CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Penyelewengan sejarah Kelantan

[Copy link]
Post time 13-9-2005 11:14 AM | Show all posts
mok nik dah faham
tapi mok nik juga adalah pengkaji sejarah
jadi mok nik tak boleh terima bulat2 fakta yang tidak disokong oleh bukti!!!
kemukankan bukti dalam sebarang bentuk
tak ada sebab untuk menyembunyikan kebenaran fakta sejarah ini ??
sekali lagi mok nik minta tongkali berikan buku/risalah utk mok nik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2005 11:54 AM | Show all posts
pernah dengar tp tak tahu kesahihannya..mungkin tongkatali boleh cuba dptkan naskah lama tu sebagai bukti..memandangkan mungkin buku2 sejarah baru nie telah ditulis byk tangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 11:58 AM | Show all posts

Teruskan membaca...

Baguslah kalu moknik dah faham. Tentang buktinya...mungkin ambil masa. Sebab nak korek benda yang lama ! Tapi percayalah...lambat laun akan muncul jua. Tapi saya syorkan banyakkan membaca sejarah kelantan. Cuba lihat...sejarahnya banyak versi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 11:56 PM | Show all posts
sayang sekali hingga sekarang tongkatali masih tidak dapat memberi satu pun nama buku dan penulis atau penerbit  untuk mok nik mencari dan membelinya  bagi mencari kebenaran fakta yang tongkatali katakan itu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 02:22 AM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 14-9-2005 11:56 PM
sayang sekali hingga sekarang tongkatali masih tidak dapat memberi satu pun nama buku dan penulis atau penerbit  untuk mok nik mencari dan membelinya  bagi mencari kebenaran fakta yang tongkatali k ...


moknik....kito ghaso moknik keno chaghi dae bbacho banyok lagi...haha sejaroh klate...petamo...moknik keno kupo atau kutip data2 hok mano ado..tok kigholah beto ko tok beto..tok tepi dulu...lepahtu moknik buak susune kalu hok senne kechek kito gak..susu galur lahh...lepahtu ambik pulok cheghito2 hok mano ado..tok kigho dari mulut ko atau dari sumbo bachoeko..kemudie titip cheghito tu molek2....tu baghu buleh kato pengumpo sejaroh.....sebenarnya sejarah tidak boleh dirujuk hanya berdasar kepada satu sumber...apa tah lagi jika sumber tersebut diragui akan kebenaranya...moknik keno tahu hanyo lloni yah sikik2...tanyo mano bukti kalu ado..mano tulise dio...kalu jame dulu hanyo cerito dari mulut ke mulut sajo....walau pun cerita tersebut cerita mulut ke mulut tapi kita tidak boleh buang begitu saja...cuba kito tengok Al-Hadith pun adalah dirawikan dari mulut ke mulut...yang berbeza ialah hadith sohih kita tidak ragui akan kebenaranya kerana perawi yang menyampai itu sendiri pun terjaga dengan sifat dan perlakuan yang benar.

Berbalik kepada cerita sejarah klate....persoalanya adakah semestinya cerita atau sesuatu iwayat yang ditulis itu benar dan cerita mulut ke mulut itu tidak benar atau kurang benar...


p/s : kito pung suko kaji sejaroh tapi doklah sapa oghe kato pakar kaji sejarah...cuma minat...ambo ado tulih kupo ha sejaroh cubo moknik gi... http\\:www.mykelate.net     ....jange lupo bacho jugok hoh tukakali tulih "penyelewenge sejaroh klate".....tetey  buku tu...kalu mok nik ado ggu atau chenel dekak muzium tu bulehlah cubo nyiasak...kito pong minak nok tengok jugok buku tu.....pado tukakali teruhke pencharie.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 07:13 AM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 15-9-2005 02:22 AM


Mok nik....kito ghaso moknik keno chaghi dae bbacho banyok lagi...haha sejaroh klate...petamo...moknik keno kupo atau kutip data2 hok mano ado..tok kigholah beto ko tok beto..tok tepi dulu...lep ...


Pertama sekali mok nik mintalah pada Lloni..sila tulis sepenuhnya dalam bahasa Malaysia hatta mok nik pun orang kelantan sebab thread ini bukan hanya dikunjungi dan dibaca oleh orang kelantan tapi luar kelantan. Pengguna bahasa Kelantan di thread ini rasanya cukup tidak sesuai . Hatta tulisan ini ditujukan kepada mok nik semata-mata!

