CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12439|Reply: 114

[Tempatan] Hutang Negara Dalam Bahaya? Ikut Jejak Matador?

[Copy link]
Post time 6-9-2014 11:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by azhartahir at 11-4-2019 09:42 AM



SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Pusat disaran mengambil iktibar situasi ekonomi Sepanyol yang kini menanggung hutang negara mereka melebihi USD1 trilion iaitu mencecah 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu, https://mypt3.com/hutang-malaysia


Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata sedangkan tiga tahun lalu Kerajaan Sepanyol hanya menanggung hutang antara 70 hingga 80 peratus berbanding KDNK mereka tetapi melonjak kepada hampir mencecah 100 peratus hari ini walaupun memperkenalkan dasar menaikan pelbagai cukai kepada rakyat Sepanyol.

“Sepanyol gagal mengawal perbelanjaan mereka hingga menyebabkan Sepanyol hari ini terpaksa menanggung hutang lebih USD1 trilion atau hampir mencecah 100 peratus dibandingkan dengan KDNK,” kata Dr Yaakob dihubungi Selangorkini.



Jelas Dr Rosli, Kerajaan Pusat sepatutnya menjadikan Kerajaan Selangor sebagai model yang mengamalkan perbelanjaan berhemah, menyekat ketirisan dan membendung amalan rasuah dengan bersungguh-sungguh.

“Kerajaan Pusat tidak langsung mahu menjadikan Kerajaan Selangor sebagai contoh. Mereka masih lagi mengamalkan memberikan projek kepada kroni secara rundingan terus. Langsung tidak ada langkah berjimat-cermat,” kata beliau lagi.

Dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara, sejak 2009, Kerajaan Selangor setiap tahun mendapat pujian ekoran kejayaan mengurus sumber kekayaan negeri terkaya itu dengan cekap dan berhemah sehingga membolehkan Kerajaan Negeri itu mengumpul rezab daripada RM400 juta pada 2008 kepada RM3.2 bilion ketika ini.

Tambah Dr Rosli, kegagalan Sepanyol mengawal hutang merupakan bukti kukuh bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan memberi kesan positif kepada ekonomi dan hutang negara sebaliknya kerajaan perlu mengkikis tabiat yang cenderung kepada pembaziran, ketirisan dan rasuah terlebih dahulu.

Kata beliau lagi, jumlah hutang negara yang mencecah RM700.1 bilion pada suku tahun pertama tahun ini seperti diumumkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz itu juga membuktikan kerajaan pusat tidak melaksanakan langsung janji mahu mengawal perbelanjaan sekaligus mengurangkan hutang negara.

KUALA LUMPUR 16 Mei - Malaysia te-lah mendefinisikan semula hutang luar negaranya kepada denominasi ringgit berkuat kuasa suku pertama tahun ini.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, sebelum ini, definisi hutang luar negara diambil kira bukan dalam denominasi ringgit dan langkah mendefinisikan semula diambil berikutan kemajuan yang ketara dalam pasaran kewangan Malaysia yang dianggap sudah matang.
Katanya, pasaran kewangan Malaysia matang selain menghasilkan penyertaan pelabur bukan pemastautin yang lebih tinggi dalam sekuriti hutang domestik dalam denominasi ringgit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jelasnya, susulan definisi semula ini, pemegangan sekuriti hutang dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin, kredit perdagangan yang diberikan oleh rakan-rakan pedagang asing dan liabiliti hutang lain, kini dimasukkan sebagai sebahagian daripada hutang luar negara Malaysia.
"Pada akhir Mac lalu, hutang luar negara Malaysia yang diberi definisi semula berjumlah RM700.1 bilion, bersamaan AS$212.5 bilion atau 65.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama tahun ini," katanya kepada pemberita selepas membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku pertama 2014 di sini hari ini.
Tambah Zeti, peningkatan dalam hutang luar negara ini disebabkan peminjaman luar pesisir oleh sektor swasta dan pemegangan liabiliti hutang denominasi ringgit oleh bukan pemastautin yang lebih tinggi, dengan lebih separuh daripada jumlah hutang luar negara mempunyai profil kematangan untuk tempoh jangka panjang.
"Hutang jangka pendek kekal terurus dan dapat ditampung oleh rizab seba-nyak 1.3 kali pada akhir bulan Mac lalu," ujarnya.
Kata Zeti, kedudukan luaran Malaysia kekal berdaya tahan disokong oleh asas-asas ekonomi dalam negeri yang kukuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140517/ek_02/Malaysia-takrif-semula-hutang-luar#ixzz3CYBVvqm8
© Utusan Melayu (M) Bhd


