CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3244|Reply: 22

[Tempatan] Operasi selamat gelandangan Julai

[Copy link]
Post time 12-6-2014 08:02 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menjalankan operasi menyelamatkan golongan gelandangan di sekitar ibu negara bermula awal Julai depan.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, operasi itu dijalankan berikutan masih terdapat ramai gelandangan di sekitar Kuala Lumpur sehingga menjejaskan imej baik negara sebagai kawasan tumpuan pelancong asing.

“Semua gelandangan yang ditahan nanti akan ditempatkan di Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh di sini dan beberapa pusat lain di sekitar Selangor.

“Tindakan ini diambil bukan untuk menghukum, sebaliknya melindungi mereka yang tidak sepatutnya tinggal di jalanan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh di Sri Damansara di sini semalam.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2014 08:19 AM | Show all posts
bagus la ada usaha...at least tak membahayakan mereka dan orang sekitar...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 08:23 AM | Show all posts
bagus la, good effort dari kerajaan... kesian jugak tengok gelandangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 09:00 AM | Show all posts
org gelandangan yang PATI tu hantar je balik negara depa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 09:03 AM | Show all posts
ada gak gelandangan yg bekerja,tp tak mampu byr sewa dan kos tinggi di bandar..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 09:11 AM | Show all posts
Jgn setakat letak kat pusat tu 3 bulan ke 6 bulan.. pastu keluar dan kembali bergelandangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2014 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Gelandangan tu aku rase patot diberi kerja dpd kerajaan sibuk gajikan pendatang asing. Tp kalau dah dorang ni pemalas nak cari rezeki, keje nak makan suap je, baik kasi tembak je :lol
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 09:42 AM | Show all posts
jujurin gelandangan ni memang malas kerja pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2014 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
zazazieglers posted on 12-6-2014 09:13 AM
Gelandangan tu aku rase patot diberi kerja dpd kerajaan sibuk gajikan pendatang asing. Tp kalau dah  ...

Anya rasa sebab mereka malas...
Pergi ke melaka dan naik beca.....anya sembang2 dengan lelaki yang kayuh beca itu.. dalam mid 20's gitu...
anya cakap mesti penat kan dek mengayuh beca dari pagi sampai malam....dia kata....ehh takde kak, saya ada kerja tetap... bawak beca nih side income lepas kerja... mula pukul 6.00 gitu...
Anya kira2 kalau satu trip 25 hengget... 4 trip dah seratus 1 petang... tak kira weekends lagi... anya kagum juga sebab dia rajin... bukan macam ramai anak muda yang pemalas... tapi nak lepak starbuck dgn secawan kopi 14 hengget sesambil marah2 kerajaan tak adil...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 09:55 AM | Show all posts
zazazieglers posted on 12-6-2014 09:13 AM
Gelandangan tu aku rase patot diberi kerja dpd kerajaan sibuk gajikan pendatang asing. Tp kalau dah  ...

setujuin setujuin.... bagi keje ke latih dorang bekerja ke hah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:01 AM | Show all posts
Herlina posted on 12-6-2014 09:11 AM
Jgn setakat letak kat pusat tu 3 bulan ke 6 bulan.. pastu keluar dan kembali bergelandangan.

tu dah semestinya....takkan nak bagi perlindungan spai tua kot....klau rakyat sendiri ok lagilah..tapi klau yg pendatang ni......adoiiiiiiiiiiiiiii..nak kena sara dia org plak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:03 AM | Show all posts
~anya~ posted on 12-6-2014 09:50 AM
Anya rasa sebab mereka malas...
Pergi ke melaka dan naik beca.....anya sembang2 dengan lelaki yan ...

yg pasal kerajaan tu i taknak komen. sbb i penyokong pkr kekdahnye. tp betol ckp u. sikap pemalas tu yg kne buang. kat kampung i ni ade lah seorang brader ni. prg panggil die brader rm2 sbb habit die suke pegi kat org mtk rm2. die ni bukan gile pun. abg die yg gile. so heols amek kesempatan jd gile. pernah sekali die dtg kat mak i, mintak rm2. mak i sound ckp badan kuat, sihat pergi kerja sane. ade duet beli rokok. terus brader tu kalau nampak mak i lari jaoh2. haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:04 AM | Show all posts
lucky_peace posted on 12-6-2014 09:55 AM
setujuin setujuin.... bagi keje ke latih dorang bekerja ke hah..

tapi kalau diorang dah jenis pemalas, semua nak bersuap pun tak gune jugak. pegi mati lagi baik
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:09 AM | Show all posts
zazazieglers posted on 12-6-2014 10:04 AM
tapi kalau diorang dah jenis pemalas, semua nak bersuap pun tak gune jugak. pegi mati lagi baik:di ...

tu tugas jawatan kuasa tu tuk pantau... so dari situ dorg boleh buat analisis berapa percent yg keluar dari pusat tu betol2 boleh bawak diri... kalau hasilnya rendah, dorang perlu ubah modul yang dorang gunakan dalam pusat tu.... hah gituh.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:10 AM | Show all posts
kesian, dah la gelandangan miskin tak ada tempat tinggal dan tak cukup makan pakai kena tuduh lagi pemalas... padahal yg diorg perlukan hanyalah guide dan support daripada pemerintah dan orang ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:33 AM | Show all posts
bagus2...tambah2 golongan yg trdesak, ptt bg prlindungn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2014 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Herlina posted on 12-6-2014 09:11 AM
Jgn setakat letak kat pusat tu 3 bulan ke 6 bulan.. pastu keluar dan kembali bergelandangan.

Rasa aku tak sampai 3 bulan ada aja nanti golongan gelandangam ni pilih untuk keluar sendiri...

Pengalaman menolong homeless people buat aku fikir macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:44 AM | Show all posts
apakah itu gelendangan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:47 AM | Show all posts
gelandangan dan pemalas.. berpisah tiada

p/s: takde org nak bekap ke gelandangan ni.... haritu bukan main
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:51 AM | Show all posts
tapi tolong jangan jadikan "memberi imej buruk di mata pelancong asing" sebagai sebab utama.
adakah warga negara Malaysia tak berhak untuk pemandangan yang cantik dan bersih dari gelandangan?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.733973 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list