CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3755|Reply: 16

[Contest] Cerpen : 5 Ramadhan

[Copy link]
Post time 5-7-2014 12:19 AM | Show all posts |Read mode
cerpen ni ipo karang dua tahun yang lalu.

Satu kisah benar yang begitu menyentuh hati ipo, kisah kematian dan kebakaran dan memeluk islam...di dalam bulan ramadhan yang mulia.

Moga kita umat Islam semua diberi hidayah dan petunjuk dan juga beramal soleh..amin...

Al fatihah buat yang telah meninggal dunia ni..sesungguhnya hidayah itu milik Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2014 12:21 AM | Show all posts
AKU menatap keratan akhbar yang disimpan kemas dalam album. Berita yang cukup memilukan.Namun di sebalik kepiluan itu, ada hikmah yang Allah berikan di atas semua kejadian itu. Sudah hampir dua tahun kejadian itu berlaku. Aku tatap lagi. Satu persatu ayat dalam berita itu aku baca, berita yang hanya memenuhi ruangan kecil sebuah akhbar tempatan.  Sesekali aku menyeka air mata bila mengingati semula kejadian yang berlaku betul-betul pada hari ke lima umat Islam berpuasa. Aku baca lagi sampai habis. Tidak pernah jemu.

TUMPAT- Sebuah rumah kedai musnah sama sekali dijilat api dalam satu kebakaran   semasa semua umat Islam sedang menikmati juadah sahur pada hari ke lima berpuasa. Kejadian berlaku pada jam 4.35 pagi itu dikatakan berpunca dari litar pintas. Api yang cepat marak menyebabkan seluruh rumah kedai itu hangus terbakar dan tiada satu pun barang berharga dapat diselamatkan. Kos kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM50,000.

Dua orang kanak-kanak dipercayai meninggal di tempat kejadian. Ketika kejadian,kanak-kanak tersebut dikatakan sedang nyenyak tidur di bilik atas. Kanak-kanak berusia tiga tahun dan empat tahun itu berada di bilik yang sama. Menurut sumber, Ah Wat, bapa kepada kanak-kanak tersebut tidak sempat menyelamatkan anaknya kerana pintu bilik berkunci dari dalam. Pihak penyelamat tiba kira-kira jam 4.45 pagi. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian.

Masih terbayang di ruang mata. Saat kejadian, aku dan keluarga turut bergegas ke sana. Kebetulan rumah aku betul-betul berhadapan dengan balai bomba. Bunyi siren yang kuat mengejutkan aku dari tidur. Ayah aku cepat-cepat jenguk ke luar rumah. Dia segera bertanya kepada salah seorang pegawai bomba di situ. Terus ayah ajak aku dan mak ke tempat kejadian sambil membawa sedikit buah kurma dan sebotol air mineral untuk bersahur.

Ayah memandu laju mengikut arah kereta bomba. Tiba di tempat kejadian, aku lihat rumah sudah hangus dijilat api dan aku lihat ayah sedang mencari kawannya Ah Wat. Tika itu, buat pertama kali aku melihat keadaan mayat yang rentung. Bayangkan saiznya hanya sebesar sebiji nangka dengan tulang hitam dan ada sedikit daging hangus. Air mata aku menitis perlahan.

Last edited by Ipo on 5-7-2014 12:23 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 12:24 AM | Show all posts
Terbayang kegigihan pakcik Ah Wat mengusahakan kedai runcit bersama isterinya sebelum kejadian. Pakcik Ah Wat, bapa kepada kanak-kanak yang meninggal dalam kebakaran itu adalah seorang peniaga kedai runcit yang gigih menyara keluarga. Ayah salah seorang dari kawan sekolahnya dulu.

Setiap kali kami ke kedainya, dia akan melayan kami dengan baik dan juga selalu memberi buah tangan. Musim perayaan pula, pakcik Ah Wat akan hadiahkan kuih bakul kepada ayah yang ditempah dari orang Melayu. Hari raya pula, pakcik Ah Wat dan keluarganya akan bertandang ke rumah kami.  

