CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2731|Reply: 9

[Tempatan] Bangla Jadi Orang Minyak Tergelincir Terbaring Lesu Lelah

[Copy link]
Post time 18-9-2014 08:14 AM | Show all posts |Read mode
  • Pekerja warga Bangladesh ini bertukar menjadi orang minyak selepas terjatuh dalam tangki berisi cecair tar.
  • Di dalam tangki inilah seorang warga Bangladesh terjatuh ketika melakukan kerja penyelenggaran pagi kelmarin.



        KUALA BERANG - [DIKEMASKINI] Malang tidak berbau! Seorang pekerja warga Bangladesh bertukar menjadi orang minyak selepas terjatuh dalam tangki minyak berisi cecair tar, pagi kelmarin.

        Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa seorang pekerja di sebuah kuari di daerah ini terpaksa berendam dalam takungan cecair tar itu selama 20 minit sebelum berjaya diselamatkan setelah jeritannya didengari rakan sekerjanya.

        Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang berusia 30-an sedang melakukan kerja penyelenggaraan bagaimanapun ketika cuba mengambil peralatannya yang terjatuh ke dalam tangki berisi cecair tar tersebut dia tergelincir dan turut tercampak ke dalam tangki.

        Menurut sumber, mangsa menjerit meminta tolong beberapa lama sebelum pekerja lain menyedari kejadian itu dan berusaha membantu mengeluarkan mangsa.

“Pekerja warga Bangladesh ini dibawa keluar menggunakan tali yang diikat pada sebuah jengkaut kerana usaha awal membantu dengan cuba menariknya ke atas tidak berhasil.

        "Ketika dia berjaya ditarik keluar, dia begitu keletihan serta tidak bermaya. Malah, seluruh tubuhnya dipenuhi tar seperti orang minyak," katanya.

        Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

        Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Pegawai Bomba Salim Mansor berkata, pihaknya turut menerima panggilan berhubung kejadian itu yang memaklumkan ada seorang lelaki terjatuh dalam tangki minyak.

“Pihak kami menerima panggilan jam 10.02 pagi dan bergegas ke tempat kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota.

        "Sebaik tiba di sana didapati mangsa telah dibawa keluar oleh rakan sekerjanya daripada tangki tersebut," katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/terpaksa-berendam-dalam-cecair-tar-20-minit-1.317388


Last edited by GhostWalking on 18-9-2014 12:40 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 08:38 AM | Show all posts
tajuk ko tt pening aku baca...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 08:51 AM | Show all posts
kesiannya....bayangkan ler cam ne dok lam plumbum like it.....pergh!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 08:55 AM | Show all posts
Tajuk tak menahan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 08:57 AM | Show all posts
aisehhh mcm manalah boleh termasuk ke dalam tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 09:21 AM | Show all posts
lelah aku bce tajuk tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2014 09:42 AM | Show all posts
kasihan dia. bertungkus lumus mencari duit.
orang kita masih lagi dok mengharap bantuan datang

tapi jangan samakan nasib rakyat sendiri dengan pekerja asing katanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 10:11 AM | Show all posts
peh nasib baik bukan tar yang panas tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 10:33 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 18-9-2014 09:42 AM
kasihan dia. bertungkus lumus mencari duit.
orang kita masih lagi dok mengharap bantuan datang :diz ...

setuju dgn you babe.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 11:14 AM | Show all posts
kesian dia.. agaknye banyak tertelan minyak tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052562 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list