CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3593|Reply: 8

Cerpen: Orientasi Seksual

[Copy link]
Post time 12-8-2014 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
' Faez, ayah kau dah meninggal dunia pagi tadi sebab serangan jantung . Di atas katil. Baru aku tahu berita ini daripada jiran rumah kau. ' kata Azriana. Kawan karibku . Aku tergaman saat mendengar berita itu. Berita tentang kematian ayah kandungku yang telah memeliharaku sejak kecil . Ibuku sudah tiada. Meninggal ketika melahirkan aku .

' Okay. ' itu je yang kumampu katakan pada saat ini. Jawapan yang jarang kauorang lihat dalam babak drama saat menerima berita kematian.

' Aku akan tolong kau uruskan pengembumian ayah kau, kau just datang je okay? '

katanya lagi.

' Okay. '' jawabku lagi. Sayu. Air mata mengalir dipipi. Talian terputus.

Dan disinilah aku berada. Berdiri dihadapan sebuah rumah yang rekaannya ala-ala Inggeris. Memang Inggeris pun sebab aku dan ayahku tinggal di negara Amerika .

Sudah lama jugalah aku tinggal di negara ini. 25 TAHUN. Sebab umurku dah mencecah angka itu. Hehehe.

Bapaku merupakan orang melayu yang berketurunan Indonesia dan Melayu. Darah Indonesia mengalir dalam darahnya kerana ia milik datukku. Darah melayu pula milik nenekku. Kedua-dua dah masuk kubur. Macam bapa aku.

Bapaku menemui isterinya didalam kelas lukisan di universitinya., Waktu itu, ibuku menjadi model untuk lukisan didalam kelas lukisan bapaku. To be specific, model bogel.

Sebenarnya subjek lukisan tu bukan subjek utama orang tua tu, dah dia gatal nak tambah subjek tambahan dalam jadual. Apa aku boleh buat. Eh aku mana wujud lagi masa tu. Heh.

Untuk dipendekkan cerita, ibuku dahulu yang memulakan langkah pertama. Langkah pertama untuk memiliki bapaku. Sebenarnya kedua-dua sudah saling terpaut saat mata mereka bertentang didalam kelas itu.

Sejurus habis kelas lukisan itu, ibuku yang memakai tuala menghampiri bapaku. Dia yang telah melihat lukisan dirinya yang dilukis bapaku meminta bapaku melukisnya sekali lagi. Tapi bukan waktu dia cakap tulah maksud aku. Lukisan bapaku waktu memang lawa wa cakap lu. Debabom!

Dia meminta bapaku melukisnya di luar jadual belajar universitinya. Lalu bapaku setuju dan menetapkan tarikh mereka berdua untuk bertemu. Padahal bapaku yang amat virgin tapi pervert tu tahu bahawa yang ibuku menyukainya.. Jadi bermula episod bibit cinta antara mereka. Bertemu, luang masa bersama , luahkan perasaan dan berkahwin serta terbitlah aku daripada rahim ibuku hasil titik air sperma bapaku. Eww. Giler gila aku nak sebut sperma. Bweekk..

' Pa dok terangsang ke bila tengok ma berbogel depan pa? ' Soalku pada satu petang ketika aku masih tinggal bersamanya. Aku baru 24 tahun masa tu. Ya, tahun lepas punya momenlah ni.

' Gaylah pa kalau dok tegang, tapi pa control je..eheheh... ' jawabnya sambil ketawa halus. Aku pun turut sama.

Bapaku seorang romantik. Peramah. Sebab utama menyebabkan ibuku menyukainya lantas menyayanginya dan mencintainya. Ibuku cantik orangnya kata bapaku. Dan dara.

Ya, dara. Macam tak percaya bila bapaku beritahu tentang hal itu. Come onla, model bogel tu... Tapi kata bapaku lagi, ibuku pernah BJ dengan bapaku sebelum nikah. …

Ibuku berbangsa Amerika. Putih, Rambut merah. Rambut merah yang asli ya, bukan rambut celup warna macam budak melayu nak up saat ini. Aku tahu sebab aku selalu layari page troll yang mentrollkan budak melayu yang tak sedar diri tu keturunan melayu. Ok, abaikan. Berbalik kepada ibuku.

