CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2423|Reply: 24

[Tempatan] GORES DAN MENANG TERUS MENGGANAS

[Copy link]
Post time 18-9-2014 01:11 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Seremban: “Sebelum ini kami ditampar ejen gores dan menang, kali ini diugut pula dengan kayu dan besi sepanjang satu meter,” kata Low Beng Yen selepas dia mencuba nasib kali kedua menuntut supaya wang isterinya dipulangkan dalam kejadian di syarikat gores dan menang di Taman Bukit Kepayang, di sini, semalam.
[size=0.9em]Low, 54, berkata, dia dan rakannya, Kong Chee Tern, 50, datang ke pejabat syarikat berkenaan jam 11.30 pagi selepas tidak puas hati dengan keengganan ejen gores dan menang memulangkan semula wang RM1,200 walaupun dituntut pada Isnin lalu.
[size=0.9em]“Malangnya sekumpulan 15 lelaki disyaki ejen gores dan menang menyedari kehadiran kami dan menghalang dengan mengacu paip besi dan kayu,” katanya di sini, semalam.
[size=0.9em]Menurutnya, kumpulan terbabit mahu menghalang dia daripada memasuki pejabat di tingkat satu premis perniagaan itu dan mendakwa akan memukul sekiranya mereka berdegil.
[size=0.9em]“Bimbang keselamatan kami, saya menghubungi Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Jason Lee Kee Chong meminta bantuan, ” katanya.
[size=0.9em]Sementara itu, Jason berkata, beliau bimbang keselamatan kedua-dua sahabat itu berikutan tindakan ejen gores dan menang seperti samseng itu.
[size=0.9em]Menurutnya, selepas dimaklumkan mengenai kejadian, beliau segera menghubungi polis meminta bantuan.
[size=0.9em]“Saya kesal dengan kejadian itu yang menggambarkan seolah-olah sindiket gores dan menang tidak dapat dibendung lagi,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Jalan Campbell, di sini, selepas membuat laporan polis mewakili mangsa, semalam.
[size=0.9em]Beliau berharap pihak berkuasa memandang serius perkara itu sebelum kejadian lebih buruk berlaku kerana sindiket terbabit sanggup bertindak membahayakan nyawa orang ramai.



-------------------------------------

Takde ke pihak yang ambil tindakan ke atas peniaga haram macam ni....ramai org tertipu..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 01:15 PM | Show all posts
ada lagik benda ni..
sejak dr dulu lagik mmg benda ni menipu
msih ada lg yg terpedaya..
kan da byk dihebahkan dlm paper..semua ni menipu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 01:22 PM | Show all posts
Cina tipu cina... lantak pi la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 01:25 PM | Show all posts
kat Tesco Seremban dua tu mmg ramai diorang kat parking lot.. menyampah nak park kereta pun xsenang, nampak kita sampai jer dia serbu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 01:25 PM | Show all posts
Lagi satu kalo siapa selalu dtg midvalley...ada satu group budak2 akan tunggu kat eskelator naik ke mv dari komuter station tu...sebok la dok promote ntah ape kebenda...org tak layan lagi sua2 kad/kertas tu kat muka org...kurang ajar sungguh...rasa nak bg penerajang jer...dah org tak  nak lagi nak paksa2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 01:25 PM | Show all posts
menda2 yg menipu camni tak nak boikot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2014 02:11 PM | Show all posts
ape susah, kau gores je belakang badan penipu2 ni dengan kerambit. biar depa tau ape makna gores yang sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 03:13 PM | Show all posts
Low, 54, berkata, dia dan rakannya, Kong Chee Tern, 50,


cina pn kena tipu gores dn menang ..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 03:15 PM | Show all posts
ingat kan pasai guris ...koupon parking .....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 03:34 PM | Show all posts
barang elektrik EWAY made in jerman ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 03:43 PM | Show all posts
GORES dan KALAH
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo diorg ada masalah baru cari MCA yaa...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:05 PM | Show all posts
Dah banyak orang tertipu dan dah berkali2 beritanya keluar kat akhbar pun masih ada yang terpedaya.  Nampak macam tak pernah baca newspaper ke hapa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:13 PM | Show all posts


biar aja mereka bergaduh bersama2..nanti kurang sikit masyarakat mereka
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:15 PM | Show all posts
Masalahnya approach diorg pun main ganaz lagi. org dah ckp x mau cara baik lagi nak provoke.

biasanya diorg aim org yg diorg rasa boleh makan. kalo aku lak aku akan jawab tanpa memandang muka diorg.

walaupun nampak macam sombong cara aku nie aku senang jer ckp. kalo aku nak beli aku dtg. kalo aku x nak x payah diorg dtg. kalo x penumbuk sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:43 PM | Show all posts
gores dan pokai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 04:43 PM | Show all posts
Bukan semua gores dan menang ini penipu. Aku pernah marah adik aku sebab mencuba gores dan menang ini.Tapi bila dia bawah balik hadiah hadiah yang di dapati nya , aku siasat mengenai nilai harga pasaran barang itu aku rasa macam tak percaya. Dengan membayar 2k plus dia dapat barang2 bernilai 4 k. Mungkin nasib dia baik kali itu kut
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:46 PM | Show all posts
kena panggil isis penggal kepala diorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat dulu2 main2kan budak2 gores dan menang ni. Sampai habis kad dia aku gores. Ape jadi agaknya kat budak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:24 PM | Show all posts
geng gores dan menang ni selalu aim org tua. yg dah pencen. so korang nasihat lah parent korang jgn cuba2 try benda merapu nih. bawak pi mahkamah pun belum tentu menang...sebab ada terma yg dia tulis mcm peraduan... lucky draw. so korang beli barang dapat 1 peluang lucky draw....try2 dapat habuk. beli barang...salah mangsa la yg pi beli blender harga RM1000 sape suruh. depa jual sah. hangpa beli pun sah. mangsa yg setuju dgn harga. lucky draw pulak mcm peraduan.

adalah lgi baik masuk peraduan BSN tuh. melabur dlm BSN...untung2 dapat mercedes. tak dapat kalu duit still ada.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.433711 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list