya. Piala itu berisi air dimana semua orang boleh meminumnya tapi tidak boleh memindahkan dan membawa piala tersebut. Ini adalah cara Dracula mengajarkan kejujuran rakyatnya yang dipandang bijaksana oleh rakyat Rumania.

Jerman dan Eropa Barat

Di Jerman dan negara Eropa Barat lainnya Dracula dipandang sebagai tirani berdarah dingin. Konon ia menyula lebih dari 500 pedagang Jerman dalam sebuah penyerangan di Transilvania. Hal ini membuat orang Jerman dan Eropa Barat sangat membenci kekejaman Dracula.

Kesultanan Utsmaniyah atau Turki

Sebagai musuh utama Dracula, Kesultanan Utsmaniyah tentu membenci Dracula. Ia penah membantai tentera2 Kesultanan Utsmaniyah di Tirgoviste, membakar para pelajar Turki di Wallachia, memaku topi utusan Kesultanan Utsmaniyah yang lupa melepaskan topi dan menyula 30.000 pedagang Turki.




jadi, hari tu tengok dracula dengan 4 perspektif di atas n sendiri punya. huhu.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 02:23 AM | Show all posts
Weller posted on 7-10-2014 02:19 AM
translyvania nama lama romania kalu tak silap.

hmm..sesat sungguh....hahaha sah.

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Boikot je tkyh tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 04:42 AM | Show all posts
Dr Fathul Bari Mat Jahya...baik punya PHD....grade melayu kot....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 08:40 AM | Show all posts
baru nonton semalam... dah agak akan jadi isu sbb mmg guna cop rasmi bertulis Allah selain penggunaan bendera kalimah tauhid dsb...

Sultan Mehmet II ni kan juga dikenali sbg al-Fateh, penakluk Constantinople?



Dimana Rasullullah SAW pernah bersabda ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)



Strategi peperangan beliau adalah terbaik dan terhebat lagi ajaib diakui sendiri oleh para strategist perang sbb beliau boleh alih kapal perang naik gunung dan turun ke belakang kota Konstantinopel dalam 1 malam... selepas hampir 700 tahun (kalau tak silap...) pecubaan pelbagai pihak menakluk kota tersebut...



Ada gak refer wiki.. mcm ada kisah gak pasal Dracula ni dgn Mehmet II...



Vlad III Dracul? Vlad the Impaler, Prince of Wallachia, 1460


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:38 PM | Show all posts
Filem seram ‘Dracula: Untold’ ditapis LPF sebelum ditayangkan



Filem Hollywood "Dracula Untold" yang didakwa mempunyai unsur menghina Islam mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum dibenarkan tayangannya di pawagam tempatan, kata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Unit Komunikasi Korporat dan Penerbitan Finas berkata dalam responnya terhadap dakwaan itu, filem itu diluluskan setelah melalui tapisan yang dibuat LPF, di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Penapisan filem dibuat oleh LPF di bawah agensi KDN," katanya melalui email kepada The Malaysian Insider.

Semalam, ulama Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya melalui akaun media sosial Twitter menggesa filem itu dinilai semula penyiarannya kerana ia mempunyai unsur yang menghina agama Islam.

Beliau turut menggesa Finas memberi perhatian ke atas isu itu kerana katanya, sekiranya badan itu terus meluluskan penayangan filem yang tersasar daripada perkara sebenar, ia akan mendatangkan kesan buruk.

"Apabila yang tidak benar ditayangkan juga, implikasinya adalah buruk. Sebab itu saya cenderung kepada menilai semula penyiarannya. Bergantung kepada kebijaksanaan Finas," katanya.

Menjawab perkara ini, Finas menjelaskan fungsinya bukan meluluskan penayangan seperti dikatakan Fathul.

"Fungsi Finas ialah menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan industri perfileman seperti menyediakan bantuan dana, latihan, pemasaran, kemudahan peralatan perfileman dan lain-lain," katanya.

Fathul yang juga exco Pemuda Umno dalam alasannya berkata, wujud babak antara watak Sultan Turki dan Putera Transylvania menandatangani dokumen perjanjian tertulis nama Allah sekaligus mengganggu sensitiviti penonton beragama Islam.

"Ada babak perjanjian dari darah atas kertas yang tertulis nama Allah. Sudah tentu menyentuh sensitiviti umat Islam," katanya dalam jawapan balas kepada pengguna twitter @markajinmim.

Katanya, gesaan itu juga dibuat terhadap mana-mana filem yang didapati ada unsur menghina agama lain selain Islam.

"Kita juga tidak bersetuju mana-mana filem atau drama yang ada unsur penghinaan kepada mana-mana agama selain Islam. Islam menyeru umatnya menghormati perbezaan agama," katanya.

Filem fiksyen hasil produksi Universal Pictures itu mula ditayangkan di Malaysia sejak 2 Oktober lalu dan kini berada di carta lima filem tertinggi mendapat sambutan penonton.

Filem bergenre seram itu diadaptasi daripada novel klasik hasil karya penulis Bram Stoker yang diterbitkan pada tahun 1897.

Watak "dracula" yang menghisap darah manusia karya novel Stoker kemudian menjadi popular dan sering kali dijadikan filem produksi Hollywood dan antarabangsa.

“Dracula: Untold” mengisahkan seorang raja lakonan Luke Evans, yang memerintah negara Transylvania terpaksa membuat perjanjian dengan syaitan bagi menjadikan dirinya pahlawan hebat demi menyelamatkan kerajaan dan keluarganya daripada pemerintahan kejam Turki. – 7 Oktober, 2014.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tayang je...generasi kita semua ade akal...depa tahula  pikir sendiri...no need to be overprotective...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 11:54 PM | Show all posts
rasanya adik dracula nama dia radu the handsome...pahlawan islam ottoman yang berperang dengan abang dia si dracula...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.883600 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list