View: 3045|Reply: 13
|
[Jenayah]
Rompak Depan Tadika
[Copy link]
|
|
Subang Jaya: Sekumpulan ibu bapa yang sedang menunggu anak masing-masing di pekarangan pintu pagar sebuah tadika di USJ 4, di sini, berdepan saat cemas apabila diacukan parang oleh dua perompak.
Dalam kejadian jam 11 pagi kelmarin, penjenayah yang muncul menaiki kereta Toyota Vios merompak dua mangsa yang tidak sempat melarikan diri.
Mangsa, Pohying Cheah, 45, berkata, kejadian berlaku secara mendadak dan mereka tidak menyangka penjenayah berani melakukan rompakan di hadapan tadika.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia sedang berbual dengan beberapa ahli keluarga kanak-kanak yang belajar di tadika itu.
“Tiba-tiba muncul sebuah kereta Toyota Vios sebelum dua lelaki yang menaiki kenderaan itu menyerbu kami bersenjatakan parang.
“Saya sangkakan mereka ingin mengambil anak di tadika itu, namun tidak sangka mereka perompak,” katanya.
ANGGOTA polis melakukan pemantauan di sekitar kawasan tadika yang jadi sasaran perompak, kelmarin.
Pohying berkata, dia bersama beberapa ibu bapa pelajar lain tergamam sejurus melihat penjenayah yang memakai topi keledar itu mengacukan senjata.
“Mereka mengarahkan kami menyerahkan barang berharga antaranya beg tangan, telefon bimbit dan kunci kereta.
“Bagaimanapun beberapa mangsa lain sempat mencampakkan kunci kenderaan milik masing-masing ke dalam kawasan tadika yang berkunci itu,” katanya.
Dia bagaimanapun tidak sempat melakukan tindakan sama apabila kunci kereta miliknya dan seorang lagi mangsa dirampas penjenayah. “Bagaimanapun penjenayah hanya melarikan kenderaan Toyota Avanza milik salah seorang mangsa manakala kereta saya tidak diusik.
“Kejadian rompakan siang hari ini menakutkan, apatah lagi ia berlaku di kawasan perumahan,” katanya.
Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gementardepantadika/Article/index_html
p/s:Subang memang terkenal la dengan rompak samun siang hari.Kerap sangat dah berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 25-9-2014 11:26 PM
Melayu la ne.
Tak pasti tapi memang area subang macam USJ kerapkali jadi.Pelik padahal memang guarded sokmo rumah2 area tuh |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 26-9-2014 07:39 AM
Tak pasti tapi memang area subang macam USJ kerapkali jadi.Pelik padahal memang guarded sokmo ruma ...
Ne area sp ngan empire tu... Kawasan tu agak tak selamat sikit. Ngan kawasa. Asia cafe. Kawasan ne banyak mayu gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Buduh btol rompak.kat tadika... |
|
|
|
|
|
|
|
Bahayanya kalau macam ini. Nak pergi ambil anak pun tak selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aeroflot10 at 16-11-2023 11:05 AM
Test test 123 |
|
|
|
|
|
|
|
nk kata perompak miskin tp mampu plak merompak pakai vios. kalau pakai kancil cabuk beli 3rd hand boleh jugak disimpatikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin teruk perangai terrorist tanah meleis. |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 26-9-2014 07:26 AM
Melayu la ne.
Ko anti sgt dgn Melayu aphal bro....ni mesti aksi Jawa |
|
|
|
|
|
|
|
kat depan tadika pun diaorg nak merompak |
|
|
|
|
|
|
|
siang2 hari merompak yer
terdesak betul lah perompok2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
tadika tu mahal, yg anto mak bapak org kaya.senangla kena target
lain kali anto anak tu kt tadika kampung sket.
tarak sapa nk rompak.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya duduk USJ gaks, ada jua guard jaga, tapi rompakan tetap jadik.
Diorang (perompak) bukan takut sapa dah.
Aku kalau tengok guard kat rumah ni pun macam tak yakin jer, nampak cam selow jer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|