View: 4079|Reply: 6
|
Napoleon Bonaparte Akhirnya Masuk Islam?
[Copy link]
|
|
Napoleon Bonaparte Akhirnya Masuk Islam?
Benarkah Napoleon Bonaparte, jeneral perang Perancis ini masuk Islam? Kenapa tidak? Berpuluh puluh tahun Napoleon pernah berada di Mesir dan sering berinteraksi dengan masyarakat dan dunia Islam. Dalam pencarian agamanya, kemungkinan Napoleon mempelajari dan tertarik pada Islam seperti yang dialami pada berjuta-juta mualaf lain hingga hari ini.
| sumber dari google | Bagi pembaca sejarah, nama Napoleon mungkin sudah tidak asing lagi. Tahukah anda bahawa ada khabar menarik yang menyebutkan musuh ketat Inggeris pada zaman itu adalah seorang Muslim. Tapi ingat, khabar ini bukannya tanpa kontroversi.
Laporan mengenai Napoleon menjadi Muslim ini pernah dilaporkankan dalam harian rasmi Perancis, Le Moniteur Universel (terbit dalam kurun 1789-1868). Disebutkan Napoleon secara rasmi menjadi Muslim pada 1798. Kutipan berita inilah yang kemudian dimuat dalam buku Satanic Voices- Ancient and Modern karya David Musa Pidcock tepatnya pada halaman 61.
Buku Pidcock ini terbit pada 1992, demikian tulisan yang dikutip media.isnet.org. Pidcock juga menuliskan bahawa Napoleon memilih nama Ali sebagai nama barunya, sehingga menjadi Ali Napoleon. Rupanya Napoleon sempat diilhamkan oleh orang kepercayaannya, Pengarah Jacques Menou, yang kemudian menjadi Pengarah Abdullah-Jacques Menou. Beliau kemudian menikahi seorang wanita Mesir yang bernama Siti Zoubeida. Diyakini mempunyai garis keturunan dari Nabi Muhammad saw.
| Napoleon Bonaparte | Napoleon disebut-sebut mengakui keunggulan hukum Islam, bahkan berniat memohon pelaksanaannya di Perancis. Prinsip-prinsip syariah itu pernah dimasukkan ke dalam Civil Code Napoleon atau undang-undang yang ditulis oleh Napoleon. Code Napoleon ini kemudian menjadi inspirasi kepada perlembagaan Perancis dan perlembagaan negara-negara taklukan Napoleon di Eropah.
Tunggu dulu, ternyata penerapan prinsip syariah dalam undang-undang Perancis ini ada contohnya di dunia kontemporari. Berita yang ditulis media.isnet.org ini menyebutkan, salah satunya adalah ketika kejadian kemalangan maut pada tahun 1997 yang menyebabkan kematian Puteri Diana dari Britain dan teman lelakinya, Dodi al-Fayed. Para jurugambar yang mengambil gambar insiden tersebut telah didakwa dibawah perundangan Perancis.
Dakwaan itu menyebut, para jurugambar turut bersalah "kerana tidak membantu ketika mereka berada di lokasi kejadian ". Menurut Pidcock, prinsip ini konon berasal dari undang-undang syariah hasil ijtihad dari Imam Malik. Lebih jauh lagi, hubungan Napoleon dengan Islam diungkap juga dalam Bonaparte and Islam atau versi Prancisnya, Bonaparte et Islam, tulisan Christian Cherfils.
Napoleon Bonaparte seorang Jeneral dan Maharaja Perancis lahir di Ajaccio, Corsica pada 1769. Namanya terdapat dalam urutan ke-34 dari Seratus tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah yang ditulis oleh Michael H. Hart. Kerjaya tentera Napoleon menjadikan paradoks yang menarik. Kegeniusan gerakan taktiknya amat memukau dan bila diukur dari segi itu, boleh jadi dia boleh dianggap seorang jendral terbaik sepanjang zaman.