Ayah juga selalu belanja pakcik Ah Wat makan di restoran kegemarannya. Setiap bulan puasa, pakcik Ah Wat selalu bersedekah pisang ke masjid-masjid melalui ayah. Menurutnya dia percaya dengan bersedekah begitu, rezeki akan bertambah. Kadang-kadang terasa malu sendiri bila orang bukan Islam juga percaya begitu sedangkan umat Islam sendiri ada yang begitu payah menghulurkan sesuatu untuk bersedekah biarpun hanya sebiji kurma!

Last edited by Ipo on 5-7-2014 12:25 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 12:27 AM | Show all posts
AKU tutup album.Satu keluhan berat keluar dari dengus nafasku. Aku lihat kalendar, hari ini sudah 5 Ramadhan. Tarikh yang sama kejadian kebakaran itu berlaku.

“Ani, tolong mak kejap!”

Aku mendengar laungan mak dari arah dapur. Terkocoh-kocoh aku keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur menolong ibu memasak juadah berbuka.

Boleh dikatakan setiap pagi aku akan menemani mak  ke pasar dan sama-sama memasak selepas itu. Kami lebih suka memasak sendiri juadah berbuka. Hanya sekali sekala kami akan ke bazar ramadhan bila teringin merasa kuih yang susah untuk kami sediakan. Ayah yang suka makan kuih jala emas menyebabkan mak berusaha cuba buat sendiri.

“Nanti abang ajak Ah Wat sekeluarga berbuka sekali!” Ayah tiba-tiba muncul di dapur bersama dua ekor ayam kampung yang sudah siap disembelih lalu dihulurkan kepada mak.

Mak senyum. Dia sudah agak, ayah akan sembelih ayam kampung jika Ah Wat ingin berkunjung ke rumah.

Aku pula mula menyediakan rempah untuk masak gulai ayam nanti. Selesai menyediakan rempah, aku segera menolong mak mencabut bulu ayam yang telah direndam dalam air panas.

Mak pula mula menyediakan bara api untuk dibuat tempat menyalai ayam tadi. Menurut mak, jika ayam disalai begitu, rasanya akan lebih sedap bila dimasak gulai kampung. Aku senyum. Aku lihat tangan mak begitu lincah membuat kerja. Aku pula masih terkial-kial belajar.


Last edited by Ipo on 5-7-2014 12:28 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 12:31 AM | Show all posts
JAM sudah hampir tujuh  malam. Aku melihat juadah di atas meja. Gulai ayam kampung, kerabu buah beko, ikan kering goreng, sambal belacan,budu bersama asam limau dan cili padi, ulam petai dan timun, ikan puyu goreng berlada dan dua jenis kuih yang dibeli di bazar ramadhan tadi.

“Banyak jugak masakan kita hari ni mak..tadi nampak macam sikit je..” Aku senyum sambil memandang mak yang sedang membancuh sirap bandung.

“Tak pa..kita mesti raikan tetamu yang datang. Tambah lagi bulan puasa ni.” Mak senyum.

Aku senyum lagi.Tidak sabar merasa gulai ayam kampung mak.

“Ani, pakcik Ah Wat dah sampai ke?” Mak mula bertanya bila melihat jam sudah hampir masuk waktu berbuka.

“Belum agaknya mak..nanti Ani tengok kat depan!”

Aku segera  melangkah ke depan laman. Masih belum kelihatan pakcik Ah Wat sekeluarga. Aku duduk pula di atas pangkin yang terletak di bawah pokok cermai. Sesekali mata beralih ke arah depan jalan kecil menuju ke laman rumah. Aku mula senyum bila melihat sebuah kereta putih masuk ke laman. Ayah pula sudah ke bilik air mengambil wuduk.

“Pakcik apa khabar?”Aku segera mendapatkan pakcik Ah Wat yang tersenyum keluar dari perut kereta bersama anak bujangnya Ah Deng. Terpegun dengan penampilan Ah Deng yang begitu berlainan sekali.

“Maaf, kami lambat sikit. Pakcik tunggu Deng habis kelas mengaji tadi.”

Aku senyum.Faham situasi pakcik Ah Wat. Sejak kematian isterinya Ah Ling, dialah yang menjaga satu-satunya anak yang masih tinggal. Ah Deng adalah anak sulung kepada pasangan Ah Wat dan Ah Ling. Manakala Ah Ling pula jatuh sakit sejak kejadian kebakaran yang meragut dua lagi anak lelakinya yang masih kecil. Hampir sebulan Ah Ling terlantar sakit dan hari ke tujuh umat Islam menyambut Aidil fitri, Ah Ling menghembuskan nafas terakhir.

