CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1890|Reply: 4

[Dunia] Gaza tenang seketika

[Copy link]
Post time 13-8-2014 01:06 PM | Show all posts |Read mode
GAZA CITY - PALESTIN. Kehidupan seharian di Gaza kembali seperti biasa selepas Hamas dan Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata terbaharu selama 72 jam bagi memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk berunding di Kaherah.

Selepas lebih 12 jam genjatan senjata bermula, tiada tanda serangan akan tercetus daripada mana-mana pihak dan kedai serta perniagaan kembali dibuka kepada penduduk sekitar lapor Arab News.


Penduduk yang tinggal di sekolah PBB mengambil peluang pulang ke rumah sejurus gencatan senjata berkuatkuasa.



Di luar sebuah sekolah Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA), kenderaan dan keldai menunggu untuk membawa pelarian pulang semula ke rumah selepas lebih sebulan mendapatkan perlindungan di situ.

Sementara itu, PBB telah menamakan tiga pakar daripada suruhanjaya penyiasatan antarabangsa untuk menyiasat pencabulan hak asasi manusia dan jenayah perang yang dilakukan kedua-dua pihak dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza.

Profesor undang-undang antarabangsa dari Kanada, William Schabas akan mengetuai panel bersama dua ahli lain iaitu veteran pakar hak asasi manusia PBB dari Senegal, Doudou Diene dan peguam British-Lubnan, Amal Alamuddin.

Kesemua panel dijangka menghantar laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Mac tahun depan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lagi McDonald's di Malaysia pun pasti akan kembali sibuk dengan kebanjiran customers selepas dua minggu menyepikan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 01:11 PM | Show all posts
teka sapa yg akan bom dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 01:11 PM | Show all posts
allahamdullilah
sekurang2nyer lega sikit bg mereka melakukan aktiviti harian
besar harapan agar suasana ni kekal smpi bila2
amin...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 01:14 PM | Show all posts
kekal aman selagi hamas tak buat taik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.418756 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list