Nak Tanya pakarpakar ekonomi kat CI, hutang negara yang tinggi macm ini tak bahaya?
asik naik je, tak pernah yang turun?
kasi fakta sikit, sampai sekarang aku tak paham tabita berhutang najib macam menggila







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2014 11:41 PM | Show all posts
Mau bullshit sama siapa ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 11:48 PM | Show all posts
sebagai rakyat yang bertanggung jawab, itu sudah menjadi tugas kita untuk sama sama mengurangkan hutang negara yang berbillion tu. Mari kita bayar GST tanpa was was atau banyak komplen, rela sahaja dengan 'pelarasan' subsidi.
STOP the BRIM, boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 12:01 AM | Show all posts
cuma satu je komen saya...kalau kerajaan Selangor bagus dan mengurus ekonominya dgn berhemah...awat Ketum pi tendang Khalid?...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 12:02 AM | Show all posts
kelana36 posted on 6-9-2014 11:48 PM
sebagai rakyat yang bertanggung jawab, itu sudah menjadi tugas kita untuk sama sama mengurangkan hut ...

kalau yang atas bullshit buat cukai tarik subsidi pun tetap sama, rakyat dibahulukan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 12:03 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 7-9-2014 12:01 AM
cuma satu je komen saya...kalau kerajaan Selangor bagus dan mengurus ekonominya dgn berhemah...awat  ...

penasihat ekonomi selangor anwar bukan khalid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2014 12:07 AM | Show all posts
tu la pasal. rakyat sekian lama hidup berilusi mereka kaya jual karipap pun boleh pakai proton sebab minyak murah.

sekarang tetiba nak bagi tau korang sebenarnya tak mampu sila ubah pakai basikal.

ingat semudah itu ka?.... bersedialah...

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 12:12 AM | Show all posts
Decaffeinated posted on 7-9-2014 12:07 AM
tu la pasal. rakyat sekian lama hidup berilusi mereka kaya jual karipap pun boleh pakai proton sebab ...

dulu lagi dah diberitahu....contoh...ukur baju dibadan sendiri..tapi nak macam mana..dah perangai biar pape asal bergaye dah sebati dalam diri..tak leh tengok org lain lebih..org ini lah akan terkesan nanti..sebab tak belajar dari sejarah inflasi negara...bengrap kalu?..ramai lah yg baring tengah jalan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2014 12:24 AM | Show all posts
dah berlaku pun sekarang, kalu dulu salemen masuk kampung jual kereta  jual motor perabut semua, sekarang giliran tukang tarik pulak masuk kampung. Pekebun kecil tertekan kerana harga kelapa sawit dan getah jatuh teruk sampai 35-40 percent. bayangkan kalau subsidi dikurangkan , GST lagi..

jangan salahkan mereka 100 persen sebab tak bersedia, all this while dia orang di hujani dengan kata kata manis, negara kita aman, ekonomi kita bagus, tak akan bangkrap.. bla bla bla..bagi lagi harapan dengan BRIM semua tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengikut pengalaman aku selama lebih 3 tahun mengendalikan malaysia, it is almost impossible nak lari dari budget deficit..

Almost impossible, tapi it is possible, rakyat mmg suffer banyak dalam tempoh 3-5 tahun, semua bergantung pada pertumbuhan global economic market..

Short term solution adalah dgn memperkenalkan tax2 baru, tapi rakyat akan suffer, mengawal nilai matawang dan menaikkan interest loan pada 10-15% utk mengurangkan inflasi.

