CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2371|Reply: 13

[Dunia] Gambar Ngeri: Kepala Di Tembusi Besi Tebal, Pantang Maut Sebelum Ajal

[Copy link]
Post time 29-8-2014 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Beijing: Seorang lelaki terselamat walaupun selepas kepalanya ditembusi batang besi tebal ketika dia melakukan kerja di rumah lamanya.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho dilapor cuba membersihkan rumah berkenaan di Leye, wilayah Guangxi apabila batang besi itu jatuh dari atas, menembusi dahi dan keluar menerusi bahagian kiri rahangnya.


Ho, 50, berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan kecemasan di sebuah hospital.

Pasukan perubatan yang dipanggil untuk merawat Ho terkejut melihat kecederaan yang dialami dan pada masa sama hairan dia bukan saja masih hidup tetapi sedar sepenuhnya.

KEADAAN Ho sebelum pasukan perubatan tiba.

HO bernasib baik kerana batang besi itu tidak menembusi otaknya.

HO menjalani pembedahan dan kini semakin pulih.



Ho dikejarkan ke hospital berhampiran. Doktor bagaimanapun terpaksa meminta bantuan bomba yang datang membawa bersama mereka alat untuk memotong sebahagian besar besi berkenaan.

Mereka kemudian memindahkannya ke sebuah hospital lebih besar, tempat pembedahan kecemasan yang lebih rumit dijalankan bagi mengeluar baki besi yang masih berada dalam kepalanya.

Kakitangan hospital berkata, Ho kini semakin pulih dan dianggap tidak lagi dalam bahaya.

Ujian sinar-X yang dilakukan sebelum pembedahan menunjukkan  batang besi padu itu  menembusi bahagian kanan dahinya dan keluar menerusi bahagian bawah pipi kirinya.

Andai besi berkenaan tertusuk pada sudut yang berbeza, walaupun sedikit, ia pasti menembusi otak atau mata Ho yang akan menyebabkan dia cedera parah atau mati.

Dalam kejadian lain di selatan China, seorang wanita putus kepala selepas kereta yang dipandu anaknya merempuh pembahagi jalan raya.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/29

Read here:http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 04:16 PM | Show all posts
masih diberikan kesempatan utk bernyawa....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:22 PM | Show all posts
doctor tu bawak keluar besi cemana eh? Diorang tarik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:28 PM | Show all posts
teringat dlm mastika dlu. kisah eksiden besi tembus kepala
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:31 PM | Show all posts
macam2 kejadian pelik dan ngeri... ngilunya tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:33 PM | Show all posts
frankenstein
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2014 04:34 PM | Show all posts
lazim posted on 29-8-2014 04:28 PM
teringat dlm mastika dlu. kisah eksiden besi tembus kepala

itu masa bapak aku keje kat balai jinjang.. dia ada kat kejadian tu.. siap cita boleh bercakap lagi.. itu ngeri.!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:43 PM | Show all posts
Panjang umurnya walaupun nampak amat mengerikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 05:47 PM | Show all posts
artcrime posted on 29-8-2014 04:34 PM
itu masa bapak aku keje kat balai jinjang.. dia ada kat kejadian tu.. siap cita boleh bercakap lag ...

mngsa tu cina kn? idup je kn?

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 05:52 PM | Show all posts
Perghh............ Tak sanggup nak tgk.........
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 06:24 PM | Show all posts
lagi pening aku tngok
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuasa tuhan.. Mmg bertuah dia. Sebab masih hidup lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 11:09 PM | Show all posts
China ni mmg tempat benda pelik2 jadi ker??

Dia punya berita, level planet nameks..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:54 AM | Show all posts
lazim posted on 29-8-2014 05:47 PM
mngsa tu cina kn? idup je kn?

yep.. cina.. idup aje.. tu lagi horror.. sikit lagi nak kena saraf2 otak dia.. seingat aku la..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.257854 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list