Sebagai seorang yang berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Perancis sejak ogos 1793, seharusnya dia merasa puas dengan segala apa yang telah diperolehnya itu. Tapi rupanya kemegahan dunia belum boleh memuaskan batinnya. Agama yang dianutnya waktu itu tidak boleh membuatkan Napoleon Bonaparte merasa tenang dan damai. Akhirnya pada tarikh 02 Julai 1798, 23 tahun sebelum kematiannya ditahun 1821, khabarnya Napoleon Bonaparte menyatakan keIslamannya di hadapan dunia Antarabangsa. Namanya berubah menjadi ' Aly (Ali) Napoleon Bonaparte '.
Apa yang membuat Napoleon ini lebih memilih Islam daripada agama lamanya iaitu Kristian? bukan hanya sekadar isu, berikut penuturannya sendiri yang pernah dimuat di majalah Genuine Islam, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura.
"I read the Bible ; Moses was an able man , the Jews are villains , cowardly and cruel . Is there anything more horrible than the story of Lot and his daughters ? " " The science which proves to us that the earth is not the centre of the celestial movements has struck a great blow at religion . Joshua stops the sun ! One shall see the stars falling into the sea ... I say that of all the suns and planets , ... "
( "Saya membaca Bible ; Musa adalah orang yang mampu, sedang orang Yahudi adalah bangsat, pengecut dan jahat. Adakah sesuatu yang lebih dahsyat daripada kisah Lut beserta kedua puterinya? " (Lihat Kejadian 19:30-38) "Sains telah menunjukkan bukti kepada kita, bahawa bumi bukanlah pusat sistem suria dan ini merupakan pukulan hebat terhadap agama Kristian. Yosua menghentikan matahari (Yosua 10 : 12-13). Orang akan melihat bintang-bintang berjatuhan kedalam laut.... saya katakan, semua matahari dan planet-planet ....")
Selanjutnya Napoleon Bonaparte berkata :
" Religions are always based on miracles , on such things than nobody listens to like Trinity . Isa called himself the son of God and he was a descendant of David . I prefer the religion of Muhammad . It has less ridiculous things than ours ; the turks also call us idolaters . "
( "Agama-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya Trinitas yang sukar difahami. Jesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan, padahal dia keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad. Islam terhindar jauh dari kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian) ; Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang-orang penyembah berhala dan dewa. ")
selanjutnya :
" Surely , I have told you on different occations and I have intimated to you by various discourses that I am a Unitarian Musselman and I glorify the prophet Muhammad and that I love the Musselmans . "
("Dengan penuh kepastian saya telah mengatakan kepada anda semua pada kesempatan yang berbeza dan saya harus memperjelas lagi kepada anda di setiap ceramah, bahawa saya adalah seorang Muslim dan saya memuliakan nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.")
Akhirnya dia berkata :
" In the name of God the Merciful , the Compassionate . There is no god but God , He has no son and He reigns without a partner . "
("Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping.")
Napoleon Bonaparte mengagumi Al-Quran setelah membandingkan dengan kitab sucinya terdahulu, Alkitab.
Akhirnya dia menemukan keunggulan-keunggulan Al-Quran, juga semua cerita yang melatar belakanginya. Dalam buku yang berjudul 'Bonaparte et I'Islarn oleh Cherlifs, Paris, halaman 105', Napoleon Bonaparte berkata sebagai berikut :
" I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the prinsiples of the Qur'an wich alone can lead men to happiness . "
("Saya meramalkan bahawa tidak lama lagi akan dapat dipersatukan semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, kerana hanyalah Qur'an itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan. ")
Beberapa sumber lain yang menyatakan ke - Islaman beliau :
*Buku 'Satanic Voices - Ancient and Modern' penulis David M. Pidcock (1992 ISBN : 1-81012-03-1), pada hal. 61
*Akhbar Perancis 'Le Moniteur', yang menulis bahawa beliau masuk Islam pada tahun 1798.
*Buku 'Napoleon And Islam' dengan penulis C. Cherfils (ISBN : 967-61-0898-7).
