CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26810|Reply: 217

SYAITAN TU MUSUH, SO?????????

[Copy link]
Post time 11-7-2014 03:54 PM | Show all posts |Read mode
ALLAH BERITAU DAH SYAITAN TU MUSUH, MUSUH YG NYATA PULAK TU!!!!


Soalnya syaitan tu yg dari kalangan jin, atau yg dari kalangan manusia???



Kalau yg dari kalangan manusia, mereka tu siapa, macamana rupa, dan apa perlakuan mereka????


Kalau yg dari kalangan jin pulak????  TANPA JEMU, TANPA WAKTU TERTENTU, TANPA KELU.....TANPA MALU.... MEREKA CUBA DAN TERUS CUBA  MENJAHANAMKAN MANUSIA.....dah le boleh berada dalam saluran darah manusia, boleh membisikkan kejahatan atau perasaan was was lagi, boleh merasuk, boleh menyebabkan manusia tidak siuman.......

tapi mereka ni yg macamana??? jin yg jenis apa? apa kekuatan mereka, apa kelemahan mereka, dan yg paling penting MACAMANA NAK LAWAN MEREKA????????


INGAT, MUSUH YG NYATA TUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 04:05 PM | Show all posts
suami saya ada bagitahu..
contoh nya syaitan dikalangan manusia ialah manusia yang mengajak org lain melakukan perkara yang mungkar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:11 PM | Show all posts
znuyul posted on 11-7-2014 04:05 PM
suami saya ada bagitahu..
contoh nya syaitan dikalangan manusia ialah manusia yang mengajak org lai ...

Apakah kemungkaran kemungkaran dikalangan manusia yg tahapnya menjadi syaitan?
Adakah sipembunuh, perompak, pemfitnah, penyamun, perogol atau apa apa yg pe pe pe tu???
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam.

Klasifikasi syaitan bukan mudah utk dibincangkan. Ada yg kita sedar dan ada yg tidak kita sedari.

Syaitan manusia itu berbentuk gangguan zahir manakala syaitan jin itu berbentuk gangguan kebatilan.

Dalam ilmu tassawuf, terdpt key utk mengenali makna syaitan. Semuanya memerlukan kpd kefahaman petunjuk Allah agar mudah utk ditangani.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila berlaku peningkatan darjat keimanan, syaitan jin akan memasuki dunia ini dalam bentuk zahir. Ini antara halangan2 yg tidak dpt dijelaskan dgn akal yg sihat jika tidak mendpt bimbingan dari Allah swt (petunjuk).

Berlakunya konflik kefahaman kerana kita hanya sekadar berfikir dgn akal yg logik. Sedangkan perkara2 yg ghaib itu hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:21 PM | Show all posts
Abangcute posted on 11-7-2014 04:12 PM
Salam.

Klasifikasi syaitan bukan mudah utk dibincangkan. Ada yg kita sedar dan ada yg tidak kita  ...

Waalaikumsalam


Terimakasih kerana berkongsi ilmu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 04:24 PM | Show all posts
SYAITAN MANUSIA adalah manusia yang perangai dan tingkah lakunya jahat serupa syaitan. Syaitan jenis ini tidak akan lari, saperti syaitan dan jin kafir “original” sekalipun azan di kemundangkan.

Hari ini manusia telah di kepung dan dikontrol dengan dasyatnya oleh syaitan iblis dan syaitan manusia. Serangan spritual syaitan hari ini seolah olah tidak dapat ditahan saperti bah besar yang tidak dapat di bendung, sekalipun menggunakan teknologi canggih dan hebat. Syaitan telah berjanji akan menipu dan memperdaya manusia (anak2 Adam) dari setiap penjuru hidup, dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri sebab masa yang tinggal sudah teramat sedikit. Ini telah di nyatakan dalam Al Quran Surah Al A’raf Ayat 16-17 yang bermaksud, “Iblis berkata, oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh sungguh menghalang mereka (daripada) jalan Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka.(Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur”.