Last edited by Ipo on 5-7-2014 12:33 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 12:35 AM | Show all posts
MALAM itu, selesai solat maghrib berjemaah, kami mula menikmati juadah berbuka yang lain setelah berbuka dengan buah kurma dan air sirap bandung tadi. Aku lihat pakcik Ah Wat dan Ah Deng begitu berselera menjamah gulai ayam kampung. Siap pesan pada mak untuk buat bekalan balik nanti. Kadang-kadang dia sanggup bayar berapa saja yang mak mahu asalkan mak sudi memasak gulai ayam untuk mereka. Mak pula hanya senyum malu bila masakannya dipuji begitu.  Selalunya mak akan masak percuma saja untuk pakcik Ah Wat dan Ah Deng.

“Pakcik, cubalah kerabu buah beko tu! Ani yang masak tau!” Aku juga tidak mahu mengalah mempelawa pakcik Ah Wat dan Ah Deng merasa kerabu hasil dari tangan ku sendiri. Dengan harapan, kerabu itu menjadi kegemaran pakcik Ah Wat dan juga Ah Deng.

“Hmm..sedap!Cuma pahit sikit, Deng suka pahit macam ni!” Pakcik Ah Wat sengih sambil menjeling Ah Deng di sebelah.

Aku jeling Ah Deng yang tersipu-sipu malu. Mengalahkan perempuan. Mak dan ayah aku juga turut senyum dan turut menjeling pakcik Ah Wat yang mula ketawa kecil bila melihat anak bujangnya malu begitu.

“Err..Wat, saya rasa dah hampir dua tahun awak masuk Islam. Macam mana awak boleh tergerak hati nak memeluk Islam ni.” Ayah mula bersuara sambil cicah ulam petai ke dalam piring berisi budu.

“Ha’a la pakcik, Ani pun teruja nak tahu.” Aku pandang pakcik Ah Wat yang masih tersenyum. Nasi di dalam pinggannya dihabiskan sebelum mak tambah  satu sudip lagi.

“Sebenarnya saya bersyukur kepada Allah. Mungkin ini rahmat Allah atas apa yang menimpa keluarga saya. Sejak kejadian kebakaran yang meragut dua anak lelaki saya dulu, saya jadi seorang yang tidak percayakan tuhan. Selalu saya salahkan tuhan. Tokong pula saya sudah tidak kunjungi lagi. Isteri saya menyalahkan saya….sehinggalah dia meninggal kerana terlalu rindukan anak kami yang telah meninggal dalam kebakaran tu.”
Pakcik Ah Wat mula tunduk.

Keningnya berkerut sebentar. Dia mengeluarkan satu keluhan berat seolah-olah memaksa diri mengingati kembali kejadian yang menyayat hati.Kejadian yang ingin dia lupakan dalam hidupnya.

Last edited by Ipo on 5-7-2014 12:37 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-7-2014 12:42 AM | Show all posts
5 Ramadhan dua tahun dulu…



“Ling bangun! Ada api!!” Ah Wat yang terkejut dengan bau asap mula terjaga dari tidur. Dia melihat api telah marak dari arah  dapur.Sempat jeling jam di dinding. 4.35 pagi.

“Hah! Api??? Anak kita!  Mana anak kita??” Ah Ling mula kelam kabut mendapatkan anak –anaknya yang masih tidur di bilik atas. Malam itu dia dan suaminya tidur di bilik belakang kedai di tingkat bawah.

Mereka berdua segera ke tingkat atas sambil menjerit nama anak-anak  yang nyata tidak sedar apa yang telah berlaku. Ah Ling mengetuk bertalu-talu bilik anak sulungnya, Ah Deng. Dia mula batuk bila asap semakin menebal yang mula memenuhi tingkat atas. Sebaik pintu dibuka, Ah Ling cepat-cepat menyuruh anaknya menolong suaminya yang sedang bersusah payah membuka pintu bilik anaknya yang lain.

“Deng! Cepat tolong papa buka pintu ni!” Ah Wat cuba menendang pintu bilik anaknya yang berkunci. Ah Deng juga turut sama menendang pintu dengan kuat.

