CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1972|Reply: 3

[Tempatan] Harap kerajaan gubal 'Akta MAS' tahun depan

 Close [Copy link]
Post time 29-9-2014 04:50 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd berharap kerajaan akan menggubal 'Akta MAS' awal tahun depan sebelum MAS NewCo ditubuhkan pada pertengahan 2015.

Berdasarkan pelan pemulihan MAS bernilai RM6 bilion itu, syarikat akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia menjelang hujung tahun dan syarikat baharu (Newco) akan diwujudkan bagi meneruskan perniagaan syarikat.

Bagi mempermudah penstrukturan semula syarikat penerbangan negara itu secara menyeluruh dan seiring perkembangan semasa, kerajaan akan membentangkan satu rang undang-undang baharu di Parlimen, dikenali Akta MAS.

Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar berkata akta baharu itu sangat penting sebagai akta yang membolehkan dan usulnya dijangka dibawa oleh perdana menteri semasa pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober.

"Akta ini perlu disegerakan namun kami boleh menunggu sehingga tahun baharu bermula," katanya kepada pemberita di luar Forum Megatrends Khazanah 2014, di sini hari ini.




Beliau berkata, Khazanah Nasional sudah memulakan usaha untuk menggubal Akta MAS dengan Pejabat Peguam Negara.

Azman berkata, sebulan selepas pelan pemulihan MAS itu diumum, banyak sesi komunikasi antara Khazanah Nasional, MAS dan kerajaan diadakan.

Sementara itu, Azman hari ini turut mengesahkan bahawa Khazanah Nasional akan menyenaraikan Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd di Bursa Malaysia, namun perkara tersebut tidak akan dibuat pada tahun ini.

"Syarikat taman tema itu mencatat prestasi baik dan kita tidak mahu tergesa-gesa menyenaraikannya.

"Ini satu keputusan yang akan dibuat secara bersama oleh lembaga pengarah Khazanah dan Themed Attractions," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 05:03 AM | Show all posts
mergekan..Mod
@NIXAR
[Tempatan] Khazanah harap kerajaan gubal Akta MAS tahun depan
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=831967
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 07:41 AM | Show all posts
apa kah kandungan dan objektif "Akta Mas"...????
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 07:45 AM | Show all posts
tambahan undang2 dia skit je.
- borang "kematian dlm flite adalah tanggungjawab sendiri dan waris tidak bleh membuat sebarang tuntutan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040118 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list