CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1455|Reply: 0

Lexus lebar sayap ke Ipoh

[Copy link]
Post time 8-9-2014 01:10 PM | Show all posts |Read mode


Lexus Malaysia melancarkan pembukaan rasmi cawangan pengedar yang ketujuh, Lexus Ipoh yang terletak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.

Pembukaan Lexus Ipoh ini merupakan cawangan kedua yang dilancarkan Lexus Malaysia dalam tempoh empat bulan selepas pembukaan cawangan Lexus di Sarawak pada Jun lalu.

Berucap ketika majlis pembukaan, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, “Lexus Malaysia melabur hampir RM90 juta untuk mengembangkan rangkaian dengan pengenalan beberapa cawangan bermula dengan Lexus Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, Sungai Besi, Pulau Pinang, Johor, Kuching, Ipoh dan lokasi seterusnya adalah Melaka yang dijangka dilancarkan pada suku akhir 2014.”

Lexus Ipoh merupakan sebuah bangunan dua tingkat yang dibina dikawasan seluas 30,000 kaki persegi menawarkan reka bentuk luas dan mewah yang dapat mempamerkan sehingga empat model terbaharu Lexus bersama kemudahan pusat perkhidmatan yang dikendalikan oleh 16 kakitangan terlatih dan berpengalaman dalam jualan dan selepas jualan dibawah pimpinan Pengurus Jualan dan Operasi Khidmat Pelanggan, Sukumar Visvanathan.

Hadir sama pada majlis perasmian ialah Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Datuk Takashi Hibi, Pengerusi Eksekutif Telagamas Motors Sdn. Bhd, Goh Kian Sin dan Pengarah Urusan Telagamas Motors Sdn Bhd, Goh Kian Chuan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.044125 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list