Mengurangkan budget pada sektor pertahanan seperti gaji askar, jumlah rekrut, badan risikan kepada seminimal yg mungkin.. ini menyebabkan kuasa pertahanan negara berkurangan dan terdedah kepada ancaman penganas..

Mengurangkan kos sektor perubatan seperti kos utk warga emas, insurans pekerja, research grand, bilangan doktor, bilangan staff dan mengabungkan hospital kerajaan yg jaraknya kurang 50km.. tindakan ini akan menyebabkan kemungkinan anarchy rakyat dan jangka hayat berkurangan. Tambahan lagi, umur working force mungkin terpaksa dikurangkan kerana faktor kesihatan..

Selepas semua pengurangan dibuat, beberapa keputusan xpopular akan dibuat lagi utk menaikkan lagi gdp negara, antaranya, legalize prostitution, menambah grant utk nelayab laut dalam dan mengharamkan sektor nelayan tepi pantai, recycle campaign, beuaty campaign dan lain2 utk membantu percambahan sektor pelancongan.. mengurangkan aiport tax, plane feul tax. Tapi ia akan menyebabkan pencemaran udara meningkat..

Then, menswastakan/full beberapa bidang seperti elektrik, automobile tapi memonopoly segala sumber asas seperti arang batu, gas, petrol dan paksa semua sektor swasta beli sumber asli.. tindakan ini akan membuat pertumbuhan syarikat slow dari kebiasaannya..

Menambah baik sektor transportation, pendidikan utk increase productivity dalam jangka masa panjang..

Well, that the gist of it, aku malas nak ulas lagi, ade beberapa tweak lagi, tapi dalam masa 5 tahun, budget excess akan meningkat sebanyak 10-20%, gdp grow melebihi 6% setiap tahun.. hutang negara dapat dikurangkan dan dalam tempoh lagi 10tahun, selesai..

Tapi lepas 5 tahun, aku start collect beberapa tank dari china and serang kawasan sekitar utk pernambahan jumlah penduduk supaya dapat keuntungan dari tax..

Oh, nie game politik simulation yg aku main sejak 3 tahun lepas as malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 04:43 AM | Show all posts
el stupido utang melambak2 bukan sbb kerajaan pusat tapi regional gomen.

analoginya andaikata kerajaan selangor dah utang 3 beliyun; dan ini merupakan 40% dari KDNK selangor *andaikan*

Dalam tu antaranya mejelis perbandaran sepang mmg dah ada utang 300 jota. Dia nak pinjam lagi, tak laku dah org tanak bagi pinjam. Datang plak cerdik kaki klentong rekemen mejelis buat syarikat sendirian berhad, dan pegi pinjam 500 juta atas nama syarikat. ini tak nampak (tak dikira / tak ditambah) dalam jumlah utang mejelis sepang; makanya tak nampak dlm jumlah 3 beliyun utang selangor. perbuatan mengencing ni diburukkan lagi dgn mejelis perbandaran petaling jaya, mbsa pon pakat2 buat cengggitu.

itu yg tiba2 jumlah utang 3 beliyun naik jadi 8 beliyun bila semua diambil kira. Reaksi pasaran pula sbb takajut badak, pakat tak berminat dgn nota gadai el stupiido yg menyebabkan kadar faedah naik. ini memburukkan lagi keadaan kewangan sbb pinjaman melampau tu berlandaskan kepada kadar faedah rendah.

jadi malaysia takde masalah ni walaupun masalah utama negara adalah berhutang utk perbelanjaan pengurusan (dan bukan pembangunan) - masalah struktur ekonomi yg perlu ditangani.


di mana malaysia mengikut jejak langkah sepanyol adalah kenaikan melampau rege hartanah. itu el stupido ekonomi ranap sbb itu "property sure go up hwangggg" punya ratiban la.

sa-puluh tawun itu rega property el stupido naik mencanak2.


sbb tu wak kasi mmg memandang penuh hina dan jijik bangsat2 property developer yg dok mengencing betappa kenaikkan rega hartanah = kemakmuran utk negara.

