CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21268|Reply: 106

Bimbang anak terikut gaya hidup bekas isteri - Jimmy Shanley

[Copy link]
Post time 4-9-2014 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Bimbang anak terikut gaya hidup bekas isteri




  • Jimmy Shanley


SHAH ALAM - Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini dia bimbang anaknya, Zahra Rania Shanley, 2, akan terikut dengan gaya hidup bekas isterinya yang terlalu gemarkan hiburan.

Jimmy Shanley juga bimbang anaknya juga tidak akan terdidik dengan baik oleh plaintif, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 28.

Menurutnya, dia turut bimbang dengan kesihatan anaknya terjejas kerana bekas isterinya didakwa merokok.


“Walaupun dia pernah bersumpah dan mengaku tidak menghisap rokok lagi, namun pada sambutan ulang tahun kelahirannya, Nursuhaila Eliani masih merokok dan ia dirakamkan oleh orang awam,” katanya.



Beliau selaku defendan berkata demikian menerusi afidavit keterangan ketika perbicaraan kes untuk mengetepikan perintah hak untuk bermalam dengan anaknya, Zahra Rania Shanley, yang dikemukakan bekas isterinya.

Jimmy juga tidak bersetuju dengan bekas isterinya yang menawarkan hak bermalam apabila anak itu mencapai umur tujuh tahun.

“Jika hak itu dihalang, saya khuatir jika hubungan anak dengan saya selaku bapanya menjadi renggang,” katanya.

Menurutnya, dia bimbang sekiranya Zahra Rania Shanley membesar dan dimanjakan dengan kemewahan.

Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan mula tinggal berasingan selepas  20 hari pernikahan mereka atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu kemudian sah bercerai pada Oktober 2012.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 08:53 PM | Show all posts
kalau terikut gaya suami pulak kerja asyik nak menampar jah acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahana nikah untuk ngeseks jah.selayaknya sis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 09:39 PM | Show all posts
Laaaaaaa....x abis2 lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 09:46 PM | Show all posts
Dah la jimmy...buat jer anak baru..ko nak betanggungjawab tapi ex tak nak,redha je la
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 la jimy. Tk pyh nk bukak aib orang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2014 09:51 PM | Show all posts
Mr. Shanley Royani
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat dah move on tpi masing2 duk aibkn diri masing- masing. Jimmy ni kdg mulut mcm bithcy skit. Ckp sesedap rasa je..clearkn la hati tu . Kan dah ada family baru. Maafkn jela bekas isteri tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jimmy kaki tampar ke akak kaki..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 09:55 PM | Show all posts
at least die nk ambik tahu psl anak die.
dr sesetengah buat anak tahu, cerai berai tahu, bila dh ade keluarga baru, yg lame dilupakn.
HOW
mama cannot!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
jimmy ni mulut mcm pompuan lak. ex wife dia lak senyap je...cool
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:06 PM | Show all posts
kan kat mahkamah kena cerita semuanya...rasainlah kau perempuan..better anak tu diberi pada jimmy je
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Couple ni dok berebut anak. Si edel pulak katanya takmau amek tau pasal anak2 sampai x bg nafkah. Donia...donia...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:11 PM | Show all posts
toxicated posted on 4-9-2014 09:52 PM
Jimmy kaki tampar ke akak kaki..

baharu 3 hari kahwin dia dah start tampar menampar, ringan jah tangan hatta pengantin baharu sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm mahkamah seharusnya semua keluar.. Xkan nk coverline kot..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo pompuan biadap mmg ptut d tampar pun:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 10:23 PM | Show all posts
kerja asyik nak menampar jah, selayaknyalah bercerai
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:24 PM | Show all posts
mcm2... ni la kot kawen akibat harta dan kecantikan...
habis tonggang langgang rumahtangga...
jimmy ni dah kawen lain kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:26 PM | Show all posts
kan. tampar menampar bkn jln penyelesaian. tetapi pihak yg lagi satu harus tahu mane salah dn silapnye.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:26 PM | Show all posts
forumer sini kadang2 mcm bimbo kan.. dh tentu2 la dia cerita untuk mahkamah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.086196 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list