CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anne_boleyn

Hospital Bahagia Tanjung Rambutan - Cerita 7

  [Copy link]
Post time 22-8-2014 03:30 PM | Show all posts
Deff_Lepak posted on 22-8-2014 03:17 PM
teringat org gila kt depan rumah aku masa kecik2 dulu...
dia duduk kt umh tinggal berdepan umh aku  ...

rugi kau bakar,
kalau jual hari nie mesti mahal harga dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
abaikan org yg suka memaki maki tu,tt..kipidap ngan citer tt..iols setia menanti citer tbaru tt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 04:39 PM | Show all posts
Cerita 7 – Kisah Pesakit

Pagi tu kecoh. Ada pesakit baru yg meronta2 tidak mahu di tinggalkan oleh keluarga nya. Bagi mak itu perkara biasa. Mmg kebanyakkan pesakit di sini tidak penah rela di tinggalkan di hospital ini. Tapi apalah pilihan yg mereka ada. Jika keluarga sendiri sudah tidak mahukan mereka, ke mana lagi harus mereka membawa diri kalau bukan di hospital gila ini.

Abg Long: Halim tinggal sini dulu. Esok, abg long dtg ambil halim.
Halim: Halim nak balik umah. Kang mak tau halim tak de kat umah nanti mak marah.
Kak Ngah: Halim jgn risau. Nanti kak ngah bgtau mak yg halim tidur kat sini. Esok balik lah balik. Satu hari je. Mak tak marah punya.
Halim: Tapi halim tak suka tinggal kat sini. Halim tak kenal semua org kat sini.
Abg Long: Tak pe. Satu hari je. Esok, abg long dtg ambil halim, ok. Abg long janji

Dgn keterpaksaan halim terpaksa akur kehendak abg long dan kak ngah. Dia sudah tidak lah menggelupur seperti tadi. Setelah selesai semua urusan, kakak dan abg nya pun beredar.

Halim ini anak bongsu. Dia di lahirkan kurang siuman. Seluruh kehidupannya di habiskan di kampong bersama ibunya. Bukannya dia tidak punya adik beradik lain yg tinggal di Bandar, tapi mereka tidak pernah pelawa. Mungkin malu dgn kekurangan halim. Ibunya adalah segala2nya bagi halim. Namun, setelah kematian ibunya, hidup halim menjadi tidak tentu arah.

Malam itu kenduri tahlil. Penuh lah rumah dgn sanak saudara dan jiran tetangga. Halim terdengar perbualan abg dan kakaknya yg masing2 tidak mahu menjaganya. Halim sebak. Dan menghilang. Jenuh lah abg dan kakak nya di bantu oleh org kg mencari halim. Malam yg gelap dan hujan lebat, menyukarkan proses pencarian halim. Setelah jam 3am, halim masih lagi tidak ditemui. Akhirnya mereka mengambil keputusan utk pulang.

Keesokan nya, ada org kg ternampak halim sedang tidur di tanah perkuburan ibunya. Lalu mereka membawa halim pulang. Kakak dan abgnya panas hati dgn tindakan halim dan menguatkan lagi pendirian mereka utk menghantar halim ke hospital bahagia. Mereka sudah tekad.

Hari berlalu. Sudah tiga hari abg long tak dtg menjenguk halim. Jika tiga hari lepas halim byk mendiam kan diri, kini dia byk bertindak agresif. Misi ada menghubungi abg long, tetapi abg long bagi byk alasan. Katanya halim itu kena terima hakikat yg ibunya telah tiada dan hospital gila itu lah rumah nya yg baru.

Walaupun di pujuk oleh misi yg abg long nya akan datang esok, halim sudah tidak percaya. Meronta2. Mahu di lepaskan. Tindakan nya itu menakutkan pesakit2 yg lain. Akhirnya doctor memberi ubat penenang. Baru lah halim rebah dan tertidur.

Esok paginya, kecoh halim hilang. Satu hospital di cari tapi masih tidak jumpa. Report polis juga telah di buat. Malangnya abg dan kakaknya tidak menjawab telifon. Lagi merumitkan keadaan. Semua buntu. Tak kurang juga ada yg bersedih hati.

Setelah tiga hari berlalu, barulah halim di jumpai. Org kg jumpa halim tidur di kubur ibunya. Keadaan nya sangat daif. Kaki dan mulut nya pecah2. Kelaparan. Halim mati2 tidak mahu ke mana2 selain berada di kubur ibunya. Ketika abg dan kakak nya sampai, walaupun melihat keadaan halim yg begitu, mereka tetap berkeras utk menghantar halim kembali ke hospital bahagia. Tidak sikit pun rasa kasihan terhadap halim.

Yang menjadi persoalan, bagaimana halim boleh melepaskan diri malam tu. Mana mungkin halim boleh berjalan kaki sejauh 80km utk sampai ke kg nya tanpa makan dan minum. Walaupun di desak, halim tidak pernah menjawab soalan sampai la sekarang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 04:45 PM | Show all posts
anne_boleyn posted on 22-8-2014 04:39 PM
Cerita 7 – Kisah Pesakit

Pagi tu kecoh. Ada pesakit baru yg meronta2 tidak mahu di tinggalkan o ...

misteri....

tp x mustahil atas dorongan keinginan yg tinggi die boleh wat apa saja tanpa sedar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 04:48 PM | Show all posts
salam semua orang...semalam aku mc. hari ni bz la nak clear email dan ada meeting jugak tadi. sorry la lambat update. tu aku dah tempek cerita 7 tu. selain cerita misteri/mistik ada juga cerita sedih tentang bagaimana dorang boleh masuk ke hospital ni. senang cerita tak de siapa pun happy masuk hospital gila ni. walaupun dorang ni gila, dorang pun ada perasaan jugak. cuma tak stabil je kadang2.

