|
Sarimah Ibrahim selamat bertunang
PASANGAN ini bakal melangsungkan pernikahan mereka pada 2 April 2015.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Sarimah Ibrahim selamat melangsungkan pertunangan dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Perkenalan selama sembilan bulan ketika sama-sama menghadiri majlis makan malam seorang kenalan membuka kepada perkenalan dua pasangan ini.
Sarimah yang ditemui selepas selesai majlis pertunangan itu nyata gembira dan bersyukur kerana majlis itu berlangsung dengan lancar.
"Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia ini sentiasa berubah.
"Tapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti," katanya.
Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin turut berangkat hadir ke majlis pertunangan itu.
Hadir sama, kedua-dua ibu bapa pasangan, Tunku Dara Naquiah Alharhum Tuanku Jaafar, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha, Ibrahim Ahmad dan Elizabeth Ibrahim Hanlon.
Last edited by maxim on 28-9-2014 07:27 AM
|
|