CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2771|Reply: 8

[Tempatan] Lembah Klang dilanda ribut...

[Copy link]
Post time 29-9-2014 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Hujan lebat kira-kira dua jam yang melanda Lembah Klang sejak jam 3 petang, menyebabkan beberapa kawasan lalu lintas sesak teruk dan bergerak perlahan.

Menurut kenyataan dikeluarkan Skuad Bantuan Awal Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi laman Facebook (FB) antara kawasan yang mengalami kesesakan teruk itu adalah di Ampang Park dan Jalan Yew.

Laluan trafik bergerak perlahan antaranya di Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Bulatan Pahang, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Mahameru dan Jalan Cheras.

Sehubungan itu, ITIS DBKL menyarankan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu semasa hujan, nyalakan lampu kenderaan serta jaga jarak serta kelajuan kenderaan.


Pada masa sama, terowong Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) ditutup kira-kira jam 4.30 petang dan sistem banjir beroperasi.


Bagaimanapun, maklumat yang dikeluarkan menerusi laman Twitter SMART turut memaklumkan terowong SMART dalam proses pembukaan kira-kira jam 5.15 petang.

Manakala warga Shah Alam cemas seketika apabila hujan beserta angin kuat turut melanda beberapa kawasan di bandar raya itu petang tadi.

Kejadian bermula kira-kira jam 2.30 petang itu turut menyebabkan berpuluh pokok besar tumbang malah ada yang melintang di atas jalan raya yang menghalang lalu lintas.

Beberapa kenderaan juga turut rosak akibat ditimpa pokok yang kebanyakannya dilaporkan sekitar kawasan Bukit Jelutong.

Kejadian ribut kira-kira 10 minit itu juga turut merosakkan beberapa struktur bangunan di SK Bukit Jelutong.

Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) juga mengalami kesesakan sepanjang 200 meter selepas sebatang pokok tumbang yang menghalang lalu lintas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2014 08:52 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 09:21 PM | Show all posts
gelap gulita tadi macam pukul 7 malam
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah hujan lebat bab banjir dan jammed mcm x boleh nk elak lg
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujan bagai nak runtuh langit. Surprisingly trafic from setapak to kepong quite clear at 6.00pm.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ni kifarah kepada Selangor dan tertempias ke KL atas sebab Jemin eskrim jd MB.. Dengar cerita kajang pun kena banjir kilat..


.....Pas Pis Pus


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2014 10:01 PM | Show all posts
adui patutla....lepas balik dari lunch dgn opismate mat saleh kat pavillion i tgk langit masa lalu ikut berjaya times square dah hitam lepas tu angin kuat lain macam....nasib dia pandu kereta laju sampai gak ke opis sebelum hujan...dah dia duk janji nak ajak makan sana ikut jela....menakut kan tgk langit dan angin....

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 10:07 PM | Show all posts

moto boat gmbar last year
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2014 11:04 PM | Show all posts
tak perasan lak hujan lebat ribut bagai tadi.. duduk dalam opis aje sibuk meeting dari petang sampai ke malam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.459219 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list