[size=0.9em]Langkawi: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui tersangkut pada ranting pokok dan terapung di dalam tali air di Kampung Titi Cangwang, Mukim Ulu Melaka, di sini, kelmarin. [size=0.9em]Dalam kejadian jam 6.30 petang, orang ramai yang terlihat sebahagian badan mayat bayi tenggelam di dalam air melaporkan penemuan itu kepada polis.
[size=0.9em]Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah mengesahkan, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada orang awam.
“Sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. Siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal pada mangsa. [size=0.9em]MAYAT bayi lelaki ditemui tersangkut pada ranting pokok dan terapung di tali air.
[size=0.9em]
“Mayat bayi yang memakai lampin pakai buang itu dibawa ke Hospital Langkawi sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat,” katanya. Read here: http://www.hmetro.com.my/article ... Article?BeritaUtama
|