CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2329|Reply: 8

[Tempatan] Pengarah filem Ranjau Sepanjang Jalan, Datuk Jamil Sulong meninggal dunia

[Copy link]
Post time 25-9-2014 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah filem Ranjau Sepanjang Jalan, Datuk Jamil Sulong meninggal dunia
Astro Awani | Kemas kini: September 25, 2014
(Diterbitkan pada: September 25, 2014 23:07 MYT)


KUALA LUMPUR: Pengarah filem veteran terkenal Datuk Jamil Sulong meninggal dunia pada pukul 9.35 malam tadi di kediaman anaknya di Bukit Utama, Damansara.

Allahyarham dimasukkan ke sebuah hospital pada bulan lalu kerana angin ahmar dan dilaporkan telah koma sejak tiga minggu lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik selepas solat Jumaat.

Allahyarham berusia 88 tahun dan dilahirkan di Parit Sulong, Batu Pahat pada 6 Ogos 1926.

Berasal dari Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, Malaysia. Jamil Sulong merupakan anak Melayu yang ketiga yang diberi kepercayaan mengarahkan filem Melayu di MFP, Singapura selepas P.Ramlee dan Raja Mahadi.

Jamil Sulong juga dikenali sebagai penulis lirik untuk lagu-lagu nyanyian Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee.

Filem pertamanya Batu Belah Batu Bertangkup dihasilkan pada tahun 1957 diikuti dengan filem klasik Si Tanggang dan Lela Manja.

Allahyarham merupakan pengarah filem Melayu yang kedua paling banyak mengarah filem, namun filem-filem beliau yang telah merangkul anugerah filem paling banyak di persada antarabangsa.

Antara filem-filemnya yang terkenal termasuk Bidasari, Raja Bersiong, Gerak Kilat, Jiwa Remaja, Sayang Anakku Sayang, Jasmin, dan Ranjau Sepanjang Jalan.

Beliau juga terkenal sebagai penulis lirik dan lagu-lagunya termasuk lagu Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Azizah, dan banyak lagi.

Beliau menerima gelaran Datuk pada tahun 2001 dan pernah juga menghasilkan buku bertajuk Kaca Permata yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Rosnani Jamil dan tiga cahaya mata iaitu Arjunaidi, Anwardi dan Asnadi.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... ggal-dunia-44731?cp

..............

Inalillahiwainailaihirajiunnnn..

Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

amin..

Al-Fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-fatihah....
Salam takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah..innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah....alfatihah..semoga ditempatkn dikalangan org2 yg beriman..amiin
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 06:32 AM | Show all posts
al-fatiha
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 07:31 AM | Show all posts
takziah.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2014 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ranjau sepanjang jalan ni filem tentang apa? menarik tajuknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 09:03 AM | Show all posts
innalillah

RSJ tu novel kan?

arwah ni yg legend produced legends... tp budak2 skrg generasi kpop mana nak kenal...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2014 09:04 AM | Show all posts
Innalillah...takziah pada Mak Nani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.388387 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list