CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16369|Reply: 19

Bunga Telang - Bunga Nasi Kerabu

[Copy link]
Post time 3-9-2014 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Bunga telang (Clitoria Ternatea) juga dikenali dengan pokok kacang telang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (kekacang) yang cantik dan banyak guna. Bunga telang ini juga dipanggil dalam Bahasa Inggeris sebagai 'butterly pea', 'blue pea' dan juga 'Cprdofan-pea'.





Pada kita orang Malaysia,  kegunaan utama bunga telang adalah untuk dijadikan bahan pewarna kepada pembuatan Nasi Kerabu. Bunga yang segar dipetik dan dibasuh sebelum direndam dalam air bersih. Kadar sesuai sebanyak 4 - 5 kuntum bunga untuk 4 -5 tin/pot beras (kadar 1 kuntum untuk 1 tin/pot).

Air berwarna biru ini kemudiannya dimasukkan ke dalam beras yang hendak ditanak. Kadar kepekatan warna biru pada nasi yang dihasilkan bergantung kepada kepekatan warna air biru bunga telang yang digunakan.



Selain itu, dalam amalan perubatan tradisional bunga ini banyak kegunaannya. Akar pokok ini direbus dan airnya diminum kerana dipercayai dapat melawaskan air kencing. Bahagian bunga boleh direndam lalu airnya digunakan untuk mencuci mata yang merah.

Ada juga dakwaan bahagian daunnya boleh dihancurkan dan ditampal pada bisul di mana ia mampu untuk mengecutkannya. Begitulah hebatnya bunga telang yang memang boleh kita tanam sendiri di rumah dan bunganya boleh kita gunakan sebagai pewarna.


Sumber gambar dan artikel : {1},{2}{3}
Last edited by bianglala on 3-9-2014 08:04 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 08:39 AM | Show all posts
bunga talang ni bukan bunga seri pagi ke? nampak lebih kurang sama kaler dia. cuma bentuk lain sikit
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:44 AM | Show all posts

hampir nak same morning glory kan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 07:32 PM | Show all posts
kira.. dah dapat dah nama bunga ni kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 08:23 PM | Show all posts
makton posted on 3-9-2014 08:39 AM
bunga talang ni bukan bunga seri pagi ke? nampak lebih kurang sama kaler dia. cuma bentuk lain sikit

bukan mak ton. tapi sekali pandang memang lebih kurang sangat.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 08:24 PM | Show all posts
miu~miu posted on 3-9-2014 08:44 AM
hampir nak same morning glory kan..

tu la miu~miu. kalau kita tak biasa tengok, memang macam sama je sekali pandang.

satu lagi makanan yang gunakan "warna biru" bunga telang. PULUT TAI TAI.






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 08:28 PM | Show all posts
wah menariknya...ingatkan guna pewarna artificial nasi biru tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 08:57 PM | Show all posts
ip_lepat posted on 3-9-2014 07:32 PM
kira.. dah dapat dah nama bunga ni kan?

a'ah... kena mulakan misi cari bunga telang ni. amik gambor.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2014 08:58 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 3-9-2014 08:28 PM
wah menariknya...ingatkan guna pewarna artificial nasi biru tu...

peminat nasi kerabu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 07:48 AM | Show all posts
bianglala posted on 3-9-2014 08:23 PM
bukan mak ton. tapi sekali pandang memang lebih kurang sangat.

aah. hmpir sama. tp kaler bunga telang tu lagi cantik.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:54 PM | Show all posts
owh.. bunga ni rupa nya org buat nasi kerabu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2014 10:52 PM | Show all posts
anniez08 posted on 4-9-2014 12:54 PM
owh.. bunga ni rupa nya org buat nasi kerabu..

ya N.. tak pernah nampak bunga ni depan mata.

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 10:02 AM | Show all posts
bianglala posted on 4-9-2014 10:52 PM
ya N.. tak pernah nampak bunga ni depan mata.

x penah lagik.. first time nmpak ni.. baru tau bunga ni yg di gunakan ntuk buat nasi kerabu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 09:05 PM | Show all posts
satu lagi jenis bunga yang persis bunga telang. (tak tahu nama bunga ni).

@ip_lepat @anniez08 @makton @miu~miu

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 09:08 PM | Show all posts
bianglala posted on 5-9-2014 09:05 PM
satu lagi jenis bunga yang persis bunga telang. (tak tahu nama bunga ni).

@ip_lepat @anniez08 @ma ...

wa pun selalu jmpa mcmni tapi smpai skrg tk tau namanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 09:10 PM | Show all posts
ip_lepat posted on 5-9-2014 09:08 PM
wa pun selalu jmpa mcmni tapi smpai skrg tk tau namanya

susah betul nak cari nama bunga ni.. hari tu jiran ada tanya "ni bunga buat nasi kerabu ke?"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 09:11 PM | Show all posts
bianglala posted on 5-9-2014 09:10 PM
susah betul nak cari nama bunga ni.. hari tu jiran ada tanya "ni bunga buat nasi kerabu ke?"

nnt wa tanya org tua2 kot dema tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 09:14 PM | Show all posts
ip_lepat posted on 5-9-2014 09:11 PM
nnt wa tanya org tua2 kot dema tau

jiran wa bagi nama bunga ni "kucing comot"..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 01:28 PM | Show all posts
bianglala posted on 3-9-2014 08:58 PM
peminat nasi kerabu?

i tak pernah makan rasanya nasi kerabu..hehe... dia rasa macam nasi biasa je kan..cuma kaler dia kaler biru?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 02:12 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 10-9-2014 01:28 PM
i tak pernah makan rasanya nasi kerabu..hehe... dia rasa macam nasi biasa je kan..cuma kaler dia k ...

kita pun tak pernah makan... tatau apa rasanya, Elle.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.323129 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list