Ah Ling hanya melihat sambil menangis. Di kepalanya kini hanya inginkan keselamatan anak-anaknya saja. Segala barang berharga bukan lagi menjadi keutamaan tika ini. Dia lihat api mula marak. Kedengaran suara jiran mula menjerit . Api! Api!

Baru teringat,waktu begini jiran-jirannya sudah bangun untuk bersahur. Asap semakin banyak memenuhi ruang atas. Ah  Ling semakin panik.Pintu bilik anaknya tidak dapat dibuka. Puas suaminya dan anak sulungnya menendang dan mengopak tombol pintu. Masih tidak berhasil.

“Macam mana ni!!” Ah Ling mula risau. Anak-anaknya masih berada di dalam. Mereka cuba memanggil nama mereka dengan kuat. Menjerit sampai dirasakan sudah tiada suara lagi. Masih tiada apa-apa. Terbatuk-batuk kerana menyedut asap yang semakin tebal.

“Macam mana pintu tu boleh berkunci? Masa saya masuk sebelum tidur tadi, elok je pintu tu!Saya tak kunci pun!” Ah Ling mula teringat ketika dia masuk ke bilik anak-anaknya untuk memberi ciuman selamat malam sebelum tidur.

“Aduh! Macam mana ni???” Ah Wat pula hilang arah tuju. Buntu!

“Hah! Tu bomba dah sampai!” Ah Deng mula menyampuk bila mendengar siren kuat berbunyi. Dia terbatuk-batuk. Asap semakin tebal.

“Papa! Kita kena turun ni! Api dah kuat tu!”

Ah Wat hanya mengangguk. Dia segera menarik tangan isterinya turun ke bawah.

Ah Ling terus merentap tangannya dari genggaman suaminya. Dia menangis  teresak-esak. “Anak kita macam mana??”

“Ling..api sudah kuat. Kita kena selamatkan diri. Ah Dang dan  Ah Dong dah tak boleh diselamatkan lagi.” Ah Wat cuba memujuk.

“Tapi saya nak anak saya!!!” Ah Ling meluru ke bilik anaknya semula.

Ah Wat segera tarik tangan isterinya dan terus menuju ke bawah meredah api yang semakin marak. Anak sulungnya sudah berada di luar rumah bersama jiran-jiran yang turut sama membantu.

Ah Wat segera mendapatkan pegawai bomba supaya menyelamatkan anaknya yang masih berada di tingkat atas. Dua orang pegawai bomba mula meredah api yang marak namun tidak berhasil mengeluarkan mangsa kerana api marak terlalu cepat. Pihak bomba masih menyembur air ke arah rumah yang sedang terbakar. Tiba-tiba satu letupan kuat berlaku. Api menjulang tinggi dengan asap hitam berkepul-kepul. Setengah jam kemudian, api dapat dipadamkan. Pihak bomba mula mencari  mayat kanak-kanak yang terbunuh bila dimaklumkan oleh Ah Wat.

Sebaik mayat kedua kanak-kanak itu dijumpai, pegawai bomba mengarahkan ia diletak di tepi. Ah Wat dan isterinya segera ke tempat mayat diletakkan tadi. Isteri Ah Wat terus pengsan bila melihat keadaan mayat anaknya yang sudah rentung.

Jiran-jiran turut sebak melihat keadaan mayat yang begitu menyayat hati. Ibu mana yang tidak pengsan bila melihat anak yang dilahirkan mati begitu. Ah Wat masih tergamam.Dia peluk kawannya yang berdiri di sebelahnya sambil menangis. Sudah buntu!

Last edited by Ipo on 5-7-2014 12:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 12:48 AM | Show all posts
SEMINGGU berlalu, Ah Ling masih tidak boleh terima kenyataan yang kedua anaknya sudah pergi meninggalkannya buat selamanya.

Ah Wat pula mula bimbang bila kesihatan isterinya yang mula terganggu.  Sudah jenuh dia menasihati isterinya melupakan apa yang berlaku. Jiran-jiran juga turut membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

Sementara menunggu rumah baru siap, Ah Wat sekeluarga menumpang di rumah saudara mereka tidak jauh dari situ. Selama itulah kesihatan isterinya semakin merosot sehingga memaksa Ah Wat berhutang dengan kawan untuk membeli ubat buat isterinya.Sebulan isterinya terlantar sakit dan di saat umat Islam meraikan hari raya,isterinya telah pergi buat selama-lamanya sambil memeluk erat gambar anak mereka yang meninggal.