happy weekends uols
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tatkala murung dek kisah pengkebumian mangsa MH17,baca plak kisah 7 ni..bertambah extravaganca sedih aku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2014 06:11 PM | Show all posts
hadoi sedihnya baca pasal halim ni
kejamnya adik beradik dia
sampainya hati nak buang dia mcm tu
nak nanges aku baca..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 09:40 PM | Show all posts
musangcomel posted on 22-8-2014 06:11 PM
hadoi sedihnya baca pasal halim ni
kejamnya adik beradik dia
sampainya hati nak buang dia mcm tu


tulah perbezaan kasih sayang seorg ibu dengan kasih sayang sedara sendiri...teramat jauh bezanya...kalu ibu dia masih ada mesti ibu dia jaga dia kan...tapi kalu adik-beradik ni...jarang sangat nak jaga...tu tak masuk agi kalu bab2 pembahagian harta....

btw..thank you @anne_boleyn sebab updatekan citer.. Last edited by BlueEagle on 22-8-2014 09:42 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihnya ibu.. membawa ke syurga.. kasihnya saudara.. masa berada..

Best cite tt. Even mps, xkanla seram 24/7 dr awal smpi akhir. Xdela klimaks ye dak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hm. Kesian Halim. But what to do. Adik bradik sndri tak nak jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 11:30 AM | Show all posts
best bace crite TT..kadang2 tengok org gile tepi jalan ..tepikir tak de sape ke nak jage dorg..mcm mane die boleh jd mcm tu..kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 06:03 PM | Show all posts
wa follow thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 06:04 PM | Show all posts
bagaimana rupa ward itu.. ada gambar tak
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat ada satu macik ni kenalan mak aku... Lps huby dia meninggal dia ckp kat mak aku dia mcm hijab mata dia dibuka... Selalu dia nmpk setan, hantu ke jin kot... Bertenggek2 kat mana2 dlm rumah... Kdg2 sambil duduk2.. Nmpkla dorg bertenggek penuh kat tangga... Mcm2 rupa.. Waktu tu aku fikir...mcik ni gila ke atau mmg betul...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:19 PM | Show all posts
anne_boleyn posted on 22-8-2014 04:39 PM
Cerita 7 – Kisah Pesakit

Pagi tu kecoh. Ada pesakit baru yg meronta2 tidak mahu di tinggalkan o ...

sedihnya citer ni...

teringat plak adik aku pernah beritahu ada seorang pesakit di situ yang suka dipanggil tuan puteri..dan dia berasal dari keturunan raja2..
adik aku layan je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 10:32 PM | Show all posts
best citer TT. mak TT mst pandai bercerita. dlu kt opis ad employee ni yg sakit jiwa on-off.ad msa dia normal,ad msa dtg angin xbetuiny.tp most of the time,cam xbetui jer. citer ni bos yg story.ad skali tu dia lalu area production ats catwalk.bos jln kt depan dia,jarak agk jauh.ttiba dgr dia berlari ats catwalk.pepagi kot xbyk org. bos da seram sejuk jln laju2. pastu kt opis, dia dtg jupa bos bgtau dia da tangkap. bos da pelik,tgkap ap pulk. rupa2nya dia nk ckp dia da dpt tgkap hantu or jin kt ats cat walk. kat ats tu mmg makhluk2 tu slalu bersidai he3. tp skrg dia da dibentikn ats sb kondisi dia.ptut kna amek ubat nk kawal pnyakit dia tp dia xnk. wife dia pon tau condition dia tp da redha. otak dia kgkdg mcm brilliant,tp ktorg ni yg xbleh nk brain.keh3. based on citer TT n citer pengalaman bos ni, rsa org giler ni ad kelebihan bab2 ghaib ni kot.wallahualam.

#catwalk tu jln yg tergantung ats production.nk elak workers lalu celah mesin time operation.for safety purposes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2014 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
anne_boleyn posted on 20-8-2014 11:01 AM
Cerita 3 - Trauma

Ada sorang pesakit perempuan ni. cantik org nya. dia sudah puluh tahun jugak ti ...

Sedihnya kisah hidup dia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
timbul rasa kesian pada org kurang siuman ni lagi lagi bila dorang tu dulu nya ada pemikiran normal tapi hujung hujung jadi gila..kadang kadang buat sy terfikir apa yg ada dikepala dorang ni semasa bertukar keadaan ke tak siuman.

sy pernah terbaca kisah hidup 2 artis yg sangat gah di zaman kegemilangannya tapi dek kerana masalah mental,hidup bertukar 360 darjah..yg satu walaupun x jadi gila sepenuhnya tapi sakit mental yg dihadapi membawa kpda kematiannya dan yg satu lagi jadi gila sepenuhnya dan mati tanpa sesiapa pun disisi..mayat dijumpai 3 hari selepas dah mati..sangat menyedihkan..

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mne lg cite tt., huu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa zaman belajar..ada sorang member lelaki pernah masuk wad mental kejap.. Salah menuntut ilmu masa dia dekat arau dulu.. Macam2 dia buat.. Habis dia lanyak kereta ayah dia sampai hancur.. Lps tu pakai smart2.. Naik teksi sampai kl.. Jenuh ayah dia cari.. Sy smpat g melawat dia ngn kengkwn kt hspital taiping.. Happening je situ..meriah.. Siap ada sorg mamat ni..bole nyanyi lagu apa je yg kita request.  Ckp je nk lagu apa..smua dia nyanyi.. Lagu inggeris pn bole.. Ada sorg lagi..masuk sbb terlebih makan ubat katanya..siap bg member perempuan aku surat cinta.. Suh balas surat dia.. Kalo xbalas dia merajuk..hihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.070684 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list