CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1767|Reply: 0

[Tempatan] Syabas pantau ujian kualiti air

[Copy link]
Post time 17-6-2014 12:59 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd(Syabas) memperketat pemantauan dan ujian terhadap kualiti air terawat yang dibekal loji rawatan air melebihi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred, dalam satu kenyataan, menyebut hal ini berikutan terdapat air lombong disalur ke Sungai Selangor yang membekalkan air mentah kepada tiga Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3.




Sehubungan itu, Syabas memperluas jenis ujian parameter dalam kandungan air terawat melebihi ketetapan yang ditentukan kementerian manakala kekerapan ujian juga dipertingkat kepada sekali dalam tempoh tiga hari.

Kawalan kualiti air terawat yang dibekal kepada pengguna dilakukan dalam tiga peringkat iaitu kawalan kualiti air mentah sebelum dirawat, kawalan kualiti air terawat selepas proses rawatan dan kawalan kualiti air terawat dalam sistem agihan kepada pengguna.

Pemantauan dan ujian kualiti air dilakukan di 700 rangkaian sistem agihan dan premis pengguna.

Dalam pada itu, Syabas memberi jaminan kualiti bekalan air terawat yang diagih kepada pengguna masih kekal selamat dan mematuhi piawaian ditetapkan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.061247 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list