CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1762|Reply: 11

[Jenayah] Edisi Speku Terdesak Nak Buat Open House:Warga Emas Perdaya 2 Lelaki

[Copy link]
Post time 5-9-2014 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Zakaria (kanan) menceritakan kejadian terbabit kepada rakan-rakannya.
KUALA KRAI - Hanya dalam masa kurang tiga jam seorang lelaki sempat melakukan dua penipuan melibatkan kejadian berasingan di Bandar Kuala Krai, petang, kelmarin.  

        Tindakan licik warga emas memperdaya dua lelaki itu menyebabkan peniaga ayam kerugian kira-kira RM300 sementara pemandu kereta sewa sebanyak RM250.

        Dalam kejadian pertama, peniaga ayam di Pasar Besar Kuala Krai, Ismail Mamat, 60, didatangi seorang lelaki yang memesan 50 ekor ayam untuk memenuhi tempahan sebuah pejabat.

        Lelaki yang datang sendirian ke pasar kira-kira jam 3.30 petang itu meminta Ismail memotong 25 ekor ayam sementara selebihnya diminta dimasukkan ke dalam plastik untuk dihantar ke kereta sementara menunggu ayam tersebut siap dipotong.

        Sebelum itu, warga emas terbabit meminta harga istimewa daripada Ismail untuk 50 ekor ayam yang dipesannya.

        Tanpa rasa curiga Ismail memasukkan 25 ekor ayam ke dalam plastik dan diserahkan kepada lelaki berkenaan walaupun belum pernah melihat lelaki itu sebelum ini.

        Ismail berkata, ketika lelaki yang berkulit hitam manis, bertubuh kurus serta tinggi datang ke tempatnya berniaga, keadaan  pasar sudah lengang kerana ramai peniaga telah balik berikutan ayam masing-masing sudah habis dijual.

        Setengah jam menghantar ayam ke kereta, lelaki tersebut tidak muncul, membuatkan Ismail mulai curiga lantas mengajak seorang rakan ke tempat letak kereta.

        Malangnya kelibat lelaki tersebut tidak kelihatan.

“Ketika itulah baru saya syaki lelaki itu bukan berhasrat membeli ayam sebaliknya hendak menipu kerana tidak muncul hingga lewat petang.

“Saya tidak sangka akan ditipu lelaki yang sudah agak berumur yang kelihatan seperti orang baik-baik,” katanya.  

        Ismail berkata, kejadian petang kelmarin mengajarnya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Saya berharap peniaga-peniaga lain lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seperti mana berlaku kepada saya semalam (kelmarin),” katanya.

        Selepas melarikan 25 ekor ayam, lelaki berkenaan ke stesen kereta sewa yang terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Kuala Krai.

        Lelaki terbabit dikatakan bertanyakan tambang ke Kota Bharu dengan pemandu kereta sewa, Zakaria Mat Nor, 71.

        Zakaria yang juga Ahli Jawatankuasa Kereta Sewa Kuala Krai memberitahu tambang untuk ke Kota Bharu sebanyak RM60 tetapi lelaki berkenaan minta tambang dikurangkan.

        Setelah mendapat persetujuan mengenai tambang, lelaki berkenaan pergi mengambil tiga plastik mengandungi ayam dan seterusnya Zakaria menghantarnya ke Kota Bharu.

        Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan dia meminta Zakaria singgah di Kedai Ketereh.

        Zakaria berkata, selepas masuk ke kedai dimaksudkan, lelaki tersebut keluar seterusnya meminta membawanya ke Jalan Tanjung Pagar.

“Tanpa banyak soal saya hantar dia ke rumah dimaksudkan.

“Selepas itu dia minta saya bawa ke Kota Bharu dan singgah seketika di Pasar Siti Khadijah,” katanya.

        Zakaria berkata, dia hanya menurut kehendak warga emas itu. Sebelum keluar, warga emas berkenaan terlihat cincin dipakainya lalu meminta izin untuk melihatnya.

“Tanpa rasa curiga saya menghulurkan cincin tersebut“Lelaki itu tertarik dan meminta pinjam untuk menempahnya di pasar berkenaan tetapi sehingga jam 6 petang dia tidak keluar dari pasar,” katanya.

        Zakaria juga berharap pemandu kereta sewa di negeri ini lebih berwaspada agar tidak menjadi mangsa sepertinya.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/warga-emas-perdaya-dua-lelaki-1.313931
Last edited by GhostWalking on 5-9-2014 08:13 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 09:22 AM | Show all posts
Panjang gak cerita
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 09:24 AM | Show all posts
panjang betul akal org nak menipu ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 03:08 PM | Show all posts
so far x pernah bc kisah warga emas "curi" ayam di pasar
tektik old school kot...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya kfc
Kelantan fried chicken
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas serah cincin apa jadi .?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2014 03:40 PM | Show all posts
cite tak habis
macamana plak dia tipu kereta sewa
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 03:58 PM | Show all posts
"..saya menghulurkan cincin tersebut." sambungannya.. (dptkan naskah offline)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 04:05 PM | Show all posts
kita tolong sambung yer sis

Zakaria berkata, dia hanya menurut kehendak warga emas itu. Sebelum keluar, warga emas berkenaan terlihat cincin dipakainya lalu meminta izin untuk melihatnya.
“Tanpa rasa curiga saya menghulurkan cincin tersebut.

“Lelaki itu tertarik dan meminta pinjam untuk menempahnya di pasar berkenaan tetapi sehingga jam 6 petang dia tidak keluar dari pasar,” katanya.

Zakaria juga berharap pemandu kereta sewa di negeri ini lebih berwaspada agar tidak menjadi mangsa sepertinya.


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 04:09 PM | Show all posts
Sungguh mulia hati warga emas ni menipu, semoga ditempatkan di kalangan pencuri2 di alam barzakh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 04:10 PM | Show all posts
Adui la tak perasannnn.Jap jap
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 05:14 PM | Show all posts
alahai atok...da tua pun nk menipu lg...aym curik tu bg mkn org plak kan......cisss... ptut pemandu tu g blik umh yg dia g anta aym tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.549033 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list