kemakmuran utk kapla dongga habah dia je lah. pastu bila ranap, satu negara tanggung. sbb-nya bangsat2 neh seme pakai duit bank, duit bridging loan, duit working cap loan, duit buyer melalui progressive billing.

btw; kalu korang2 yg hingusan lagik dlm hal hartanah neh ada peluang, pegi cari ahpek2 ah soh keturunan IGB / petaling tin etc yg merupakan property developer zaman dulu. derang dulu buat property sentiasa simpan unit yg derang buat utk dijadikan reta anak cucu dia.

zaman skang manade property developer nak simpan unit untuk anak cucu dia? atau beli sendiri projek mereka?
apa maksud dia kat sini bila mereka hanya nak fokus kepada jual seccepat mungkin sebanyak mungkin tapi tak simpan utk diiri sendiri?

adakah derang neh seme bodo nak mampos tanak simpan hartanah dari projek yg mereka majukan kalu mereka ini percaya kencingan mereka sendiri betapa "property sure go up hwanngggg?"



prffthhhhhhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman posted on 7-9-2014 04:43 AM
el stupido utang melambak2 bukan sbb kerajaan pusat tapi regional gomen.

analoginya andaikata ker ...

Main message?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 08:54 AM | Show all posts
tak pe kita ada stok emas yang banyak...dana emas raja raja... simpanan emas dari gunung ledang lombong emas raja sulaiman... lombong emas piramid suci mulayu di hutan pohang dan dana kekayaan imam mahdi the white spiritual boy membolehkan kita berbelanja tanpa had sehingga beratus ratus tahun lamanya. janganlah bimbang
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 09:01 AM | Show all posts
itu semo tidak penting..
yg penting, kita kene meratib anwar pengkhianat, pembangkang tkle harap, pembangkang porak perandakan negara....blabalbalbala..
hari2 wajib ratib pembangkang adalah dajal di bumi malaysia, musuh negara no.1 adalah pembangkang..



kata2 manis ekonomi bertambah kukuh, lebih baik dari zimbabwe & nigeria ptut ditambahkn dlm  berita..
kene ulang kata2 omputih kata negara kta bagus..biar pakcik makcik kt kampung tu kembang idung bangga..

tu lebih digalakkan..

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 10:08 AM | Show all posts
no matter wat happen wanita2 di malaysia aman2 aja shopping.. pantang nengok sales.. bahagianya mereka
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 10:24 AM | Show all posts
JokesCop posted on 7-9-2014 03:45 AM
Mengikut pengalaman aku selama lebih 3 tahun mengendalikan malaysia, it is almost impossible nak lar ...

apa nama simulation nih..mcm menarik jah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2014 10:25 AM | Show all posts
AbukRokok posted on 7-9-2014 08:54 AM
tak pe kita ada stok emas yang banyak...dana emas raja raja... simpanan emas dari gunung ledang lomb ...

dinar emas pun jgn dilupakan.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 10:29 AM | Show all posts
@Anak_Nogori

nak salahkan rakyat 100% pun tak boleh sebab sekian lama mereka ingat mereka kaya mampu isi minyak. apa dia kisah subsidi ka tak.

tetiba nak suruh naik basikal mana tak terkejut beruk tergolek dog sawan babi terus....

akan amik dua tiga tahun penyesuaian baru ok sikit kot. bukan kerana makin kaya, tapi makin sedar...

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 10:48 AM | Show all posts
bp kali nak bgtau rezab selangor kerajaan bn tinggal utk pakatan +-1.4 bilion bkn 400 juta,

Dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara, sejak 2009, Kerajaan Selangor setiap tahun mendapat pujian ekoran kejayaan mengurus sumber kekayaan negeri terkaya itu dengan cekap dan berhemah sehingga membolehkan Kerajaan Negeri itu mengumpul rezab daripada RM400 juta pada 2008 kepada RM3.2 bilion ketika ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 11:01 AM | Show all posts
JokesCop posted on 7-9-2014 03:45 AM
Mengikut pengalaman aku selama lebih 3 tahun mengendalikan malaysia, it is almost impossible nak lar ...

game apa ko main tu? civilization ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.125672 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list