Inilah janji syaitan yang akan terus mensabotaj dan merosakkan manusia melalui hasutan dan gangguannya dengan apa cara sekalipun. Jiwa syaitan penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat yang tiada had kepada Nabi Adam dan keturunannya. Dan sifat ini telah di warisi oleh syaitan syaitan manusia pada hari ini untuk merancakkan lagi kerja syaitan. Dan pada akhir zaman serangan nya menjadi bertambah hebat, lebih lebih lagi di sokong dan di bantu oleh kuncu kuncunya manusia syaitan yang saya sebut tadi.

Bahaya syaitan tidak mudah di lihat dengan mata kasar melainkan bagi manusia yang bersih hatinya dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan. Iblis pernah bersumpah saperti yang di rakam dalam Al Quran Surah Sad ayat 82-83 yang bermaksud,” Iblis berkata: Demi kuat kuasa Mu (wahaiTuhan), aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba hamba Mu di kalangan zuriat zuriat Adam yang mukhlis (yaitu yang di beri petunjuk untuk mentaati Allah dan RasulNya).”

Syaitan dan bala tenteranya, (termasuk syaitan manusia) menyerang manusia melalui berbagai bagai kaedah, di antaranya saperti berikut:

Menghalang manusia menuju kejalan yang di redhai Allah.
Mengajak manusia melanggar hukum dan menentang perintah Allah.
Mengajak manusia kearah kehancuran, kebinasaan dan perpecahan.
Memutuskan perkara yang Allah perintah hubungkan saperti hubungan silaturrahim
Sentiasa mengajak manusia supaya mengubah agama dan menukar ajaran Islam.
Mengajak manusia mensyirikkan Allah.
Menyuruh supaya menghalalkan cara yaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
Menanam kebencian, permusuhan dan perselisihan antara manusia lebih lebih di antara sesama Muslim.
Sentiasa menghalang dan menentang manusia yang hendak berjihad dengan menakut nakutkan atau memberi gambaran yang buruk kepada mereka.
Menyalakan api permusuhan dan peperangan di antara sesama Islam.
Menghasut supaya manusia melakukan kezaliman.
Syaitan turut menyerang pemikiran, hati dan jiwa melalui bisikan dan hasutannya. Di antaranya adalah saperti berikut:

Berusaha melahirkan syak dalam hati manusia terutamamya di kalangan orang yang beriman. Bagi yang tidak beriman dia akan berusaha mengekalkan manusia itu dalam keadaan tidak beriman.
Melahirkan keraguan mengenai wujudnya Allah.
Melahirkan keraguan dalam perkara Akidah dan Keimanan.
Sentiasa akan buat manusia ragu dalam urusan kehidupan.
Menyemarakkan sifat tamak dan buruk sangka
Menanamkan sifat cinta dunia dan takut mati
Menyemarakkan sifat riak dan sukakan pujian
Menyemai sifat hasad dan dengki
Sifat memandang rendah terhadap manusia lain dan tidak menghormati sesama sendiri
Rasa kagum dengan diri sendiri
Sifat bakhil
Sifat takabur

Yang paling bahaya dia menggunakan kaedah taz-yin yaitu maksudnya menampakkan rupa cantik, elok dan benar terhadap perkara yang batil. Dalam apa jua urusan yang dilakukan oleh manusia, syaitan iblis dan syaitan manusia akan campur tangan, menampakkan bahawa perbuatan manusia itu baik sedangkan hakikatnya ia tidak baik. Ini akan menyebabkan manusia merasa bongkak dan syok sendiri dan akan menganggap dirinya sahaja yang betul dalam segala hal, terutama dalam hal hal agama.

