[size=0.9em]Kuala Lumpur: Satu mayat yang belum dikenalpasti jantinanya ditemui terapung dengan hanya memakai seluar dalam di kolam takungan banjir, Kampung Batu, Jinjang di sini, petang tadi. [size=0.9em]Dalam kejadian 3.55 petang itu mangsa yang ditemui tertiarap di kawasan kolam itu oleh orang ramai segera di angkat naik dengan bantuan pihak bomba.
[size=0.9em]Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mangsa yang dianggarkan berusia 40 tahun kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
"Kami (polis) masih menyiasat identiti sebenar mangsa dan jantinanya dan tidak menolak kemungkinan mangsa sudah mati beberapa hari lalu," katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Katanya, sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis terdekat.
MANGSA ditemui dalam keadaan terapung oleh orang ramai.
|