Sejak itu, AhWat mula lemah dan menyalahkan takdir. Dia mula tidak percayakan kewujudan tuhan. Dirasakan tuhan telah menjatuhkan hukuman paling berat kepadanya sekeluarga. Dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa malah dia cukup disenangi oleh rakan-rakan baik sama bangsa mahupun bangsa lain.

Malam itu dia tidak lena tidur memikirkan nasibnya yang seperti sudah jatuh ditimpa tangga.Kehilangan dua orang anak dan kemudian isteri tersayang pula menyusul, terasa begitu berat untuknya menghadapi semua itu. Jenuh dia pejamkan mata. Akhirnya dia terlelap juga setelah puas mengiring ke kiri dan ke kanan.

Last edited by Ipo on 5-7-2014 12:49 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2014 12:53 AM | Show all posts
Ah Wat terjaga dari tidur. Dia  melihat keadaan sekitar. Sungguh berbeza! Dia berjalan perlahan menyusuri jalan yang tidak pernah dia lalu sebelum ini. Kiri kanan jalan penuh dengan bunga indah yang berwarna warni. Bau wangi begitu menusuk hidung. Pokok buah-buahan yang lebat dengan buah yang telah masak ranum. Tidak pernah dia lihat buah seperti itu sebelum ini. Terasa segar bila melihat air sungai mengalir perlahan. Dia mula rasa pelik bila melihat air sungai yang mengalir air putih seperti susu.Perlahan dia mendekati tebing sungai dan mula duduk mencangkung sambil tangannya ingin menadah air sungai yang berbau wangi dan dirasakan manis.

“Papa tak boleh minum air itu.”

Papa?? Ah Wat berpaling bila tiba-tiba satu suara memanggilnya papa dari belakang. Matanya terbeliak. Luas! Dia genyeh matanya berkali-kali  seakan tidak percaya.

“Papa tak boleh minum air itu selagi papa masih berpegang kepada agama papa sekarang.”

Ah Wat pandang wajah budak lelaki kacak yang berdiri di situ. Wajahnya bersih dan sentiasa tersenyum. Wajah budak lelaki itu sama dengan wajah anaknya yang berumur empat tahun yang meninggal masa dalam kebakaran dulu.

“Papa jangan bimbang. Kami di sini bahagia dan gembira berlari dan bermain sambil menikmati air sungai yang manis dan buah-buahan yang enak.”

Kami? Maknanya mungkin dia akan bertemu dengan anak bongsunya juga di situ.

“Err..Ah Dong ke tu?” Ah Wat pandang budak lelaki yang masih tersenyum kepadanya.

Budak lelaki itu hanya senyum. Dia berpaling pula ke arah seorang lagi budak lelaki yang serupa wajahnya dengan anak bongsunya, Ah Dang.  Budak itu mendekati budak lelaki yang berkata kepadanya sebentar tadi dan terus memegang tangan abangnya. Kini kedua-duanya memandang ke arahnya dengan senyuman manis. Tiada riak sedih dan muram.

Ah Wat terpaku dan terkedu. Kedua budak itu memakai  jubah putih sambil tersenyum manis memandangnya tidak berkelip.

“Papa tak boleh minum dan ambil buah-buahan di sini. Semua yang ada di sini untuk kami. Jika papa ingin jumpa kami lagi dan ingin merasa keenakan air sungai dan buah-buahan di sini, papa kena amalkan lima perkara”

Ah Wat sekali lagi terkedu. Mulut mungil anak kecil yang memegang tangan abangnya itu mula berbicara petah. Tiada pelat. Lancar umpama seorang guru mengajar anak muridnya. Namun dia masih tidak faham maksud kata-kata budak tadi.

“Anak papa ke tu..Ah Dang..Ah Dong…” Ah Wat cuba memeluk kedua budak di depannya namun semakin dipeluk semakin jauh mereka berdua berundur.

“Kalau papa nak jumpa dan peluk kami lagi, papa kena amalkan lima perkara itu seikhlas hati keranaNya” Kata-kata terakhir yang diucapkan oleh anak keduanya sebelum hilang dari pandangan.

Ah Wat berlari mengejar kedua budak itu sambil menjerit memanggil nama mereka.