Maka kita dapat lihat di sini bahawa perkara yang bersabit dengan kejahatan semuanya ada hubungan dengan syaitan iblis dan syaitan manusia.
Posted by Sinar Kejayaan at 11:26
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:26 PM | Show all posts
Asal-Usul Manusia-manusia Syaitan
A. Terlahir Dari Hubungan Suami Isteri Tanpa Berlindung Dengan Allah
Dari hadis yang cukup panjang yang diriwayatkan Muadz bin Jabal dari Ibnu Abbas r.a. tentang dialog Rasulullah s.a.w. dengan iblis, dapat diketahui asal-usul manusia-manusia syaitan ini. Mereka terlahir dari hubungan suami isteri tanpa berlindung dengan Allah. Iblis berucap, ”Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan”. Al-Hakim, At-Termizi, dan Ibnu Jarir meriwayatkan dari Mujahid, dia berkata, “Apabila seseorang menyetubuhi isterinya dengan tidak menyebut nama Allah, jin akan menyelinap dalam saluran kencingnya dan ikut serta dalam bersetubuh.” Di dalam kitab Tahrim al-Fawahisy, Ath Thurthusyi diceritakan dalam bab Min Ayyi Syai’in Yakunu al-Mukhannats. Katanya, Ibnu Abbas r.a. berkata, “Al-mukhannats (lelaki yang seperti perempuan/banci/pondan) adalah anak-anak jin.” Lalu ia ditanya kembali, “Bagaimana itu boleh tejadi?” Ibnu Abbas menjawab, “Allah dan RasulNya telah melarang seseorang menyetubuhi isterinya pada waktu haid. Jika ia menyetubuhi isterinya pada keadaan demikian, syaitan mendahuluinya, dan setelah isterinya hamil, ia akan melahirkan seorang mukhannats (pondan).”

B. Tumbuh Dewasa dan Menjadi Manusia Yang Tidak Ikhlas
Setelah dewasa, bersama manusia lainnya yang terhasud oleh godaan syaitan, mereka menjadi manusia yang tidak ikhlas. Segala aktivitinya ditujukan bukan untuk mendapatkan keredhoan Allah, tetapi untuk mendapatkan dunia dan untuk mendapatkan pujian. Masih dari hadis yang diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal tersebut, ketika Rasulullah s.a.w. bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.” Iblis segera menimpali, “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga Hari Akhir. Bagaimana kau beroleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku dapat masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak dapat melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga Hari Akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang salih, kecuali hamba Allah yang ikhlas.” Rasulullah saw. bertanya: “Sia0pa orang yang ikhlas menurutmu?” Iblis menjawab, “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan, dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.” Iblis berkata lagi,” “Mereka, anak-anakku, selalu menyusup dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya, mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa. Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.”

C. Menjadi Manusia Syaitan
Para penjahat ini akhirnya terbelenggu dalam lingkaran kejahatan. Sebahagian dari mereka tidak puas jika kejahatan dan kemaksiatan dilakukan dari dan untuk diri mereka sendiri. Mereka kemudian menggoda dan membisiki orang lain untuk mengikuti perbuatan jahat seperti yang mereka sandang (penzina, pencuri, dukun, pemakan riba, pemabuk, pelacur, penggosip, pengadu domba, pendusta, dan lain-lain). Ketika orang-orang jahat ini menjadi penggoda dan pembisik atas segala perbuatan jahatnya, maka saat itulah mereka telah menjadi manusia syaitan. Sebahagian mereka kemudian mendapatkan bantuan dan kekuatan dari pimpinan mereka, iaitu Iblis, untuk menjadi dukun dengan satu tugas: menjerumuskan sebanyak-banyaknya manusia ke dalam kesesatan. Dukun-dukun ini menggunakan jampi-jampinya untuk mengubati orang yang kerasukan, menyihir dan mengajak berbuat syirik, padahal syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampuni oleh Allah s.w.t. Begitu dahsyatnya Iblis dan anak-anaknya menggoda sehingga manusia yang terlahir suci pun dapat menjadi manusia syaitan, menjadi pengikutnya. Jangankan manusia awam yang tidak faham sepenuhnya ajaran Islam, ulama pun dapat dijerumuskan oleh mereka dan dapat menjadi manusia syaitan. Tidak sedikit ustaz dan ulama yang tanpa disedari telah berperanan sebagai dukun, menjadi utusan Iblis. Juga tidak sedikit ustaz dan ulama yang menjadi kaki tangan Iblis yang menjual ayat-ayat Allah dengan sangat murahnya, memecah belah ukhuwah (persaudaraan sesama umat Islam), menebar kebencian, fitnah dan menganjurkan kekerasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2014 04:36 PM | Show all posts
znuyul posted on 11-7-2014 04:24 PM
SYAITAN MANUSIA adalah manusia yang perangai dan tingkah lakunya jahat serupa syaitan. Syaitan jenis ...
SYAITAN MANUSIA adalah manusia yang perangai dan tingkah lakunya jahat serupa syaitan. Syaitan jenis ini tidak akan lari, saperti syaitan dan jin kafir “original” sekalipun azan di kemundangkan.

