View: 6628|Reply: 35
|
Siti Nurhaliza Kecam Individu Guna Namanya Kutuk Palestin
[Copy link]
|
|
Siti Nurhaliza Kecam Individu Guna Namanya Kutuk Palestin [size=0.75em]Siti Nurhaliza kecewa ada pihak gunakan nama dan gambarnya untuk tujuan tertentu.
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengecam tindakan individu yang mewujudkan satu laman Facebook palsu atas namanya dan memuatkan status mengutuk rakyat Palestin yang ketika ini diuji dengan serangan oleh Israel.
Siti, 35, berkata, dia tidak menghalalkan tindakan individu yang menyamar dengan mempergunakan nama dan gambarnya bagi kepentingan tertentu.
"Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.
"Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini," tulisnya di laman Instagram miliknya pada pagi Rabu.
[size=0.75em]Status yang dimuat naik Siti yang mengecam tindakan individu yang menggunakan namanya.
Akaun palsu tersebut melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Palestin dan menganggap ia merupakan perkara biasa yang dilalui masyarakat tersebut.
Selain itu, individu berkenaan turut menyifatkan rakyat negara ini tidak akan mengambil peduli dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.
"Nasib kau lah Palestin. Walaupun bumi kau ada Baitulmaqdis, kami tak peduli... Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestin, kau kotor, lemah dan penakut," antara tulisan yang dimuat naik di akaun palsu itu pada malam Selasa lalu.
Bagaimanapun, pada perenggan kedua tersebut banyak menyindir kepada remaja Melayu yang leka dengan kesenangan yang dimiliki berbanding penduduk Palestin.
Antaranya mengenai anak Malaysia semuanya hebat dan mampu memiliki peralatan teknologi canggih serta mempunyai banyak masa untuk berselfie.
[size=0.75em]Antara komen daripada pengikut-pengikut Siti Nurhaliza tentang isu tersebut.
Sementara itu, posting di Instagram milik Siti Nurhaliza mendapat lebih 200 komen sehingga pukul 12 tengah hari Rabu daripada pengikut-pengikutnya turut mengutuk tindakan individu terbabit yang dianggap cuba mencemarkan nama baik penyanyi itu.
Mereka meminta agar Siti mengambil tindakan dan membuat laporan polis terhadap perbuatan individu tersebut.
Salah seorang pengikut Instagramnya, @Faliesskhairol berkata: "Tak elok rasanya gunakan nama orang lain untuk penulisan dan kepentingan sendiri. Dato Siti Nurhaliza public figure of course ramai yang salah anggap nanti sebalik tulisan ini. Sedangkan itu bukan dia, hanya digunakan nama dan wajah beliau sahaja, harap Dato Siti Nurhaliza bersabar.
Sementara, @suechohomelrose pula menulis: "Lebih baik tok ti buat laporan polis orang macam ini kena ambil tindakan".
Manakala, @nurulcuk turut memberi komen iaitu : "Ayat ini seolah-olah perli orang Malaysia... jangan cepat menghukum dan be positif wahai peminat @ctdk.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa benda tu sarkastik je kan...ala2 sinikal gitu |
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 16-7-2014 03:58 PM
aku rasa benda tu sarkastik je kan...ala2 sinikal gitu
Pergh ayat x phm
|
|
|
|
|
|
|
|
Pantang betul org yang suka create profile palsu semata2 nak mengutuk. Apa sudah x de life? |
|
|
|
|
|
|
|
Tp kalau baca post tu betul, tu sarcasm |
|
|
|
|
|
|
|
Mcam sarcasm. Tp bila ada part kata ank palestin kotor, lemah, penakut, tu bukan sarcasm bg aku. Lebih pd menghina. |
|
|
|
|
|
|
|
even sarcasm tapi kalau org yg baca xphm sarcasm camne? apetah lagi memandai menyamar jadi tokti.....
dah bosan xde keje agknya org tue |
|
|
|
|
|
|
|
identity theft! sila report la siti |
|
|
|
|
|
|
|
xsemua org paham tu sarcasm..so org akan assume siti mnghina.. |
|
|
|
|
|
|
|
emmm apasal wartawan skrg kije dorang masuk opis punch card
kendian bukak semua laman sosial lalu skodeng laman sosial artis smpai ptg
tak skodeng laman sosial retis skodeng forum cari..
skrg lebih mudah nk dptkan bhn cerita.. seiring dgn perkembangan teknologi di masa kini. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 16-7-2014 10:20 PM
emmm apasal wartawan skrg kije dorang masuk opis punch card
kendian bukak semua laman sosial lalu s ...
Kheeen.kwn iols kate skg sebe mudah je reporter ni tau
jauh beza dgn reporter hiburan yg otai dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Motif Aku baru perasan siti dah 35 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
gilerrr keji siot buat cmni. |
|
|
|
|
|
|
|
tak semua orang paham ayat sarcasm ..
orang kita straight forward ... jangan la nak berkias2 ..
orang paham kot lain .. nie la jadi nya ..
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian aku tengok ct nih.. lenkali kurangkan sikit selfie tu deknon.. kaji la ayat seblum nak jadi keyboard warrior. orang media pun kalau ct tak print screen and make it public, takde orang tau pun kewujudan msg sinikal tue..
dah lama aku tak dengar ayat " saya tak halalkan bla bla bla...." macam rasa dalam darjah satu plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Habisla ko junjungla fb kat akhirat nanti bawah matahari satu jengkal= diikuti dgn ayat ...saya x halalkn.. Bwahahaha
mmg sarcastic.. Tegur ttg selfie sedangkn retis tu queen of selfie.. |
|
|
|
|
|
|
|
thread tok ti paling slow, masih 1 page. apa2 pun, satu kesalahan menyamar sebagai orang lain. repot je polis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|