NUR IMNA KHALISA mati ketika berada di bawah jagaan sebuah taska di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA - Kegembiraan seorang kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) menimang cahaya mata ketiga hanya bertahan tiga bulan apabila anaknya itu meninggal dunia ketika berada di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Presint 11 di sini kelmarin. Nur Imna Khalisa Muhamad Zamri, tiga bulan, ditemui dalam keadaan kaku dan kebiruan manakala mata, belakang badan serta telinga mempunyai kesan gigitan semut ketika hendak dijemput pulang pada pukul 5.45 petang oleh ibu bapanya.
Difahamkan, bayi tersebut tidak meminum susu ketika ditinggalkan di katilnya kira-kira pukul 3 petang dan sepanjang tempoh itu, pengasuh didakwa langsung tidak menjenguk mangsa.
|