Hari ini manusia telah di kepung dan dikontrol dengan dasyatnya oleh syaitan iblis dan syaitan manusia. Serangan spritual syaitan hari ini seolah olah tidak dapat ditahan saperti bah besar yang tidak dapat di bendung, sekalipun menggunakan teknologi canggih dan hebat. Syaitan telah berjanji akan menipu dan memperdaya manusia (anak2 Adam) dari setiap penjuru hidup, dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri sebab masa yang tinggal sudah teramat sedikit. Ini telah di nyatakan dalam Al Quran Surah Al A’raf Ayat 16-17 yang bermaksud, “Iblis berkata, oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh sungguh menghalang mereka (daripada) jalan Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka.(Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur”.

Inilah janji syaitan yang akan terus mensabotaj dan merosakkan manusia melalui hasutan dan gangguannya dengan apa cara sekalipun. Jiwa syaitan penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat yang tiada had kepada Nabi Adam dan keturunannya. Dan sifat ini telah di warisi oleh syaitan syaitan manusia pada hari ini untuk merancakkan lagi kerja syaitan. Dan pada akhir zaman serangan nya menjadi bertambah hebat, lebih lebih lagi di sokong dan di bantu oleh kuncu kuncunya manusia syaitan yang saya sebut tadi.

Bahaya syaitan tidak mudah di lihat dengan mata kasar melainkan bagi manusia yang bersih hatinya dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan. Iblis pernah bersumpah saperti yang di rakam dalam Al Quran Surah Sad ayat 82-83 yang bermaksud,” Iblis berkata: Demi kuat kuasa Mu (wahaiTuhan), aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba hamba Mu di kalangan zuriat zuriat Adam yang mukhlis (yaitu yang di beri petunjuk untuk mentaati Allah dan RasulNya).”

Syaitan dan bala tenteranya, (termasuk syaitan manusia) menyerang manusia melalui berbagai bagai kaedah, di antaranya saperti berikut:

Menghalang manusia menuju kejalan yang di redhai Allah.
Mengajak manusia melanggar hukum dan menentang perintah Allah.
Mengajak manusia kearah kehancuran, kebinasaan dan perpecahan.
Memutuskan perkara yang Allah perintah hubungkan saperti hubungan silaturrahim
Sentiasa mengajak manusia supaya mengubah agama dan menukar ajaran Islam.
Mengajak manusia mensyirikkan Allah.
Menyuruh supaya menghalalkan cara yaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
Menanam kebencian, permusuhan dan perselisihan antara manusia lebih lebih di antara sesama Muslim.
Sentiasa menghalang dan menentang manusia yang hendak berjihad dengan menakut nakutkan atau memberi gambaran yang buruk kepada mereka.
Menyalakan api permusuhan dan peperangan di antara sesama Islam.
Menghasut supaya manusia melakukan kezaliman.
Syaitan turut menyerang pemikiran, hati dan jiwa melalui bisikan dan hasutannya. Di antaranya adalah saperti berikut:

