CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2687|Reply: 3

Awie: Tanpa Rozana..saya dan anak-anak bahagia

[Copy link]
Post time 15-8-2014 02:37 AM | Show all posts |Read mode
                            
  •                                                                                                                                                         Awie
                                                                [url=]<[/url] 1 / 1                                     [url=]>[/url]
                        
                                                                                                                            KEMELUT rumah tangga membabitkan vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dan isterinya, Rozana Misbun, 36 kini menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi, Awie juga berdepan tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, dua minggu lalu.
       
        Biarpun melalui satu tempoh yang sukar dalam hidupnya, Awie bersyukur kerana berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara ketiga-tiga anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
       
        Mendekati lelaki berusia 46 tahun ini, Awie mengakui kehidupannya tidak banyak berubah selepas dia dan Rozana tidak lagi tinggal sebumbung.
       
        "Kehidupan kami berlangsung seperti biasa, tidak banyak yang berubah. Cuma pada bulan Ramadan lalu, buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya bangun pagi dan masak sahur buat mereka.
       
        "Malah jika saya terlibat dengan penggambaran, bila ada masa rehat, saya akan pulang dan masak lauk untuk mereka berbuka. Saya mahu mereka rasa nikmat makan air tangan bapa mereka," ujarnya yang ditemui Zass di lokasi penggambaran Warna Cinta Impian, semalam.
       
        Ujar Awie, anak-anak juga banyak memberinya kekuatan dan kehidupan mereka enam beranak cukup bahagia.
       
        Selain tiga anak hasil perkahwinan dengan Rozana, dua anak perempuan hasil perkahwinan dengan Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, dan Puteri Aleefa Antasha, 12 turut dijaga oleh Awie.
       
        "Alhamdulillah setakat ini mereka tidak pernah komen apa-apa atau bertanya. Macam raya baru-baru ini mereka nyatakan hasrat untuk ke Legoland dan saya bawa mereka ke sana.
       
        "Kami 'happy' hidup bersama dan saya kini hanya mahu kembalikan hak mereka yang hilang dan segala kerja keras saya selama ini dan seterusnya adalah untuk keselesaan anak-anak pada masa akan datang.
       
        "Saya juga bersyukur kerana hak penjagaan kesemua anak-anak diberikan kepada saya dan apa pun terjadi saya akan pertahankan. Saya mahu mereka membesar di depan mata saya dan kalau apa-apa berlaku biarlah berlaku di depan mata saya.
       
        "Mereka nyawa saya, dunia dan akhirat," ujarnya yang turut meminta masyarakat tidak membuat telahan atau andaian terhadap segala yang berlaku dalam rumah tangganya.
       
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2014 02:37 AM | Show all posts
Kembali bersama Erra
       
        Berkongsi perkembangan terbarunya, Awie berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran filem terbarunya, Warna Cinta Impian yang sudah memulakan penggambaran sejak 11 Ogos lalu. Lebih menarik, di dalam filem tersebut, Awie kembali bersama Erra Fazira setelah kali terakhir bergandingan dalam filem hampir 20 tahun lalu.
       
        "Filem ini berkisar mengenai sebuah perkahwinan yang perlu diselamatkan oleh dua watak yang dijayakan oleh saya dan Erra. Selain itu untuk pertama kalinya, kami kembali bergandingan di dalam filem setelah sekian lama tidak berbuat demikian.
       
        "Tapi bagi saya gandingan di dalam filem ini tidak terlalu mencabar seperti ketika kami menjayakan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya, baru-baru ini," katanya.
       
        Tidak kisah andai kerjasama ini dijadikan umpan untuk menarik perhatian penonton ke panggung, Awie berkata, dia dan Erra kini berkawan baik dan kisah lalu yang berlaku antara mereka tidak perlu diungkit kembali.
       
        "Apa yang berlaku biarkan berlalu. Saya pasti, sama seperti saya, fokus Erra kini adalah untuk mencari rezeki buat anaknya. Tapi bila bercakap soal jodoh, saya rasa Erra berhak dapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari saya.
       
        "Tapi saya tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana semuanya adalah ketentuan ALLAH SWT," jelasnya yang mengakui serik untuk kembali berumah tangga andai perkahwinannya dengan Rozana menemui titik noktah.
       
        Sementara itu filem ini merupakan produk pertama syarikat Touchtronics Entertaiment Sdn Bhd. Selain Erra dan Awie, antara pelakon lain yang akan turut serta menjayakan filem ini adalah pelakon dari Singapura, Erwin Shah Dawson, Shiqin Kamal, Nelydia Senros dan Azlee Khairi.
       
        Tidak musuhi KRU
       
        Selain sibuk dengan penggambaran filem, Awie berkata, dia juga kini sibuk dengan latihan teater SuperMokh The Musical yang bakal dipentaskan tidak lama lagi. Ditebak mengenai perkembangan karier nyanyiannya, jawab Awie, dia masih menerima undangan nyanyian secara solo pada hujung minggu dan kini dalam perancangan untuk mengadakan konsert jelajah bagi mempromosikan album terbarunya, Menakluk Kosmos.
       
        "Saya jangka ia akan bermula  Oktober hingga Disember ini membabitkan empat atau lima tempat termasuk Singapura. Manakala persembahan di Sabah dan Sarawak masih dalam perbincangan," katanya.
       
        Mengerti persoalan yang bermain di minda penulis, Awie berkata, hubungannya bersama KRU Music sudah pulih dan pihak KRU sudah datang bertemunya memohon maaf.
       
        "Soal hati saya letak ke tepi dan kami sudah pun bermaaf-maafan. Tapi promosi album Menakluk Kosmos perlu diteruskan, jadi album tersebut akan diuruskan promosi menerusi syarikat saya, Awie Entertainment
," katanya yang juga dalam proses mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-30 penubuhan Wings dan sebuah persembahan amal mengutip bantuan buat Gaza.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 12:49 AM | Show all posts
Erra kan ada
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:06 AM | Show all posts
Seorang bapa menjaga 5 anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.041485 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list