Wallahu a'lam.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas Hitler, Napoleon pulak...gini la. Walaupun ada pendapat mengatakan yang Napoleon memang menyanjungi (sanjung aje) Rasulullah tapi dia juga ada mengatakan:
"Dengan mengaku sebagai Katolik, aku membawa kemanan di Brittany dan Vendee; dengan menjadikan aku orang Itali, aku mendpat kepercayaan di sana; dengan menjadikan diriku Muslim, aku berjaya bertapak di Mesir dan kalau aku berjaya menjadi pemimpin bangsa Yahudi, akan aku dirikan Temple Of Solomon"
juga dia berkata kepada Jeneral Dominique Martin Dupuy "kita memperdayakan orang2 Mesir dengan berpura2 berminat dengan agama mereka; kita tidak percaya kepada agama ini (Islam) spertimana kita tidak percaya kepada agama Pius The Defunct (Pope Pius VI)"
dan ambilkira perkara2 ni
- dia ditabalkan sebagai Maharaja Perancis oleh Pope Pius VII
- mengahwini Puteri Marie Louise ikut upacara Katolik
dan pada saat kematian, dia dihadap oleh paderi....
Wallahualam
BTW thread ni dah ada |
|
|
|
|
|
|
|
TQ PENCERAHAN ANDA.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dahsyat gak layanan tentera napoleon terhadap penduduk mesir & palestin. |
|
|
|
|
|
|
|
Benarkah Napoleon Itu Seorang Yang Beragama Islam??
Assalamualaikum W.B.T..Bismillahirahmanirahim..
Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua yang sentiasa berkunjung ke blog saya
kerana sudah lama saya tidak meletakkan apa2 bahan di dalam blog ini. Hari ini saya akan membincangkan
tentang agama sebenar yang dianuti oleh Napoleon Bonaparte merangkap Maharaja bagi Perancis serta
Raja bagi negara Itali ini.
Maharaja Napoleon I
Napoleon Bonaparte dilahirkan pada tanggal 15 Ogos 1769 di bandar Ajaccio, Corsica, Perancis. Ibu bapa beliau bernama Carlo Maria di Buonaparte & Maria Letizia Rominio. Mereka sekeluarga tinggal di Casa Buonaparte di mana ianya rumah warisan bagi keluarga Buonaparte. Walaupun beliau adalah anak ketiga dalam empat beradik,beliau telah dinamakan sebagai Napoleon Buonaparte sempena nama abang sulung bagi Carlo Buonaparte yang telah lama meninggal dunia bagi mengenang semula si mati.Semasa Napoleon hidup, beliau adalah seorang ketua tentera bagi negara Perancis serta ketua bagi negara Itali serta Perancis yang mana beliau telah menjadi maharaja bagi negara Perancis serta raja bagi negara Itali. Nama beliau yang asalnya Napoleon Buonaparte telah berubah menjadi Napoleon Bonaparte yang biasanya ditulis dalam sejarah kerana kesan dari bahasa Perancis di negara yang akan diperintah serta dikuasai oleh beliau itu.
Pada usianya masih seorang kanak2 lagi, beliau telah dihantar oleh keluarga beliau ke sebuah sekolah agama di Autun,Perancis bagi mempelajari bahasa Perancis di sana. Namun setelah 4 bulan belajar di sekolah agama tersebut, beliau telah didaftarkan di sebuah akademi ketenteraan di Brienne le Chateau di mana pada ketikta itu juga,beliau berumur 10 tahun.Di sekolah tentera tersebut,beliau sering kali di usik oleh rakan2 se-akademi kerana beliau tidak mampe berbahasa Perancis dengan lancar kerana beliau sering kali menggunakan loghat Corsican atau loghat beliau sendiri semasa membaca.Di akademi tersebut juga, nasib bakal sang raja ini bertambah malang apabila beliau mempunyai masalah dalam mengeja serta masalah dalam matapelajaran matematik. Walaupun begitu,beliau merupakan seorang prodigi yang sangat hebat dalam bidang sejarah serta geografi hingga guru beliau bagi kedua2 subjek tersebut menganggap beliau akan menjadi seorang pelayar terkenal pada masa akan datang.Setelah tamat pengajiannya di akademi tentera Brienne,beliau telah menjejakkan kaki ke Ecole Militiare yang mana pelajar yang berjaya akan diserapkan ke dalam Tentera Laut Diraja British.Namun begitu atas alasan kekurangan wang setelah ayahnya yang tersayang meninggal dunia,beliau menamatkan pengajian dengan lebih awal dan telah dilantik sebagai ahli Dewan Negara Perancis. Pelantikan ini berlaku kerana Napoleon mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian yang didudukinya walaupun hanya belajar sekejap sahaja.
