Jakarta: Seorang juri program menghafaz al-Quran di Indonesia, Hafiz Indonesia, begitu sebak dan kagum dengan bakat seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang mampu menghafaz 29 juzuk al-Quran.
Juri itu Abi Amir Faisol Fath dilihat pergi kepada peserta yang dikenali sebagai Musa itu dan mencium tangan kanak-kanak berkenaan bagi mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafalnya.
Musa yang berasal dari Bangka membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menitiskan air mata apabila mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan juri serta penonton.
Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI malah turut dimuat naik ke YouTube manakala episod membabitkan Musa dimuat naik pada 29 Jun lalu.
JURI Abi Amir (kanan) mengucup tangan hafiz cilik, Musa.
Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya kagum kerana menganggap Allah sendiri memuliakannya biarpun umurnya masih muda apabila jiwanya diindahkan dengan al-Quran.
“Tiada perkataan yang boleh saya ucapkan... Subhanallah.
“Ayah bonda semua, inilah buktinya bahawa sekali pun anak kecil masih sangat lemah kemampuannya, namun kita tunduk dengan kemuliaannya kerana al-Quran maka kerana Allah memuliakannya,” katanya.
Menurutnya, wang kertas tetap bernilai biarpun dipijak kerana manusia telah menetapkan nilai untuk wang kertas.
“Bagi Musa, Allah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda,” katanya. - Agensi
p/s: I sangat terkesan dengan kemampuan adik nie... terkesima ms tgk video rancangan ni... HEBATT..
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 2-7-2014 11:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kan udah di ckp kn bayi cm kain putih ..yg corak la mak pak dia..so semua budak.mampooo
Makpak.je under estimate kemampuan anak
Anak ni mdidik.parenta jgk
Tak caya sila beranak
Pastu nnti kalo.ko usaha nk ajar doa harian kat anak dgn ko ko pon reti same
Hehehehhe tepok dada tanya iman sndr...
itu di indonesia... kalo di malaysia boleh tgk rancangan qari junior tv3... alhamdulillah ade juga budak2 kecil yg pandai mengaji...
mak bapak kene hantar anak2 ni gi sekolah agama ptg... insyaallah boleh budak2 ni hafaz surah2... aku dulu pon boleh hafaz... tp makin membesar makin lupa sbb x amalkan...