Kedua mok nik nak tanya..susah sangatkah hendak senaraikan nama buku-buku  dan nama penulis untuk mok nik cari buku itu?
kalau sekadar menyatakan sejarah kelantan diselewengkan tanpa bukti/ dan penulisan yg  yang kukuh sesiapa saja juga akan boleh berkata... sejarah malaysia banyak yang salah dan silap kalau tidak tidak akan ada lah seperti sekarang ini riuh rendah  dengan penulisan penulis DAP Ruhanie yg mendakwa Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan!! Sejarah ini adalah tafsiran masing masing sebab itu ada pelbagai versi dan tafsiran ini bergantung kepada kepentingan pihak yang mentafsirnya.Mentafsir peristiwa sejarah bukanlah senang. Kemuktamadan sukar dicapai. Bagi sejarah Malaysia, soal kekurangan sumber, jurang masa, penguasaan bahasa, perbezaan kebudayaan dan soal psikologi menjadi masalah tambahan. Tambah2 lagi sejarah negeri kelantan.

Mok nik mungkin tak banyak buku yang mok nik baca mengenai sejarah kelantan nie ..sekadar menyebut buku2 yang mok nik ingat dan masih ada dalam simpanan mok nik saja :
1- Muhammad Husin Khal'i Haji Awang - Kelantan Dari zaman ke zaman
2- Haji Nik Mahmud bin Ismail - Ringkasan Sejarah Kelantan
3- Haji Nik Mahmud bin Ismail - Ringkasa Ceretera Kelantan
4- Abdul Halim - Panduan ke tempat-tempaty sejarah kelantan
5-Rahmat Saripan - Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan

tak tahulah mok nik kalau penulis2 itu tidak berwibawa menulis hingga tidak diiktiraf kebenaran sejarah nya!!!

Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan, atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan), dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih biasa digunakan bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Berkaitan kaedah lisan  sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui temu bual dengan sesorang tokoh.Selain itu, ucapan yang diucapkan oleh seseorang tokoh seperti pembesar atau tokoh budaya juga boleh dijadikan sebagai maklumat sejarah.Kaedah lisan berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, lagenda, dan puisi.Sejarwan yang mendapat atau menggunakan sumber ini lazimnya akan memilih, menafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat yang diperolehi itu.

Kaedah pengkajian sejarah juga adalah melalui kaedah bertulis, ia dapat membantu para sejarawan untuk memperolehi maklumat sejarah mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan, adat resam, budaya, sejarah negara, asal-usul sesuatu benda dan lain lain lagi.Kaedah ini diperolehi untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam,gading dan kertas.Proses ini dilakukan oleh ahli sejarawan kerana melalui kaedah lisan ini terdapat kelemahan apabila wujudnya tokok tambah yang dicampurkan dengan unsur dongeng , mitos dan sebagainya.

Berbalik kepada penulisan sejarah kelantan, mok nik rasa bahan yg mok nik baca itu juga mengguna kaedah2 pengkajian sejarah yg dinyatakan itu. Cuma yg mok nik ingin bertanya apakah penulisan pembuka thread ini adalah mengikut  kaedah2 itu sebelum membuat ulasan yg begitu berani! Tak cukup dgn hanya bukti sepanjang sejengkal kat 1st pages untuk menyatakan kebenaran fakta sejarah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-9-2005 09:17 AM | Show all posts

Betul tu Lloni

Saya sokong 100% Lloni. Memang patut tulis kut loghat Klate sbb Moknik nampok tok pehe2 ! Moknik pun byk jg silap...contohnya...."Ruhanie" (DAP)....salah tu ! Sebenarnya "RONNIE LIU". Benda2 yg mcm ni la yg menyebabkan kesilapan kemudiannya.
Satu lagi...penulisan sejarah juga banyak dipengaruhi oleh faktor2 lain. Takkan Moknik tak tau. Unsur2 propaganda, politik semasa dll byk mempengaruhi penulisan. Contoh...dlm buku2 sejarah dulu gelar Dato' Bahaman, Mat Kilau dll sbg Pengganas...pemberontak....kenapa? Kerana sejarah pd masa tu ditulis bg memenuhi selera BRitish.
Jd tentang sejarah Kelantan dan banyak negeri2 lain di M'sia ni terpaksa diselewengkan fakta bg memenuhi atau menjaga raja2 yang memerintah. DI PAHANG sekarang telahpun terbit buku tentang sejarah sebenar Raja2 Pahang...iaitu sipa sebenarnya yang sepatutnya menjadi Raja Pahang. Buku tentang penyelewengan sejarah Kelantan pun insyaALLAH akan keluar tapi tuggulah. seperti kata Lloni...memang sukar untuk dptkan bahan...sebab banyak yg telah disembunyikan...kalu Moknik rajin atau ada kontek di Muzuim Negara atau Muzium London, cubalah tolong dapatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 11:37 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 15-9-2005 09:17 AM
Saya sokong 100% Lloni. Memang patut tulis kut loghat Klate sbb Moknik nampok tok pehe2 !