| Napoleon semasa berumur 23 tahun |
Selepas menamatkan pengajiannya juga,Napoleon turut dilantik menjadi Leftenan Muda di Unit Ketenteraan Rejimen La Fere dan bertugas di Valence serta Auxonne sehingga tercetusnya Revolusi Perancis pada 1789.Semasa Revolusi itu berlaku,beliau telah menyertai ahli Revolusi atau disebut sebagai Revolusioner yang diketuai oleh Jacobin di mana Revolusi telah menyaksikan pergelutan di antara royalis,nasionalis serta revolusioner Corsican.Semasa menyertai revolusi tersebut,pangkat beliau telah dinaikkan kepada Leftenan Kolonel dan seterusnya Kapten walaupun beliau sering kali tidak hadir ke kem kerana sibuk dengan revolusi yang beliau sertai itu.
Semasa beliau masih kecil,beliau telah dibaptiskan dan menerima pandidikan Kristian seawal umurnya 3 tahun iaitu pada tahun 1771. Walau bagaimanapun, guru2 agama yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar beliau hal ehwal agama gagal membentuk beliau kerana setelah beliau dewasa, beliau tidak pernah menganggap tuhan itu wujud dan menganggap agama sebagai satu susunan sosial dalam kehidupan manusia terutamanya agama Kristian Katolik itu sendiri.
| Napoleon semasa di Alexandria. | Beliau dilihat mula terlibat secara langsung dalam hal ehwal yang berkaitan dengan Islam terutamanya dengan pentadbiran Islam sejak beliau menyertai ekspedisi serta peperangan di Mesir pada tahun 1797. Hal ini kerana mengikut pendapat segelintir tokoh sejarahwan, beliau telah lama membuat kajian tentang cara2 hidup orang Islam serta hal ehwal seperti corak pentadbiran, hubungan kekeluargaan dan lain2 lagi yang berkaitan dengan Islam. Sepanjang tempoh di negara berpiramid itu,Napoleon yang pada ketika itu seorang ketua tentera telah menunjukkan satu sikap toleransi terhadap seluruh agama di negara Mesir pada ketika itu dengan mengadakan perbincangan terutamanya dengan ulama-ulama Islam Mesir serta membincangkan sambutan perayaan yang bersangkut paut dengan agama di negara itu. Namun begitu, Jeneral Dupuy yang sentiasa mengiringi dan menemani Napoleon sepanjang perjalanan serta semasa di Mesir telah membongkar satu rahsia besar tidak lama selepas Paus Pius VI menghembus nafas terakhir beliau. Jeneral Dupuy berkata :
"Kami telah memperbodohkan rakyat Mesir demi kepentingan kami dengan berpura-pura mengambil tahu tentang agama mereka; termasuklah Bonaparte atau kami tidak akan sesekali percaya akan agama itu melainkan kami lebih percaya kepada Paus Pius yang telah tiada itu".
Dalam memoir yang sama juga, setiausaha Bonaparte, Antoine Fauvelet Bourienne menulis cerita tentang kepentingan sesebuah agama kepada diri penguasa Eropah tersebut. Beliau menulis,contoh yang paling unggul yang menunjukkan Napoleon mengambil kesempatan dalam agama terdapat dalam ayat yang berbunyi :
"Dengan menjadikan diri saya sebagai seorang Katolik, saya mampu membawa keamanan ke Brittany dan Vendee. Dengan menjadikan diri saya seorang lelaki Itali, saya mampu menguasai minda2 orang Itali. Dengan menjadikan diri saya seorang Muslim, saya mampu meletakkan diri saya di Mesir. Jika saya mengetuai negara Yahudi, saya akan membina semula Haikal Sulaiman yang telah lama roboh itu."