Ibuku seorang penganut Krtistian kemudian memeluk agama Islam kerana bapaku. Ya, bukan ikhlas pun bunyinya. Peluk agama sebab cinta. Namun, ibuku setelah menikahi bapa, dia sudah dapat merasakan ketenangan memeluk agama Islam. Sedikit demi sedikit perubahan dilakukan. Daripada tak cukup kain dibawah, dah cukup bila sudah faham tentang aurat perempuan. Termasuk kain atas juga. Kepala habis dibungkus.

Hehe.

Bapaku terus menetap disini setelah menikahi ibuku. Lagipula bapaku anak orang kaya jadi tiada masalah nak urus hal-hal untuk menjadi warganegara Amerika. Datuk dan Neneku hanya setuju sahaja bila bapaku beritahu mereka bahawa dia mahu menetap disini. Nenek dan Datuk fikir anak lelaki mereka sudah besar. Jadi mereka relakanlah.

Mereka terkejut apabila anak lelaki mereka pulang ke Malaysia dengan seorang wanita berbangsa Inggeris. Namun bila diterangkan perkara sebenar, barulah Datuk dan Nenek faham kenapa tiba-tiba muncul entah dari mana seorang gadis disebelahnya bila dia melawat ibu bapanya di Malaysia. Beratlah juga hendak lepaskan satu-satunya anak mereka. Tetapi mereka bagilah juga. Dua bulan lepas tu, mereka meninggal dalam satu rompakan di kedai runcit. Dammit, kedai runcit pun nak dirompak . Hish. Tak sempat aku nak jumpa diorang..

Dan tinggallah aku seorang. Tanpa keluarga. Sudah dua minggu bapa aku meninggal dan segala hartanya sudah kudapat. Giler cepat. Hehe. Aku mengambil keputusan untuk menjual rumah ini. Rumah ini banyak menyimpan kenangan aku dan dia. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa lalu menjenguk sebentar badanku ini. Aku berdiri. Melihat rumah itu. Sebelum aku meletakkan sepanduk yang tertulis perkataan ' For Sale ' , aku harus mengambil segala gambar-gambar aku dan dia dalam rumah ini.

Kenangan manis banyak disini. Boleh saja aku tidak menjualnya kerana banyak kenangan manis tercipta disini. Aku lahir disini, membesar disini dan bermain dengan rakan-rakannku di kawasan perumahan ini. Sekarang rakan-rakanku sudah ada haluan masing-masing.

Tapi masalahnya sekarang, aku sudah mempunyai ' boyfriend ' yang tinggal bersama aku. Takkanlah aku nak bawa dia ke sini? Lagipula rumahku di bandar di Amerika ini.

Pejabat aku ada disana. Takkan aku tak mahu jual rumah ini semata-semata sayang rumah ini sebab banyak kenangan manis tercipta dan ingin tinggal disini serta memandu ke bandar utama untuk pergi kerja yang mengambil masa 4 jam dari sini? Ya, rumah ini bukan dibandar.

Kalau kat Malaysia, orang anggap kawasan seperti ini kampung tapi bukanlah kampung sebab ia ada kedai makanan disini.. Macam pekan kecilah kiranya.. Eh asal aku tak sebut pekan kecil je? Heh.

' Sure kau nak jual rumah kau ni? ' tanya Ezriana. Dia orang melayu. Yang pernah tinggal dikawasan perumahan ini. Kami berkawan baik sejak berumur 6 tahun – tipikal watak dalam kisah hidup.

' Sure. Lagipun duit hasil penjualan rumah ini, boleh aku buat melancong bersama boyfriend aku.. ehehe ' aku ketawa kecil. Ezrina agak tidak suka bila aku sebut tentang boyfriend aku. Tapi peduli apa kan, kau hado boyfriend?

' Sure orang akan terkejut tengok boyfriend kau bila dalam kapal terbang nanti '

katanya lagi. Aku hanya tersengih dan membalas

' Ez, come on. Perkahwinan sejenis sudah sah di sesetengah negeri di Amerika. Inikan pula aku dan boyfriend aku ingin melancong bersama? Orang tak kisahlah. LGBT right okay.. Kalau LGBT people , orang dah terima disini. Apakan pula aku dan boyfriend aku kan? '



' Faez, aku dah kabo kan.. kau tak boleh bersama dengan dia. Dosa di sisi agama . ''

' Ez, ini Amerika. Bukan Malaysia. Bukan Pakistan. Bukan Arab. Think positive. I proud to be who I am. And thanks for understanding me. ' ucapku mematikan perbualan dan tersenyum. Kami menapak sama ke dalam rumah itu. Ezriana disini ingin membantuku mencari barang-barang lama dalam rumah ini sebelum rumah ini bertukar tangan. Setelah dua jam berlalu, penuhlah kotak-kotak dengan barang-barang lama.