AH WAT tersedar.  Tubuhnya berpeluh. Dia meraup muka perlahan-lahan. Masih terbayang wajah bersih kedua anaknya dalam mimpi tadi. Dia mengesat peluh di muka. Wajah kedua anaknya begitu tenang. Dia mula merasa sedikit tenang bila teringat kata-kata anaknya dalam mimpi walaupun selama ini dia tidak percaya kepada mimpi.

"Oh..aku bermimpi rupanya." Ah Wat meraup muka lagi.

Last edited by Ipo on 5-7-2014 12:58 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 01:04 AM | Show all posts
BEGITU khusyuk aku sekeluarga mendengar cerita pakcik Ah Wat. Lama pakcik Ah Wat diam. Ada titis jernih keluar dari kelopak matanya.

PAKCIK AH WAT mengesat air mata.  Aku semakin khusyuk mendengar cerita mimpinya sambil menatap wajah putih bersih pakcik Ah Wat. Jelas riak di wajahnya ada rasa kesal dan bahagia. Ah Deng yang berada di sebelahnya menepuk-nepuk bahu ayahnya. Pakcik Ah Wat menyambung kembali bicaranya.

“Mimpi tu saya alami tiga malam berturut-turut. Dalam mimpi tu, anak saya halang saya dari berjumpa atau makan apa yang ada kat situ kecuali saya amalkan lima perkara. Saya tak faham apa yang dimaksudkan dengan lima perkara. Saya mencari-cari makna lima perkara. Lepas saya bermimpi saya mula jumpa seorang ustaz yang arif tentang mimpi. Ustaz tu hanya senyum bila mendengar mimpi saya. Katanya dia bukan arif sangat fasal mimpi tapi budak kecil yang meninggal dunia dijamin masuk syurga.Saya tanya lagi, adakah saya dapat jumpa dan peluk anak saya di sana? Ustaz itu angguk saja. Saya tanya lagi, apakan maksud lima perkara. Ustaz itu  menunjukkan lima jari seraya menjawab lima perkara adalah rukun Islam; Mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji.Amal ibadah kerana Allah adalah jalan utama menuju ke syurga. Saya tanya lagi, bukankah semua yang ustaz sebut tadi adalah amalan yang dilakukan oleh orang Islam.Ustaz itu angguk. Saya masih tak faham. Ustaz itu senyum. Amalkan lima perkara yang disuruh oleh Allah dan niatkan kerana Allah semata-mata adalah tiket untuk ke syurga.”

Pakcik Ah Wat tunduk kembali sambil mengesat air mata yang tumpah.

Aku turut sedih dan sebak mendengar cerita dari pakcik Ah Wat. Ayah pula hanya mengangguk faham.

“Lepas tu, saya mula mencari dan mengkaji lima perkara yang disebut oleh ustaz. Saya belajar agama Islam dan cuba bergaul lebih rapat dengan orang Melayu. Alhamdulillah,saya cepat belajar. Tanggal 5 Ramadhan tahun lepas  saya memeluk Islam di depan ustaz tadi disaksikan jemaah masjid yang lain. Anak saya yang sulung ni pula juga turut mengikut jejak langkah saya berhijrah.” Ah Wat pandang Ah Deng yang mula senyum.

“Alhamdulillah! ”  Ayah dan mak  serentak bersuara.

“Err..kenapa pakcik masih guna nama asal?” Aku mula ingin tahu.

“Pakcik lebih suka dipanggil dengan nama asal kami. Sudah biasa. Lagipun orang sini kenal kami dengan nama tu. Nama Islam saya, Muhammad dan Ah Deng pula, Yusof.” Ah Wat senyum.

Aku senyum sambil menjeling Ah Deng yang tersipu malu. Ah Deng sama umur dengan aku. Aku juga turut bersyukur dengan penghijrahan pakcik Ah Wat dan anaknya. Selesai makan,kami sama-sama solat isyak berjemaah dan terus menunaikan solat tarawih bersama.

Sebelum pulang,mak sempat bungkus gulai ayam kampung dan kerabu buah beko untuk juadah bersahur nanti. Ayah mula bersalam dengan pakcik Ah Wat dan Ah Deng.

Ayah peluk pakcik Ah Wat. Doa ayah semoga pakcik Ah Wat dan Ah Deng tabah menghadapi ujian hidup dan istiqamah dalam mencari ilmu Allah.