kalau nak guna bahasa kelantan mok nik boleh movekan thread nie ke bod kelantan.kalau tak silap mok nik dulu pun tajuk nie ada kat bod kelantan,..tapi tak ada yang layan...:cak:
Moknik pun byk jg silap...contohnya...."Ruhanie" (DAP)....salah tu ! Sebenarnya "RONNIE LIU". Benda2 yg mcm ni la yg menyebabkan kesilapan kemudiannya.

mok nik akui kesilapan nama nie...tersasul menulis ruhanie ...
tapi yang lain silap mok nik tuh..sila nyatakan..tak perasan pulak!!!

Satu lagi...penulisan sejarah juga banyak dipengaruhi oleh faktor2 lain. Takkan Moknik tak tau. Unsur2 propaganda, politik semasa dll byk mempengaruhi penulisan. Contoh...dlm buku2 sejarah dulu gelar Dato' Bahaman, Mat Kilau dll sbg Pengganas...pemberontak....kenapa? Kerana sejarah pd masa tu ditulis bg memenuhi selera BRitish.

nampak benar disini tongkat ali dah ketinggalan keretapi...
sejarah yang diajar disekolah sekolah dimsia telahh lama tidak melebelkan mereka ini sebagai penggans tetapi mereka adalah pejuang / pembela tanahair...sebab mulai merdeka sejarah malaysia ditafsir dan diniali mengikut pandagan tempatan!

Buku tentang penyelewengan sejarah Kelantan pun insyaALLAH akan keluar tapi tuggulah.

mok nik akan tunggu..manalah tahu kot kot penulisnya adalah tongkatali :cak::cak:
seperti kata Lloni...memang sukar untuk dptkan bahan...sebab banyak yg telah disembunyikan...kalu Moknik rajin atau ada kontek di Muzuim Negara atau Muzium London, cubalah tolong dapatkan.

sepatutnya tongkatalilah usaha dan dapatkan bahan2 itu untuk dijadikan bahan bukti sejarah bagi mok nik yang bebal dan lurus bendul ini :lol

heran kan sehingga sekarang satu makalah ker, journal sejarah ker yang boleh tongkat ali kasi kepada mok nik yg bebal dan lurus bendul nie untuk dibaca dan dikaji bagi mencari penyelewengan sejarah ini.kalau setakat berdasarkan kepada tulisan cut and paste tongkatali di1st pages tuh......sesiapa pun buleh tulis sejarah malaysia,sejarah amerika sejarah british diselewengkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2005 02:35 AM | Show all posts
moknik...kalu moknik nok pindoh topik ni ko bhagie klate tegganu ikuk suko mokniklah..pasa moknik lloni doh jadi oghe besa ssini..kito takdok haa...pasa kito pong lamo doh tingga ghumoh lamo tuh..

berbalik pada topik ini.....asyik2 moknik duk mintok mano bukunyo..mano buktinyo..paghokla demo nihh...siak nok mintok namo penulisnya (itu bukan cara seorang pengkaji sejarah...lagi pun karangan tersebut bukannya seperti buku yang dicetak moden seperti hok moknik telah bacho tuu..zamey dulu mano ado mesin cetok...Al Quran pun kalau dulu ditulis tangan...:stp...moknik tok bacho beto2 hok encik tongkat ali tulih...kalu moknik faham perkisahan yang diutarakan oleh  tongkat ali saya rasa...moknik tak perlu sangat berkeras nak minta benda yang dah disimpan rapi oleh pihak2 tertentu...bukti tersebut memang ada...cuma disusup oleh orang2 yang memilikinya.     

saya sendiri telah ada membaca dan menengok cebisan sebahagian dari karangan/hasil tulisan perihal salsilah tersebut dari seorang yang ahli...saya rasa di sini tidak layak untuk memperkatakan secara terperinci...cuma sekadar perkhabaran secara sepintas lalu...

jangan nanti kita dianggap seperti..."hanya tahu makan nasi tapi tidak tahu macamana asalnya beras....."


p/s : oghe kito..tukakali...kalu ado pertemue...kito akan berjupo...aghitu tok sepak bekenale...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 05:35 PM | Show all posts
Bagus thread ni. Hehehehe.