Seperti permainanku waktu ku kecil, baju semasa aku baby, dan gambar-gambar..

Aku menatap gambar didalam frame yang terletak di meja lampu katil ayahku. Gambar itu wujud dua susuk tubuh dalamnya. Susuk tubuh manusia itu ialah aku dan bapaku.

Gambar itu merupakan gambar kali terakhir aku dengan dia. Gambar ini ditangkap pada tahun lepas di laman rumah kami ketika hari lahirku. Tangan kananku memegang sekotak hadiah manakala tangan kiri pula memeluk pinggang bapa. Kami sama-sama tersenyum. Oh ya, Ezrina yang menangkap gambar kami berdua. Aku masih ingatlah hadiah didalam kotak tersebut. Iaitu jam tangan. Aku tahu, tipikal sangat hadiah macam tu tapi ia amat bernilai dimataku kerana ia pemberian daripada orang yang tersayang.

Aku ingatkan bapaku akan menerimaku seperti parents lain yang menerima anak mereka gay tapi lain pula dengan penerimaan bapaku..

Waktu itu aku melawat bapaku. Dia yang selalu menyambutku dengan menghampiri ke keretaku bertanya padaku apabila ada seorang lelaki di tempat dudukku..

' Siapa ni ? ''

' Kekasih saya, pa Zack namanya. Hensem kan? Maaflah tak beritahu pasal kekasih saya ni ' kataku tersenyum. Tiba-tiba mata bapaku menjengil dan kelihatan terkejut sekali setelah memerhati Zack betul-betul .

' You are fucking crazy! Kau bukan anak aku lagi. Pergi kau! ' jerit dia padaku. Aku tersentak. Aku keluar daripada kereta dan merayu dia untuk menerimaku namun jawapannya

' Aku akan kol polis kalau kau asyik merayu begini! ' tengking dia dengan mata menjengil. Riak wajahnya menunjukkan dia sangat marah padaku. Marah sebab aku mencintai Zack. Aku yang takut kehilangan Zack hanya menyerah kemudian aku masuk ke dalam kereta. Meluncur laju keluar daripada perumahan itu dan takku lawati bapaku dan rumahnya itu... Bila dia dah tiada, barulah aku kembali ke perumahan ini.

Itupun dengan niat nak mengambil barang lamaku dan menjual rumah ini. Kejam betul aku bila fikir balik. Datang ke sini semula semata-mata dengan niat tu. Hehe.Untuk pengetahuan, awal tahun 2014 aku berambus keluar daripada rumah bapaku sebab dapat tawaran kerja di New York. Setiap hari minggu aku akan melawat dia.Tolong jangan salah faham ek. Ehehehe,,,

Aku tanpa sedar mengalirkan kelenjar laksrima di pipiku. Ezriana yang perasan aku menangis didalam bilik ayahku itupun muncul dimuka pintu. Dia masuk ke dalam dan menggosok badanku. Seakan faham dengan keadaan aku. Naluriku.

' Aku tak faham Ez. Kenapa bapa aku tak terima diriku. Aku tak pernah minta untuk memiliki naluri sebegini. Aku.. ' aku menangis tersedu-sedu. Ezriana hanya diam dan menggosok badanku.... Keadaan sunyi tanpa suara kami kecuali hanya tangisan aku kedengaran.

Bila sudah selesai mengambil barang yang perlu, aku dan Ezriana memandu pulang ke bandar New York. Tempat dimana aparment aku berada dan juga boyfriendku yang tinggal didalam aparment tersebut. Tentu dia sedang menunggu aku.

' Faez, aku nak minum jap kat rumah kau boleh? ' soal Ezriana yang mengalihkan pandangannya dari cermin depan ke arah aku yang sedang menumpukan perhatian kepada pemanduanku. Tengah fikirkan apa yang boyfriend aku lakukan sebenarnya. Oh ya, dia tak bekerja. Jadi tugas dia hanya duduk kat rumah je. Tunggu aku balik. Macam laki bini jer rasa, haha.

Aku menjawab..

' Yup, why not? Nak tidur semalaman pun boleh.. ' aku mengulum senyuman kepadanya. Kami bertukar senyuman.

' So, kau free esok? ' tanyaku yang sedang membancuh air kopi untuk Ezriana. Ezriana kelihatan bercakap dengan seseorang dalam talian sebaik aku mengajukan soalan itu kepadanya.

