CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2875|Reply: 15

[Tempatan] Bufet Ramadan hidang arak?

[Copy link]
Post time 9-7-2014 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Bufet Ramadan tapi jual arak

KUANTAN - Sebuah restoran di pekan kecil dekat Raub didapati mempromosikan bufet Ramadan tanpa sijil halal dan hanya berselindung di sebalik sijil penyembelihan ayam yang sah bagi mengaburi mata umat Islam.

Paling tidak berhemah, restoran berkenaan turut dikesan menjual minuman keras di bahagian tingkat atas premis berkenaan malah pekerja yang ditemui juga mengakui gelas yang sama digunakan ketika berbuka puasa.

Kegiatan itu terbongkar selepas Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip)  dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat serbuan sebaik sahaja menerima aduan daripada orang ramai.

Pemeriksaan mendapati, restoran yang beroperasi dari jam 7.30 petang hingga 10.30 malam itu turut dipenuhi dengan botol arak di beberapa bahagian dapur dan disyaki turut menggunakan arak dalam masakan.

Ketua Unit Pengurusan Halal, Jaip, Noridzuan bin Abdul Manan berkata, pengurusan restoran ala-Thai itu menggunakan khidmat empat jurumasak yang mengaku Islam dari Thailand bagi mengaburi mata umat Islam.

“Mereka turut menggantung banting bagi tujuan mempromosikan aneka lauk pauk dan juadah berbuka kepada pelanggan termasuk masakan cina dan Thailand,” katanya.

Katanya, hasil siasatan awal bersama pekerja, restoran yang sudah lama beroperasi di lokasi itu tidak pernah memohon sijil Halal dan pernah diminta menurunkan Sijil Perakuan Penyembelihan yang digantung di dinding restoran itu.


Pekerja restoran sedang menurunkan banting promosi bufet Ramadan selepas diarahkan Jaip.



“Kita umpamakan seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong kerana turut mengambil keuntungan ketika Ramadan sedangkan ada syaratnya menyediakan hidangan berbuka termasuk suci dan halal,” katanya.

Atas kesalahan kali pertama itu, Noridzuan berkata, pengurusan restoran diberi nasihat secara lisan selain diarahkan menurunkan banting yang digantung berdekatan restoran berkenaan.

Selain itu, katanya, pemantauan sepanjang Ramadan turut mendapati empat hotel iaitu dua di Kuantan, satu di Muadzam dan satu di Jerantut tidak memperbaharui sijil Halal.

“Satu hotel di Kuantan bertaraf lima bintang setakat ini tidak memperbaharui sijil halal namun sebelum ini diiktiraf Halal,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 12:47 PM | Show all posts
patut xpayah nasihat saman je terus
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 12:53 PM | Show all posts
Hadap sangat berbuka kat luar...pantang tengok buffet Ramadhan murah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:03 AM | Show all posts
kasi tutup la ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:21 PM | Show all posts
Aku pun pelik ada jugak org Islam gatal2 nak mkn kat restoren cina...cth mcm pau tanjung malim, cendol kat manjung dan kedai air buah tepeng....sah2 kedai org bukan Islam yg memang was2 nak makan tp ada jugak org yg masuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:31 PM | Show all posts
Kat Raub????ade ke org g berbuka puasa kat sana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2014 03:38 PM | Show all posts
Ramadhan jer nak sentap .... klo regular day yang siap ada bar ... melayu islam bertenggek Lunch ngan Dinner kat situ x kecoh pun .... x istiqamah langsung ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:44 PM | Show all posts
garyura posted on 10-7-2014 03:21 PM
Aku pun pelik ada jugak org Islam gatal2 nak mkn kat restoren cina...cth mcm pau tanjung malim, cend ...

Bergantung dgn kepercayaan ko lah. Kalau ko percaya kat org tu masak benda halal, walaupun dia non-Muslim, ok jah. Lagipun syarat halal makanan nie takder pun cakap wajib dimasak oleh Muslim. Ramai jah mualaf yg tetap makan masakan mak mereka yg masih non-Muslim. Mcm kat Kuching nie, byk kedai makan Cina yg org Melayu Islam slalu pegi. Sbb diorg mmg dipercayai hidang benda halal, pekerja2 pun amik org Islam local jugak. So, kalau percaya dan tak was2, why not kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 03:56 PM | Show all posts
Muntz posted on 10-7-2014 03:44 PM
Bergantung dgn kepercayaan ko lah. Kalau ko percaya kat org tu masak benda halal, walaupun dia non ...

nilah masalah perpaduan di malaysia
malay dan non malay nak makan dan chill together susah
non malay nak minum2 di bar, lounge yg dihidang arak, tp malay pulak mesti tak mahu
alih2 malay dan non malay lepak sendiri2 aja

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:59 PM | Show all posts
m'sia nie ikut musim... skrg ni tgh musin isu bufet ramadan... lps nie musin lain pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 05:34 PM | Show all posts
sekngucing posted on 10-7-2014 03:56 PM
nilah masalah perpaduan di malaysia
malay dan non malay nak makan dan chill together susah
non m ...

Kitorg sini ok jah. Malay dan non-Malay  no problem utk duduk makan sama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 05:36 PM | Show all posts
Muntz posted on 10-7-2014 03:44 PM
Bergantung dgn kepercayaan ko lah. Kalau ko percaya kat org tu masak benda halal, walaupun dia non ...

tp tempat yg aku sebut td pekerjanya totaly cina....kalau cadbury dlm kotak pun boleh terjangkit dna inikan pulak tepung yg diuli-uli
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 05:40 PM | Show all posts
Muntz posted on 10-7-2014 05:34 PM
Kitorg sini ok jah. Malay dan non-Malay  no problem utk duduk makan sama.

kami pun ok
tapi kena ikut tempat la
malaysia timur takpela sana ramai non muslim

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 05:43 PM | Show all posts
Lagi lama lagi teroklah Malaysia ni dengan halal haram nya. Generasi baru dengan pemikiran yang terlalu -ve.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 06:09 PM | Show all posts
Cakap putar belit lah. Sekejap masakan non muslim haram lah, makruh lah, was was lah. Tapi anak Islam duduk dengan family tak Islam ok pulak makan masakan mak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah jaip..good job
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066948 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list