CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9565|Reply: 7

Ford Ecosport 2014

[Copy link]
Post time 15-6-2014 02:40 PM | Show all posts |Read mode


Model terkini dari jenama terkenal Ford muncul pada tahun 2014 ini dengan kenderaan jenis SUV yang dinamakan Ford Ecosport 2014. Bukan sengaja kenderaan tersebut diberi nama Ecosport, kerana kenderaan ini dikhaskan untuk masyarakat kota yang suka mengembara dan kenderaan ini mempunyai design yang sporty. Kenderaan SUV baru ini direka dengan teliti oleh 16 pakar automotif untuk menghasilkan kenderaan SUV yang sesuai permintaan pasaran terkini yang moden dan sporty. Ford Ecosport 2014 dijual melalui pasaran antarabangsa dan Malaysia  termasuk salah satu target dari pemasaran yang terbesar dari Ford, kerana  syarikat dari Amerika Syarikat ini tahu begitu banyak pelanggan Malaysia  yang sangat menyukai kenderaan bergaya SUV.


Ford EcoSport 2014 ini direka dengan menampilkan design yang sangat sporty dan beberapa aksesori canggih yang berada di dalamnya. Kenderaan yang mampu memuat 5 penumpang ini mengambil bentuk designya dari model Fiesta. Beberapa bahagian mempunyai bentuk mirip dengan Fiesta namun tentunya Ford membuat model Ford EcoSport 2014 ini tampil lebih garang, hebat, dan berbeza dari model sebelumnya.

Model SUV ini adalah kenderaan kompak yang sedia mengharungi pelbagai laluan dengan lancar.Jika memandu di kawasan bandar pun kenderaan ini akan nampak gagah dan menarik kerana di dalam Spesifikasi Ford EcoSport 2014 ini unsur aerodinamik sangat sepadan dengan adanya kaca depan yang melandai. Bentuk bumber depannya pun tampak berani dan ekslusif dengan design headlamp yang membujur. Pada bahagian belakang dari Spesifikasi EcoSport 2014 anda dapat lihat ruangan tayar besar yang akan memberikan kesan bahawa kenderaan ini adalah kenderaan pengembara sejati.Ukuran ruangan yang cukup besar dari kenderaan ini juga akan membuat kenderaan ini dengan mudahnya mengharungi jalan yang kasar.

Untuk bahagian interiornya. dari Spesifikasi Ford EcoSport 2014 ini menyediakan pelbagai aksesori canggih yang akan memberi keselesaan kepada 5 penumpang didalamnya. Dengan adanya Hill Launch Assist yang akan membantu pemandu ketika parking kenderaan dan membantu pemandu untuk melepasi halangan. Selain itu kenderaan ini juga dilengkapi denganFord Sync with Voice Control dimana peralatan hiburan dari kenderaan ini sesuai dengan pelbagai gadget. Dibahagian hadapan pula pemandu akan mengunakan Power Steering Electric dimana peralatan tersebut akan meringankan putaran pusingan dan beban kerja dari bahagian bawah. Terdapat juga Smart Keyless Entry bersama dengan Ford Power Start yang merupakan peralatan khas dari Ford yang akan menambah kelebihan dari Spesifikasi EcoSport 2014 ini.

Untuk bahagian enjinnya, Spesifikasi Ford EcoSport 2014 ini mengunakan enjin berkeupayaan 1500cc dengan tipe 1.5L Ti-VCT yang mempunyai 4 silinder di dalamnnya yang mampu menghasilkan tenaga maksima 110 PS dan torsi yang boleh dihasilkan adalah 142Nm. Selain itu kenderaan ini mengunakan transmisi automatic  teknologi Ford Powershift 6 kelajuan yang membuatkan lebih pecutan

Kelebihan Ford EcoSport 2014 ini boleh dilihat dengan keupayaan kenderaan SUV ini yang mampu untuk mengharungi laluan air sedalam 550mm. Kedalaman tersebut tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan SUV lain. Selain itu kenderaan ini sangat fleksibel dari segi sambungan dengan adanya Ford Sync with Voice Control yang sudah kami paparkan di atas. Teknologi Ford Powershift 6 kelajuan akan membuat kenderaan ini lebih menjimatkan bahan bakar. Kelebihan EcoSport 2014 lainnya adalah kenderaan ini memiliki kedudukan pemanduan yang lebih tinggi,sehingga memudahkan pemandu untuk mengawal kenderaannya. Ruangan yang luas  untuk 5 penumpang juga akan menjadi faktor penentu untuk keselesaan kenderaan ini.

Pihak Ford sendiri menjanjikan Kelebihan Ford EcoSport 2014 ini dengan berbagai aksesori canggih dan menarik di dalamnya yang menyediakan keselamatan,keselesaan,kualiti, dan nilai untuk sebuah kenderaan SUV dengan maksima. Lebih menarik tentang Ford EcoSport 2014

Last edited by pfiza on 15-6-2014 02:46 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2014 06:45 PM | Show all posts
Sape yang berkenan leh la beli ya, boleh tahan juga kelebihannya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 07:15 PM | Show all posts
cun tp kena jual sebelum warranty tamat...ford after market kureng kat mesia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2014 10:46 PM | Show all posts
dualchicks posted on 21-6-2014 07:15 PM
cun tp kena jual sebelum warranty tamat...ford after market kureng kat mesia...

tapikan tgok tul2 kete ford payah nak jumpa yg buruk kat jalan..ke mana ya

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 07:35 PM | Show all posts
pfiza posted on 21-6-2014 10:46 PM
tapikan tgok tul2 kete ford payah nak jumpa yg buruk kat jalan..ke mana ya

betul betul...hihi kalau keta honda..dr 1st gen sampai sekrg masih ada jer kat atas jln...xyah buat muzium
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 11:21 PM | Show all posts
Mungkin kete ford ada tempoh pakai kot he2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2014 05:34 PM | Show all posts
after sales je yang agak suck
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 11:09 PM | Show all posts
beli jgn x beli, janji puas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.293213 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list