Semasa beliau sudah sampai ke Mesir, beliau telah mengarahkan tenteranya supaya tidak melanggar etika atau undang2 Islam yang telah ditetapkan. Di sana,beliau turut memgikut tradisi umat Islam seperti mengikuti Maulud Nabi S.A.W. Oleh kerana kebaikannya, segelintir masyarakat Mesir mula memanggilnya Ali Bonaparte bersempena dengan nama sepupu Nabi S.A.W, Ali Ibn Thalib Radiullahu'an. Bagi menghapuskan pengaruh Empayar Uthmaniyah serta pengaruh Mamluk di negara tersebut, Napoleon telah menulis surat kepada Syeikh al-Masiri yang mana Syeikh al-Masiri pada ketika itu merupakan seorang ulama yang terkenal di Alexandaria, Mesir serta beliau sangat senang dengan pendudukan tentera Perancis di negara yang pernah diperintah oleh Firaun itu. Dalam suratnya kepada ulama tersohor tersebut,Napoleon menyatakan ingin menggunakan al-Quran sebagai panduan bagi menyatukan rakyat Mesir daripada kuasa pemerintahan Mamluk serta Uthmaniyah.
Namun hasil usaha Napoleon ini tidak mampu mengambil hati kesemua penduduk Mesir pada ketika itu, kerana mereka tidak bersetuju atas pendudukan Perancis ke atas Mesir. Semasa Napoleon serta pasukan tenteranya masuk dan menghampiri Kaherah, sebilangan penduduk di situ mula menyerang Napoleon berserta tentera-tenteranya. Semasa penduduk Kaherah menghalau tentera Perancis tersebut, mereka turut menyebarkan manifesto ke seluruh Mesir yang berbunyi ," Mereka rakyat Perancis adalah kaum kafir yang degil dan mereka juga adalah bangsa penyangak yang tidak dapat dikawal...Mereka telah melihat al-Quran, kitab Injil(Perjanjian Baru) serta kitab Taurat(Perjanjian Lama) hanya sebagai sebuah nista dan dongeng sahaja.". Dalam hal yang lain setiausaha Bonaparte, Antoine Fauvelet de Bourienne berkata lagi,
"Prinsip Napoleon adalah untuk melihat agama2 di seluruh dunia sebagai satu hasil tangan manusia, namun kita harus menghormati ia kerana ia adalah satu enjin yang kuat dan berkuasa tinggi bagi mengerakkan sesebuah kerajaan..Jika Bonaparte bercakap sebagai seorang Muslim, ianya semata-mata untuk menampakan dirinya sebagai seorang ketua politik serta panglima tentera yang berjiwa Islam di negara Islam itu.. Semuanya hanya untuk kejayaannya sahaja, untuk keselamatan tenteranya, dan juga untuk kegemilangannya..Di India, Napoleon mungkin akan menjadi Ali.. Di Thibet, beliau mungkin akan menjadi Dalai-Lama.. Dan di China pula, beliau akan menjadi Confucius".
Namun mengikut catatan seorang ahli sejarahwan (Juan Cole), salah seorang jeneral tenteranya yang mengetuai salah satu daripada lima misi ketenteraan di negara Timur Tengah itu telah mengahwini seorang janda kaya yang bernama Zubaidah dan jeneral tersebut bernama Jacques Francois Menou dan beliau akhirnya mengubah nama beliau kepada "Abdullah" yang bermaksud hamba Allah. Hal ini juga mendapat keizinan daripada Napoleon sendiri, namun tidak pasti jika ia hanyalah salah satu permainan dan sandiwara Napoleon itu sendiri bagi menguasai Mesir daripada Mamluk serta Empayar Uthmaniyah yang berpusat di Turki.
Pada tanggal 2 Disember 1804, Napoleon telah ditabalkan menjadi Maharaja bagi negara Perancis dengan gelaran Maharaja Napoleon I di Notre Dame de Paris oleh Paus Pius VII. Tidak lama selepas itu, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Gorgaud di mana Napoleon membuka topik perbincangan tentang pandangan materialistik terhadap asal usul manusia serta beliau juga menyatakan keraguan akan kewujudan dan konsep Tuhan Trinity dalam agama Kristian terutamanya ketuhanan Jesus Christ atau Nabi Isa A.S. Beliau turut menyatakan bahawa idea2 yang dibawa oleh Anglikan, Socrates, Plato dan Muhammad yakni Islam tidak seharusnya dikritik jika ia tidak sependapat dengan ajaran Kristian Katolik. Semasa berbincang dengan Gorgaud juga, Maharaja muda Perancis ini turut berkata,
"Saya amat gemar akan ajaran serta agama yang dibawa oleh Muhammad ini, ia mempunyai sesuatu yang agak luar biasa di dalamnya, agama ini juga lain daripada agama yang telah diajarkan kepada kita." Dan seterusnya "Agama Islam adalah agama terbaik daripada segala agama yang ada."