' Jap... ' katanya.. Dia membawa dirinya ke bilik airku. Entah apalah yang rahsia sangat tu.

' Sayang, nah ni dia air kopi.. Sayang mesti suka. '' aku mempelawa Zack yang duduk di atas sofa. Aku mengulum senyuman padanya. Dia bisu. Jadi dia tak balas kata-kataku untuk pengetahuan koranglah.

Tiga cawan kopi sudah berada di atas meja kopi. Aku terus melabuhkan punggung lalu aku melihat Ezriana sudah keluar daripada bilik air.



' Freelah... tapi aku ada date lah dengan Alex..ehehe ' beritahu dia kepadaku sambil mengukir senyuman. Entah kenapa riak wajahnya seperti ada perasaan takut di sebalik riak tenang itu. Matanya memberitahuku perasaannya. Takut apa?

' Kau cakap dengan siapa ea tadi? Secret sangat sampai masuk ke dalam bilik air.. ' aku terus menyatakan keinginanku tentang seseorang yang berbual dengannya didalam talian sebentar tadi.

Ezriana meraup rambutnya yang panjang. Nampak seksi.

' Alex.ehehe... err aku minum dulu ea. ' Cawan kopi dihirupnya. Rasa takut terpancar didalam anak matanya saat matanya bertentang dengan mata Zack. Ezriana selalu takut melihat Zack. Mungkin sebab wajahnya yang garang kot.

Tiba-tiba ada bunyi loceng kedengaran menusuk telinga kami . Hmm, siapa pulak datang ni? Mungkin jiran sebelah kot nak kasi bakon? Ehehe...

' Aku bukak ea.. kau tunggu sini.. Bolehlah kita makan bakon sama-sama nanti..ehehe '

aku menyatakan ayat itu kepadanya lalu membuka tombol pintu. Kelihatan dua pegawai polis dihadapan aku. Hmmm, kenapa tiba-tiba muncul pulak ni?

Hairan. Terkejut pun ada.

' We're New York Police Deparment , Are you Faezah binti Ahmad? ' soal polis tersebut. Aku menelan air liur dan memandang ke arah Ezriana. Dia menunjukkan riak wajah yang serbasalah di wajahnya.

Aku berada didalam kereta polis. Aku ditangkap. Kerana Ezriana . Patutlah secret sangat rupanya telefon polis tadi . Aku mampu memandang Ezriana yang berada di luar kereta. Aku marah dan geram. Dia telah khianati aku sebagai rakan baikku. Aku tak sangka. Aku ingat dia akan simpan rahsia tentang Zack.

Aku tahu Zack tak bernyawa lagi. Tapi kenapa dia tak boleh faham naluriku yang minat kepada orang yang tak bernyawa lagi? Kenapa kaum LGBT diterima oleh masyarakat Amerika tapi bukan kaum nercrophilia?

Aku mendengus marah. Aku merenung tajam ke arah mata Ezriana. Susuk tubuh itu makin mengecil saat kereta polis makin jauh meluncur keluar daripada perkarangan kawasan aparmentku.



>>>>>> Tamat<<<<<<<<<

#kelenjar lakrima-air mata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 08:18 AM | Show all posts
psiko ke? alahai kesian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2014 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-8-2014 08:18 AM
psiko ke? alahai kesian...

bkn saiko.dye cma ada naluri menyintai mayat. Org yg mmpunyai naluri sebegini dipanggil necrophilia.Ramai org necrophilia di Amerika. Sebb tu background cter ni Amerika.Hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 10:32 AM | Show all posts
Perghh.... mmg minat citer ganas2 ek???

Kalau idea2 tt dipanjangkan menjadi novel, boleh cuba htr ke fixi
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 11:19 AM | Show all posts
necrophile? not bad...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 11:26 AM | Show all posts
Esmiria posted on 13-8-2014 08:58 AM
bkn saiko.dye cma ada naluri menyintai mayat. Org yg mmpunyai naluri sebegini dipanggil necrophili ...

alkisahnya... saya baru tau pasal penyakit ni... kesiannya dia... thanks for sharing this story TT....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2014 01:29 PM | Show all posts
ada ye org cinta kat mayat? huhuhu... seram acik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha, siot je. Mula2 ingat kan gay tp name faezah. Last2 br tau zack tu mayat upenye. Gila ah pompuan ni x takut kena cekik ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2014 12:42 PM | Show all posts
mak oih.. ehhehe good job.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.097045 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list