CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 931|Reply: 0

[Dunia] Masuk Gaza hari ini

[Copy link]
Post time 14-8-2014 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Kaherah: Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang diketuai Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dijangka akan memasuki Gaza hari ini untuk menghantar bekalan perubatan, keperluan serta khidmat doktor pakar.
    Misi akan turut disertai beberapa sukarelawan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Mercy Malaysia serta Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menjadikan jumlah keseluruhan 83 orang termasuk petugas media.

    Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim berkata konvoi akan bergerak ke sempadan Rafah dari Kaherah yang mengambil masa kira-kira 4 jam perjalanan darat dan akan melalui kawasan Utara Sinai yang masih berada di bawah kawalan tentera Mesir berikutan ancaman militan.

    Katanya. jika misi berjaya, Malaysia menjadi antara negara terawal menghantar bantuan ke Gaza sejak konflik terbaru Hamas-Israel 8 Julai lalu yang mengorbankan lebih 1,900 nyawa rakyat Palestin.

    “Misi kemanusiaan ini mewakili seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira sempadan agama, kaum mahupun fahaman politi. Kita akan usaha sedaya upaya untuk pastikan sumbangan sampai kepada rakyat Gaza,” kata Azeez selepas menghadiri mesyuarat kolaborasi NGO di Dewan Malaysia Abbasiah, di sini.

    Misi akan dikoordinasi oleh Duta Besar Malaysia di Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan diketuai oleh Azeez sendiri.

   Tambahnya lagi, pelbagai kekangan keselamatan yang perlu diambil kira sepanjang perjalanan termasuklah beberapa kawasan di Utara Sinai yang masih dalam perintah berkurung.

    “Sepanjang perjalanan kelak pihak tentera Mesir akan membuat pemeriksaan keselamatan namun saya optimis mereka akan memberi kerjasama yang baik untuk memastikan misi berjalan dengan lancar,” katanya.

    Presiden MAPIM Mohd Azmi Abd Hamid pula berkata ini adalah peluang terbaik untuk memasuki Gaza berikutan kerjasama erat antara kerajaan Malaysia dan Mesir.

   Sebelum itu seramai 43 sukarelawan dan petugas media yang mengikut misi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, di sini, jam 5.10 pagi semalam (10.10 pagi waktu Malaysia).

Pasukan sukarelawan membawa bersama kira-kira 20 tan barang perubatan dan keperluan untuk disalurkan kepada penduduk Gaza.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.072930 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list