Saya dari kecik dr sekolah rendah lagi tok-tok saya duk citer. Tak ambik pot. Tp dah besar ramai kawan... so demo nih pun ada borak2.

Baca buku bagus... lagi banyak fakta...

Pahtu tera-tera gi tanya org2 tua hok ada... mana tahu demo2 tu ada cerita. Sebelum demo tu tinggalkan dunia ni... baik kita gi kecek dulu ngan set2 dia.

Nik Aziz bekalih busy nok layan... ramai lagi hok tahu crita duk alah ko kedai lalat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by tieyramisu at 22-9-2005 05:35 PM
Bagus thread ni. Hehehehe.

Saya dari kecik dr sekolah rendah lagi tok-tok saya duk citer. Tak ambik pot. Tp dah besar ramai kawan... so demo nih pun ada borak2.

Baca buku bagus... lagi banya ...



namo kedai lalat dah tinggal namo sahaja,,,, sebab dah di tukar ke kota jembal,,,

walaupun nama tu nampok pelik,,,  kedai lalat , kubang badak,,, tapi bagi DK,, DK masih bangga guna nama tuhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by DugongKota at 23-9-2005 10:38 AM



namo kedai lalat dah tinggal namo sahaja,,,, sebab dah di tukar ke kota jembal,,,

walaupun nama tu nampok pelik,,,  kedai lalat , kubang badak,,, tapi bagi DK,, DK masih bangga guna nama t ...


:stp: lupa la DK ... :dia: Kota Jembal cam sesuai la ngan tempat dia pasal ramai kerabat Jembal dok situ ... tul dok? Sapo hok tukar?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2005 01:54 AM | Show all posts
namo koto jemba ghasonyo merujuk kepado sejarah ghajo jemba.....

macamana dengan koto limbat--------> jadi kota long ghafar
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2005 12:45 AM | Show all posts
ya la kot,, berkaitan dengan raja jembal kot,, sebab makam raja jembal pun dok situ gak..  tepi jalan nak masuk ko rumah DK..  tapi tak terjaga pun,,, dulu tgk ada la pagar lagi,,
tapi la ni,, tak perasan la pulak,, sebab depan tu dah naik rumah baru...

tapi situ ada dua makam sor lagi,, makam raja loyor,,, belakang  sekoloh menengah raja sakti
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 09:16 PM | Show all posts
tongkatali.. ada koh mu ni salah sorang dari kerabat2 rajo tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2005 10:22 AM | Show all posts

TQ moknik

TQ Moknik...kerana telah pindahkan artikel saya ke sini. TQ...TQ...! Inilah sebenanya sikap mereka yang telah menyelewengkan sejarah Kelantan. Anda berkuasa...anda boleh buat apa sahaja. Saya percaya anda adalah salah seorang dari mereka yang bersekongkol dengan puak-puak yang telah menyelewengkan sejarah Kelantan. Buatlah apa yang anda suka. Tapi saya percaya lambat laun kebenaran akan terserlah. Anda boleh lakukan apa saja tapi ingat...bangkai gajah tetap tak boleh nak lindung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2005 01:30 AM | Show all posts
ghano moknik tok napok bate idung...dah baling batu sembunyi tangan ko..

takpo ikuk suko demolah..mugo demo kae pengawas...

pakak kito gi ssini..  http://www.mykelate.net/v1/index.php?showtopic=768&st=90
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 09:57 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 12-1-2004 12:12 PM
aku rasa sultan-sultan kelantan ni cam jahat-jahat belaka je...

takder laa jahat ... tapi kalo hampeh tuh betol laaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2005 08:46 AM | Show all posts
wow...ade penyelewengan rupanye......ish ish ishhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 04:20 PM | Show all posts
hopefully.. this thread is to be moved back to it original column by the new mod....

hargailah sumbangan penulis...kalu takdok oghe tulis puok kito tok tahu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.131635 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list