View: 7014|Reply: 95
|
[Tempatan]
Bidaan Piala Dunia 2034: Malaysia berminat anjur bersama
[Copy link]
|
|
KEPUTUSAN membida penganjuran Piala Dunia pada 2034 di kalangan negara Asean akan diputuskan pada mesyuarat Menteri Belia dan Sukan Asean, akhir tahun ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dan Asean cuma perlu memberi sokongan.
"Kita akan membuat tawaran kepada negara Asean lain yang berminat untuk bersama dengan kita dalam penganjuran Piala Dunia itu. Negara Asean yang ingin menjadi tuan rumah bersama ini mesti yang berkemampuan sebab penganjuran Piala Dunia ini memerlukan perbelanjaan yang besar," katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Koperasi Zon Selantan 2014 anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Koperasi Persahabatan Seremban Bhd di Seremban, hari ini.
Katanya, walaupun Asean terdiri daripada 10 buah negara, tetapi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) tidak membenarkan kesemua negara itu terlibat.
"Saya difahamkan Fifa hanya membenarkan tiga atau paling maksimum empat negara yang bersedia untuk menjadi tuan rumah bersama di kalangan negara Asean. Oleh itu, kita akan mencari tiga atau empat negara yang sanggup menjadi tuan rumah dan kita akan putuskan hujung tahun ini sama ada buat atau tidak (penganjuran Piala Dunia 2034).
"Negara yang hendak menjadi tuan rumah bersama ini juga mesti yang berkemampuan sebab penganjuran Piala Dunia ini menelan belanja yang tinggi. Jadi, kita kena lihat dari segi kemampuan negara Asean yang ingin menawarkan diri.
"Jadi, kalau ada persetujuan, perkara pertama yang kita akan buat ialah kita buat satu kajian kos. Kajian kos ini akan mengambil masa setahun dan selepas itu, kita akan bentangkan semula di kalangan negara Asean. Dari situ baharulah kita dapat lihat dari segi kemampuannya," katanya.
Khairy berharap Malaysia dapat melayakkan diri ke Piala Dunia pada masa depan memandangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kementerian beliau mempunyai perancangan pembangunan bola sepak negara yang tersusun.
"Kita akan cuba layakkan diri, masih ada masa lagi dan kita sudah memulakan program pembangunan kita. Bagaimanapun, adalah terlalu awal untuk kita membuat ramalan. Jadi, yang penting kita buat bidaan dan dalam masa yang sama kita sediakan pasukan kita," katanya.
Sementara itu, beliau mahukan lebih banyak koperasi belia ditubuhkan di negara ini bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan ahli perniagaan di kalangan belia.
Katanya peluang perniagaan banyak disediakan kerajaan dan satu daripada cara untuk membabitkan diri dalam perniagaan ialah melalui koperasi.
"Saya berharap SKM dapat meningkatkan lagi penerangan dan mengadakan majlis dialog dengan golongan terbabit supaya mereka memahami fungsi koperasi sekali gus berminat menubuhkan koperasi," katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
ranking malaysia berapa???? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tercorot malaysia akan ckp ranking tak penting
kalau ranking naik, tu semua hasil sokongan padu FAM |
|
|
|
|
|
|
|
jika corot toksah mimpi sehingga ranking dah ok...beru fikir nak anjurkn |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada apa yang hebatnya sekadar jadi tuan rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah ultraman memusnahkan stadium di tgganu mungkin diambil kira sbg faktor pro and con jgk |
|
|
|
|
|
|
|
takat masuk utk jadi pasukan belasahan saja baik tak payah |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu sampai malaysia layak ke wc dulu la. Bodoh punya menteri |
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 22-6-2014 08:04 PM
takat masuk utk jadi pasukan belasahan saja baik tak payah
Sila screen capture berita ini. Tahun 2034 kelak kita tampal balik di bod CI
|
|
|
|
|
|
|
|
interesting jugak idea penganjur bersama ni ...i mean menarik ...dari aspek idea je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
team no.1 asia spt Iran pon x mampu menyerlah di peringkat dunia apatah lagi team ranking sampah kampongan hina macam malaysia ni. buat malu ja woi layak atas capacity sbg tuan rumah bersama... |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi tuan rumah tp jd team belasahan buat hapa |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm salah bod..patut parking kat bod lawak jenaka |
|
|
|
|
|
|
|
20 thn lagi....... anak i umur 24 masa tu... mgkin bakal pemain bola negara... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa posted on 22-6-2014 08:52 PM
20 thn lagi....... anak i umur 24 masa tu... mgkin bakal pemain bola negara... huhu
Dah kena start train anak main bola dari sekarang. Kalau umur 16 tahun baru nak start dah terlambat la
|
|
|
|
|
|
|
|
bidaan......
tak menghabiskan duit ka...berapa ratus juta nak membida jadi tuan rumah/menganjur ni?
kalau kita ni hebat dalam sukan ni boleh juga...tak malu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 posted on 22-6-2014 08:57 PM
Dah kena start train anak main bola dari sekarang. Kalau umur 16 tahun baru nak start dah terlamba ...
skrg ke? umur 4thn? hehe... nk train cmne... |
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom posted on 22-6-2014 08:41 PM
team no.1 asia spt Iran pon x mampu menyerlah di peringkat dunia apatah lagi team ranking sampah ka ...
melayu bile brckp cmtu laa. gempak je lbih. prcya jgan |
|
|
|
|
|
|
|
Tingkatkan dlu sukan bola sepak kita... |
|
|
|
|
|
|
| |
|