Berusaha melahirkan syak dalam hati manusia terutamamya di kalangan orang yang beriman. Bagi yang tidak beriman dia akan berusaha mengekalkan manusia itu dalam keadaan tidak beriman.
Melahirkan keraguan mengenai wujudnya Allah.
Melahirkan keraguan dalam perkara Akidah dan Keimanan.
Sentiasa akan buat manusia ragu dalam urusan kehidupan.
Menyemarakkan sifat tamak dan buruk sangka
Menanamkan sifat cinta dunia dan takut mati
Menyemarakkan sifat riak dan sukakan pujian
Menyemai sifat hasad dan dengki
Sifat memandang rendah terhadap manusia lain dan tidak menghormati sesama sendiri
Rasa kagum dengan diri sendiri
Sifat bakhil
Sifat takabur

Yang paling bahaya dia menggunakan kaedah taz-yin yaitu maksudnya menampakkan rupa cantik, elok dan benar terhadap perkara yang batil. Dalam apa jua urusan yang dilakukan oleh manusia, syaitan iblis dan syaitan manusia akan campur tangan, menampakkan bahawa perbuatan manusia itu baik sedangkan hakikatnya ia tidak baik. Ini akan menyebabkan manusia merasa bongkak dan syok sendiri dan akan menganggap dirinya sahaja yang betul dalam segala hal, terutama dalam hal hal agama.

Maka kita dapat lihat di sini bahawa perkara yang bersabit dengan kejahatan semuanya ada hubungan dengan syaitan iblis dan syaitan manusia.
Posted by Sinar Kejayaan at 11:26
Terimakasih memberi imput berguna.

Yg menjadi persoalan, syaitan dari kalangan manusia kita nampak, kita boleh saja serah pada pihak berkuasa....

Tapi, bagi syaitan dari kalangan jin, yg telah berada dalam aliran darah kita, yg mengaburi setiap perbuatan kita...... apakah daya kita melawan musuh yg nyata ini??? atau hanya berserah SAJA pada yg MAHA BERKUASA???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 05:01 PM | Show all posts
znuyul posted on 11-7-2014 04:26 PM
Asal-Usul Manusia-manusia Syaitan
A. Terlahir Dari Hubungan Suami Isteri Tanpa Berlindung Dengan A ...

cantek punya huraian..... hadis dari Muadz......

Sayangnya hadis tu tidak di'hasankan' oleh ulama'
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 05:51 PM | Show all posts
hmmmmm....

kalo nak lawan jin2  setan yang tersembunyi nih pertama kalinya kena tundukan jin qarin yg ada dalam diri tuh dulu..qarin tuh mesti diislamkan dulu....kita dakwah qarin tuh..ajar tentang IMAN DAN ISLAM!

kemudian bila jin qarin tuh dah betul2 dah islam.....kita mesti selamat dari gangguan setan2 lain yang datang dari luar... apa tak nya,  qarin islam kita tuh yang kasi hantam sampai lunyai lumat setan2 luar tuh...

so, camana nak dakwan & islamkan qarin tuh??? ilmu nih la yg banyak orang yang carik???
Last edited by habakuk on 11-7-2014 05:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 12:28 AM | Show all posts
hantukiller posted on 11-7-2014 04:36 PM
Terimakasih memberi imput berguna.

Yg menjadi persoalan, syaitan dari kalangan manusia kita nam ...

Tiada jalan lain selain menjadi HAMBA ALLAH. Semua HAMBA adalah makhluk ciptaan ALLAH, tapi, tidak semua makhluk itu HAMBA ALLAH.

Kalau buat analogi terhad dgn kehidupan kita manusia, katakanlah ada banyak mengaku atau digelar Bos Besar Mafia, tetapi, yang paling digeruni hanyalah seorang sahaja kerana ada tentera sendiri, ada pulau persendirian dan networknya yg luas.

