View: 4478|Reply: 16
|
[Tempatan]
Kedai Gunting Retro Berhantu
[Copy link]
|
|
Gopeng: Biarpun dikatakan ‘kedai berhantu’ oleh sesetengah pihak, kedai gunting rambut berusia lebih 60 tahun di Pekan Kampung Kepayang, Sungai Raya di sini, masih teguh beroperasi dan menjadi tumpuan masyarakat sekitar.
Kedai yang masih aktif itu tetap menarik perhatian ramai serta dikunjungi oleh pelanggan daripada pelbagai kaum dan usia.
Tidak kira Melayu, Cina atau India, semua pelanggan yang mendapatkan khidmat guntingan di kedai itu pastinya berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan ‘klasik’ yang dipraktikkan sejak sebelum merdeka lagi.
Mula beroperasi pada 1953, kedai gunting diuruskan generasi kedua iaitu R Gnasergaran, 63, masih menjadi tumpuan sehingga kini.
Tambah menarik orang ramai yang melalui jalan lama khususnya dari Gopeng ke Ipoh pastinya menyedari kewujudan kedai berkenaan berikutan ia adalah satu-satunya premis yang masih beroperasi di pekan lama itu.
Gnasergaran berkata, walaupun keadaan bangunan agak uzur dan lama, kebanyakan pelanggan masih setia menggunakan khidmatnya.
DERETAN kedai yang terletak di PekanKampung Kepayang. Gambar kecil, Gnasergaran menggunting rambut pelanggan.
“Saya bersyukur mampu meneruskan perniagaan ini walaupun beroperasi di kawasan yang jauh daripada tumpuan ramai. Malah, kebanyakan pelanggan datang daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.
“Siapa sangka kedai yang dikatakan buruk dan berhantu oleh sesetengah pihak masih mampu menarik minat orang ramai daripada pelbagai kaum. Tidak kira Melayu, Cina atau India, semua pelanggan saya,” katanya.
Menurutnya, kawasan sekitar pekan Kampung Kepayang pada awalnya tidak sunyi seperti sekarang, sebaliknya ia ‘lubuk’ perniagaan yang popular bagi masyarakat setempat untuk membeli barang keperluan.
Katanya, hampir semua peniaga di bangunan berkenaan berpindah sekitar 1990-an selepas wujudnya desas-desus mengatakan laluan jalan di pekan itu akan dinaik taraf menjadi lebuh raya.
“Namun, selepas mereka mula berpindah, projek itu dibatalkan dan dilaksanakan di laluan lain. Saya juga agak terkilan apabila mereka pindah meninggalkan pekan ini.
“Bayangkan ketika itu saja ada lapan kedai runcit, tidak termasuk tiga kedai gunting rambut serta enam kedai kopi. Namun kini hanya kedai gunting rambut saya yang beroperasi,” katanya.
Dalam pada itu, Gnasergaran t berharap pihak tertentu dapat menaik taraf atau memperbaiki bangunan lama jika ia masih kukuh untuk digunakan.
Sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html Last edited by GhostWalking on 15-9-2014 09:52 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
so angker ke tidak ni? yoyo ja |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat ka tmpt tu.. Dibuatnya terbakar.. Abis satu deretan kedai tu |
|
|
|
|
|
|
|
berani jgk dia..antu xper jgk kalau penyamun..lg haruu |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak kira Melayu, Cina atau India, semua pelanggan yang mendapatkan khidmat guntingan di kedai itu pastinya berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan ‘klasik’ yang dipraktikkan sejak sebelum merdeka lagi.
ini menunjukkan keharmonian...kodai tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku prnh lalu jln nih..klu lalu time siang tkde la angker..kete byk lalu lalanh..cuma klu lalu dlm koi 11 mlm..agak angker gak la sbb sunyi kwsn nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam bangunan terbiar je. |
|
|
|
|
|
|
|
Sini memang dah teruk dah kedai kedai dia. Ada yg dinding pon dah takde. Buat photoshoot cantik sini.
Bebaru ni ada satu kedai tu owner dia masuk balik. Tapi dia tinggal je lah takde bukak kedai.
Lagi satu masalah sini jalan ty dah sampai depan pintu. Takda bahu jalan. Mana orang nak parking kereta kalau nak nyinggah membeli. Mungkin tu jugak faktor diorang pindah. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa isu?bukan satu isu nasional tapi personal isu ada pemilik premis kot. |
|
|
|
|
|
|
|
wah bangunan legend |
|
|
|
|
|
|
|
kalo filem2 berkisar tahun 50-an sebelum merdeka leh buat kt sini nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
perak bnyk pekan2 cam nie..
compare to negeri2 lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau direpair dan rupa dikekalkan kan bagus... nostalgia dan klasik gitu... aku suka.... |
|
|
|
|
|
|
|
mana 1 kedai gunting nye chor? |
|
|
|
|
|
|
|
erkk... yg mne kedai gunting? xde gambar klasik2 ke dlm kedai gunting? sje nk tgk..
"gambar mana gambar?"hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|