View: 2762|Reply: 19
|
[Jenayah]
Bapa Baran Belasah & Dera Anak
[Copy link]
|
|
Alor Gajah: Seorang pekerja kilang diberkas polis selepas disyaki mendera dua anak kandungnya berusia lapan dan 10 tahun di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Masjid Tanah, dekat sini, Sabtu lalu.
Lelaki berusia 38 tahun itu diberkas di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka jam 3 petang Sabtu lalu untuk membantu siasatan.
Difahamkan, dua beradik lelaki yang tinggal bersama ibu tiri dan seorang adik tiri itu sering dibelasah bapanya yang panas baran setiap kali pulang kerja.
Sumber berkata, kedua-dua beradik yang belajar di tahun dua dan empat di sekolah sama itu sering dilihat menjauhkan diri daripada rakan sekelas sejak beberapa minggu lalu sebelum perubahan dikesan pihak sekolah.
LOKASI di mana berlakunya penderaan dua beradik.
“Dua beradik itu yang ceria sebelum ini mula hilang fokus terhadap pelajaran dan sering memulaukan diri. Mereka dihantar dan dijemput setiap hari oleh bapa.
“Bagaimanapun jam 10 pagi Khamis lalu, seorang guru menegur mangsa berusia lapan tahun kerana tidak dapat menulis dengan baik ketika menduduki ujian sebelum ternampak sebahagian jari kanannya cedera,” katanya, di sini, semalam.
Sumber berkata, guru terbabit yang curiga bertanya kepada murid itu namun terkejut selepas melihat sebahagian jari kanan mangsa cedera dan bengkak sebelum memaklumkan kepada pihak sekolah.
“Lebih mengejutkan, pemeriksaan menemui sebahagian badan mangsa lebam dan membengkak kemerahan selain terdapat beberapa jaluran panjang dipercayai akibat dirotan.
“Pihak sekolah kemudian memanggil abang mangsa di tahun empat untuk mendapatkan maklumat mengenai adiknya sebelum mendapati dia turut mengalami nasib yang sama,” katanya.
“Susulan kejadian, dua beradik yang cedera pada sebahagian jari dan seluruh anggota badan dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan dan ditahan di wad untuk rawatan selanjutnya.
“Mereka ditempatkan di wad kanak-kanak di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Masjid Tanah dibuat pada Jumaat,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, badan dua beradik itu terdapat kesan dipercayai didera bapa kandungnya sendiri.
“Susulan kejadian itu, bapa kandung mangsa ditahan ketika hadir di pekarangan IPK Melaka jam 3 petang Sabtu lalu untuk membantu siasatan,” katanya.
Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapabaranderaduaanak/Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
sengallll...
x suka anak..tp suka buat anak..
sewelll...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya budak budak tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
haryatie posted on 2-9-2014 08:32 AM
sengallll...
x suka anak..tp suka buat anak..
sewelll...
as always khen???
patutnya ikat ajer saluran peranakan lelaki/perempuan yg jenis nakharom mcm nie
|
|
|
|
|
|
|
|
aku harap budak2 ni bukan mangsa balas dendam bapak kt mak diorg. ceraikan mak pastu sengaja amek anak2 taknak kasi hak penjagaan kt x-wife. saje nk nyeksa bekas bini. ade mak tiri pun buat tak tau je. ntah2 mak tiri pun subahat sama. nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
mujur ada cikgu yang prihatin pada murid.. terima kasih cikgu menyelamatkan mereka dua beradik |
|
|
|
|
|
|
|
melaka negeri penggemar sadism
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik cikgu, kita kita pun kena jugak monitor sekeliling, anak2 jiran ke. Sebelum terlambat. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik cikgunya prihatin..
tapi harap2 takdela bapanya menyerang cikgu pula
jangan dibenarkan bapanya ikat jamin sudah Last edited by cloudy_83 on 2-9-2014 03:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
esok2 dah tua melarat, jangan nak meratib mintak simpati kunun2 dibuang dan dibenci anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
sial punya jantan. bangsat. |
|
|
|
|
|
|
|
suka buat anak tp dera anak tu.
manusia semakin kejam. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian jadi tempat lepas geram mujur ada guru yang perihatin. |
|
|
|
|
|
|
|
Diharap jangankan pasal bini baru 'inject' macam-macam sampai jadi bengang dan baran lepas tu lepaskan pada budak-budak tu.
Macam-macam kat dunia sekarang ni...mak baru diorang tak protect diorang ker?
Kalau rasa bebanan sangat baik dikembalikan pada mak kandungnya. |
|
|
|
|
|
|
|
bapa setan...
anak dah besar nak pukul lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas dan terima kasih kepada cikgu dan pdrm. Cikgu ni patut dijadikan contoh. Terima kasih lagi sekali cigu dan pdrm |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik ada guru yang prihatin |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya...sampai hati buat anak2 macam tu..dahlah sebaya dengan anak saya..tak suka bagilah saya jaga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku memang yakin ni memamg Melayu..no wonder ramai pompuan Melayu yg suke ikut jantan Nigeria. |
|
|
|
|
|
|
|
bapak from hell
mak tiri pon semacam gak, entah2 tumpang sekaki dera anak |
|
|
|
|
|
|
| |
|