Orang2 Bos Besar Mafia ni tentulah tak banyak yg berani nak ganggu, sebut nama kumpulan atau melihat appearance pun org tahu dan gerun. Kalau yg taraf org2 kanan tu lagi hebat hingga berpapasan dijalanan pun dihindari oleh yg mengaku Bos serta pengikut2nya.

Kalau ahli2 biasa, tentulah ada yg berani ganggu hinggalah terbukti org itu memang ahli kumpulan, yg diendorse & dikenali juga oleh Bos Mafia personally. Tetapi, gangguan dari luar kepada ahli2 mafia tetap ada, sesuai dgn kedudukannya, tahap sekuritinya, pengaruhnya, darjatnya dlm hieraki mafia.

Zaman remaja dulu2 ketika jadi samseng kampong, biasanya budak2 yg diganggu oleh budak2 kampong lain akan memberitahu: "Hoi, aku anak buah sipolan. Aku akan repot kamu pada penaung ku itu.".

Kalau sipolan itu memang dikenali samseng-mandraguna, pengacau yg sesama budak2 akan lari, lebih2 lagi kalau penaung mereka tak sehebat sipolan.

Sedikit sebanyak analogi mengikut kadar terhad.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya ingin tahu, jika syaitan itu Trex, semut hitam mampu ke lawan Trex? Dah tentulah HANYA Allah aje yg mampu walaupun syaitan itu musuh semut hitam.

Lain ler jika Allah tukarkan semut hitam jadi Ultraman atau Ultrawomen. Jeng tahap fire tu dah cukup nak kalahkan Trex tak gitu?

Apa yg anda semua faham dari kisah ini? Saya terfikir, Ultraman kerja opis dimana yak? Hahaahaha. Kisah budak2 aje tu. Takkan DAH LUPA KOT?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:02 PM | Show all posts
hantukiller posted on 11-7-2014 05:01 PM
cantek punya huraian..... hadis dari Muadz......

Sayangnya hadis tu tidak di'hasankan' oleh ula ...

cantek punya huraian..... hadis dari Muadz......

Sayangnya hadis tu tidak di'hasankan' oleh ulama'


ok pe huraian tuuu
sebijik kena batang idung kita
walaupun perawinya tak tahu
tapi kalau hang kumpul bab2 tertentu itu
tentu hang akan mendapati ada dalam HADITH NABI
iye kan.......rajin2lah membaca yeeee

biarkan syaitan dibelengu di bulan ramadhan ni
wasalam

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara mudah hindar T-rex, antaranya mampu bertukar menjadi ultraman dgn izin-Nya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 05:54 PM | Show all posts
syaitan dikalangan manusia adalah yg mengajak org lain membuat kemungkaran


kedua2nya saling bmusuhan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2014 04:44 AM | Show all posts
Salam TT

Nyatanya syaitan itu musuh manusia hinggakan
direjam dianya sblm sempat berdialog dgnnya...
- terutamanya Iblis

Sbb tu ramai yg  tersangkut amalannya dek pentomin manjang

Sabda nabi s.a.w.
“Jangan berdusta atas namaku, sesungguhnya yang berdusta atas namaku akan masuk neraka.”

Bilanya nabi s.a.w. berdialog dgn Iblis???
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 07:21 PM | Show all posts
dah tau syaithon musuh

nak lawan musuh musti ada senjata

doa itu senjata Muqmin (maksud Hadith)

menang dgn otak tak mesti dgn pedang

WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 11:07 AM | Show all posts
Wah, dah banyak juga komen membina, tapi tak kurang yg menghina


Baik, kita fokus pada syaitan dari kalangan jin, sebab syaitan dari kalangan manusia dah ada perundangannya, biarlah penguasa dari kalangan manusia yg menguruskannya.


Allah ada beritau satu hal saja yg mana syaitan ini tak mampu menewaskan manusia, ikhlas

Tapi ikhlas tu macamana????
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 11:48 AM | Show all posts
Syaitan itu direjam, atau
syaitan itu difokuskan kpd jin?
- cmne nk ikhlas?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.492074 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list