“Ani..panggil je pakcik ni papa! Kan raya ketiga nanti  Ani dan Deng bakal bergelar raja sehari!” Pakcik Ah Wat tersenyum sambil menjeling Ani.

Aku senyum.Terlupa yang aku telah menjadi tunang Ah Deng. Sempat aku jeling Ah Deng.Senyumannya manis, semanis wajahnya yang tenang. Dan tanggal 5 Ramadhan tahun lepas juga pakcik Ah Wat secara berseloroh di depan ayah ingin memetik aku menjadi suri hidup Ah Deng.

Last edited by Ipo on 5-7-2014 01:07 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 01:10 AM | Show all posts
DUA TAHUN berlalu….



“Innalillahiwa’inna ilaihiraaji’un…” Ayah tunduk sambil meraup muka.

“Kenapa ayah?”Aku mula tidak sedap hati bila melihat wajah ayah begitu hiba tapi ada riak syukur dengan tindakan ayah meraup mukanya sebentar tadi.

Aku semakin penasaran. Lauk di hadapan meja ku pandang tanpa selera.  Lauk gulai ayam kampung yang aku masak seperti tidak terusik. Tadi hanya sempat berbuka dengan buah kurma dan segelas air putih.

“Ani..tadi orang Tabung Haji hubungi ayah…papa Ah Wat telah kembali kepada Allah di Mekah masa tengah sujud di depan baitullah ” Suara ayah perlahan melontar berita sedih tentang pemergian ayah mertua ku.

Aku pandang Ah Deng yang masih terpaku mendengar berita pemergian ayah tersayang. Seketika kemudian dia melemparkan senyuman manis.

“Alhamdulillah..akhirnya hajat papa untuk bertemu Allah di sana dimakbulkan Allah.” Ah Deng senyum lagi.

“Abang…abang tak sempat bertemu dengan papa..” Aku mula menitis air mata.

Ah Deng tidak sedikit pun berhiba malah mula menadah tangan dan berdoa semoga arwah papanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

“Hari ini 5 Ramadhan…abang bersyukur pada Allah..tarikh dua adik abang dijemput Allah, kita ditemukan jodoh olehNya dan papa juga dijemput Allah pada tarikh ini..” Ah Deng pandang kalendar yang terletak atas meja kecil.

Nyata 5 Ramadhan memberi sejuta makna di sebalik kejadian dan peristiwa yang dialami oleh Ah Deng dan keluarganya. Dan tanggal 5 Ramadhan juga, Saffiyya lahir ke dunia yang hanya sempat mengenal datuk Ah Wat sekejap cuma. Teringat kata-kata terakhir papa sebelum berangkat ke tanah suci.

“Untuk apa kita dilahirkan? Mengapa kita dilahirkan?..Anakku..kita adalah pinjamanNya..dan kita akan kembali jua padaNya.”

Ah Deng renung lagi kalendar di dinding…hari ini…5 Ramadhan…



Sekian..secebis kisah masyarakat...al fatihah..TAMAT
Last edited by Ipo on 5-7-2014 01:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 08:06 AM | Show all posts
huhuhuhuhuhuhuhu.... beruntungnya insan2 yg mendapat hidayah dr Allah swt... good story Ipo... byk pengajarannnya walaupun dlm versi pendek... Congrats Ipo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2014 02:47 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 7-7-2014 08:06 AM
huhuhuhuhuhuhuhu.... beruntungnya insan2 yg mendapat hidayah dr Allah swt... good story Ipo... byk p ...

dah namanya cerpen..

citer ni untuk bacaan forumer...dah berkisar ramadhan kan..jadinya masuklah contest..
dapat gak tacang penyertaan dari momod je....tq momod..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 07:24 AM | Show all posts
Ipo posted on 8-7-2014 02:47 PM
dah namanya cerpen..

citer ni untuk bacaan forumer...dah berkisar ramadhan kan..jadinya masuk ...

... saya suka cite ni TT... penuh dgn pengajaran...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:17 AM | Show all posts
Sedihnya......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:37 AM | Show all posts
Ipo posted on 5-7-2014 01:10 AM
DUA TAHUN berlalu….

sedihnya... huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2014 12:03 PM | Show all posts
Sedih dan menghiburkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.068981 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list