View: 3215|Reply: 14
|
Saya tidak pernah setuju dengan Langkah Kajang
[Copy link]
|
|
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan tindakan Langkah Kajang dan keputusan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.
Menurutnya, alasan untuk melaksanakan Langkah Kajang juga tidak pernah dikemukakan kepadanya secara tulus dan ikhlas untuk diperhalusi .
“Alasan-alasan yang kononnya telah diberikan adalah berubah-ubah dan tidak menentu serta mewujudkan kekeliruan.
“Saya menegaskan di sini, saya tidak pernah bersetuju tindakan Langkah Kajang yang dilakukan serta tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun tanpa alasan munasabah,” katanya yang dipetik melalui surat tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin PKR, hari ini.
Beliau turut melahirkan kekesalan atas tindakan Chin Cheh itu yang disifatkan telah mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat Selangor.
Ekoran didesak dan dipaksa meletakkan jawatan, Abdul Khalid menyifatkan tindakan itu sebagai keputusan pramatang yang tidak boleh dilaksanakan.
“Setakat ini dan tanpa menghiraukan pendapat kesemua parti politik PR serta terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Selangor, parti nampaknya telah pada 21 Julai membuat keputusan dengan mengambil langkah keras memaksa saya meletakkan jawatan.
“Tindakan ini, saya dengan rendah diri berpendapat adalah keputusan pramatang yang tidak boleh dilaksanakan. Malah jika dilaksanakan, ia merupakan satu tindakan berbahaya dan akan memprejudiskan kestabilan Selangor,” katanya.
Beliau turut berharap dan berdoa agar kemelut tersebut tidak akan berlanjutan serta dapat bersatu meneruskan perjuangan politik parti bersama-sama parti komponen PR.
|
|
|
|
|
|
|
|
hadaplah percaturan anak beranak ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun x setuju dgn langkah kajang. tp pr gak yg menang.
penduduk kajang ni mmg bodoh agaknya. x tau menilai.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya menegaskan di sini, saya tidak pernah bersetuju tindakan Langkah Kajang yang dilakukan serta tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun tanpa alasan munasabah,” katanya yang dipetik melalui surat tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin PKR, hari ini.
Bak kato omputih "sacrifice a platoon , to save a battalion"... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian si khalid nie..
abes la pas nie pr jatuh la kat slgor.. |
|
|
|
|
|
|
|
sori khalid . perjuangan parti bukanlah atas nama
individu tapi atas nama parti . so kalo ko rasa tidak dapat bekerjasama ,
lari atas nama nawaitu .. aku rasa banyak lagik yg berkelayakan .
ko berkempen dulupun atas sokongan rakan2 .
bukannya ko buleh buat sendiri2 .
|
|
|
|
|
|
|
|
susahla dia lepas neh...hubungan dingin dgn parti sendiri...ko ingat boleh stabil ke selangor?sapa yg sabotaj sapa neh |
|
|
|
|
|
|
|
Pkr adalah sebuah parti politik paling gila dlm malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Susah la mcm ni, yg nak diganti tu pun, setakat jadi adun ok la...ini terus ke mb...
Kalau tak kerana kebencian yg melampau kepada barisan nasional, dah lama pkr ni tumbang, tak der sapa pun yg hingin mengundi. Dan kalau DAP tu 65% melayu, aku rela undi DAP. MP dan adun DAP lebih byk bekerja untuk rakyat berbanding parti lain.PAS pun kelaut sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
kebencian terhadap BN ditanam oleh siapa sebenarnya?
ya.. mmg politik di Malaysia sgt GILA! |
|
|
|
|
|
|
|
tp TSKI org cakap camne pun... hutang berjuta ke apa ke.. TSKI lg bagus la dari anwar.. nampak benau gile kuasa.. tunggu abih term apa salahnya.. anwar nak tau org saport PR ke tak tunggu next election la.. rakyat selangor nyampah dah dgn geng2 gila kuasa ni pastu puak satu lagi bawak plak kotak undi sendiri time tu rasakan |
|
|
|
|
|
|
| |
|