Keakraban Napoleon dengan Islam akhirnya disokong kuat serta diutarakan oleh salah satu media Singapura iaitu "Genuine Islam" keluaran Oktober 1936 yang mana majalah ini mengatakan bahawa Napoleon telah menukar agama asalnya kepada agama Islam. Menurut media Singapura itu lagi, Napoleon telah berkata:
"Saya telah membaca kitab Injil; Nabi Musa A.S. itu seorang lelaki yang baik, mereka(Yahudi) adalah orang2
yang jahat, pengecut dan kejam. Ada lagikah kisah yang terdapat di dunia ini kisah yang lebih kejam selain kisah Nabi Luth
A.S serta anak perempuannya??"
"Kajian Sains membuktikan bahawa Bumi bukanlah pusat pergerakan cakerawala akhirnya telah memberikan satu tamparan hebat terhadap agama(Kristian), Nabi Yushwa' Bin Nun telah
memberhentikan matahari !!.. Mereka melihat bintang2 akan
jatuh ke laut.. Dan saya akan katakan setiap planet dan matahari turut sama akan
jatuh"
Maharaja Perancis yang terkenal dengan gelaran "Alexander Baharu" itu berkata lagi:
"Agama2 sentiasa berdasarkan mukjizat, atas sebab itu tiada siapa akan mendengar perkara2 (mengarut) seperti Trinity yang mana Jesus memanggil dirinya anak Tuhan dan dalam masa yang sama
baginda adalah keturunan Daud A.S. Saya lebih suka akan agama yang dibawa oleh Muhammad,
tidak banyak perkara2 yang mengarut di dalam agama Muhammad ini; masyarakat Turki juga
mengelar kami sebagai sang penyembah patung yang tidak berguna"
Maharaja itu meneruskan hujahnya lagi:
"Sesungguhnya, saya telah meberitahu anda pada waktu yang berbeza dan telah mengemukakan cadangan saya kepada anda dalam pelbagai bentuk wacana bahawasanya saya seorang Muslim
Unitarian(Penyembah Tuhan Yang Satu), dan saya akan memuliakan Muhammad itu sebagai
Nabi S.A.W, dan saya juga mencintai dan menyayayngi orang2 Islam.
Dan Napoleon mengakhiri hujahnya dengan:
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada tuhan selain Allah,
Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan"
Namun begitu mengikut pendapat segelintir ahli sejarahwan, tokoh
[/td][/tr]
[tr][td]Napoleon semasa menghembuskan nafas terakhirnyayang mendapat kedudukan ke-34 dalam buku "100 Orang Berpengaruh Di Dunia" yang diterbitkan oleh Michael Hart itu pada ketika dia menghampiri waktu nazaknya, dia dikatakan telah 'disucikan' dengan upacara yang dijalankan oleh paderi di Las Invalides di Perancis. Bagaimanapun menurut Juan Cole, kekaguman pemimpin Eropah ini terhadap pemimpin Islam yang paling unggul yakni Nabi Muhammad S.A.W adalah sangat benar dan tiada percanggahan dalam hal ini, ujarnya lagi. Oleh itu, sebagai seorang penulis artikel ini dan juga sebagai seorang hamba Allah, saya hanya dapat menyerahkan segala-galanya ke atasNya kerana hanya Dia
sahajalah yang mengetahui kebenaran tentang agama sebenar yang dianuti oleh pemimpin yang pernah mengegarkan dunia itu.Wallahualam
| Makam Napoleon di Las Invalides |
Las Invalides, Perancis
P/S: Jika anda mempunyai pandangan serta idea yang berbeza di dalam topik,sila nyatakan di kotak komen di bawah ini.Terima kasih
Terima kasih juga diucapkan kepada 'Panda' kerana menyokong saya dalam kajian ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
informative article.. lets hope for the best! |
|
|
|
|
|
|
| |
|