View: 2755|Reply: 6
|
[Tempatan]
9 lagi hospital baru under KPJ
[Copy link]
|
|
KPJ Healthcare Bhd (KPJ) memantapkan lagi kedudukannya dalam bidang perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta dengan rancangan pembinaan sembilan hospital baharu dalam tempoh empat tahun membabitkan pelaburan sehingga RM800 juta.
Pengerusinya, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, berkata KPJ akan menjalankan rancangan pengembangan agresifnya yang berterusan dalam usaha memenuhi sasaran pertumbuhan jangka sederhana dan jangka panjang, sekali gus meletakkannya sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia.
Katanya, setakat ini KPJ menguasai kira-kira 30 peratus pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta di negara ini dan menyasarkan untuk meningkatkannya kepada 40 peratus menjelang 2017.
“KPJ melaksanakan strategi pertumbuhan agresif membabitkan pelbagai pelaburan, termasuk bagi pembinaan hospital baharu atau mengambil alih bangunan sedia ada dan mengembangkan penawaran KPJ Healthcare University College (KPJUC.
“Selain itu, KPJ juga meningkatkan pelaburan dalam operasi dan teknologi berkaitan pendidikan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KPJ di Johor Bahru, semalam.
Kamaruzzaman berkata, penambahbaikan rangkaian hospital KPJ juga akan terus dilaksanakan bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang ditawarkan dengan pengalaman lebih 30 tahun terus dipelihara.
Katanya, kini KPJ beroperasi menerusi 24 cawangan hospital hampir di setiap negeri selain mempunyai pelaburan strategik di Indonesia, Australia, Thailand dan Bangladesh.
“Kami menyasar untuk membuka minimum dua cawangan hospital KPJ setahun dengan KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital dengan 120 katil dijadualkan pembukaan operasinya tahun ini.
“Ia disusuli dengan pembukaan KPJ Perlis dan KPJ Pahang tahun depan serta di Bandar Dato Onn Johor Bahru yang juga dalam perancangan kami,” katanya.
Sementara itu Presiden dan Pengarah Urusan KPJ, Amiruddin Abdul Satar, berkata KPJ mencatatkan pertumbuhan 11 peratus tahun lalu, yang meraih pendapatan sebanyak RM2.33 bilion berbanding RM2.10 bilion pada 2012.
Katanya, kejayaan itu dicapai di sebalik persekitaran perniagaan yang lebih mencabar serta pelaksanaan lebih banyak dasar mesra pelabur dan insentif diperkenalkan oleh kerajaan.
“Sebahagian besar pendapatan KPJ tahun lalu disumbangkan daripada operasi perniagaan tempatan yang menyumbang 88 peratus kepada jumlah pendapatan.
“Bagaimanapun, sumbangan operasi luar negara dijangka menyumbang dengan ketara dalam tempoh beberapa tahun ini, terutama pelaburan kami di Indonesia yang memberikan pulangan yang baik,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
x lama lagi KPJ jadi second GH la |
|
|
|
|
|
|
|
Kpj perda kat bm tu sokmo full..memg nak sama ramai dgn gh dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
korang pernah ada masalah ngn KPJ tk??? cite sikit...kawan aku dari melaka dia pegi ke KPJ untuk besarkan anu dia..makin kecik pulop kate die |
|
|
|
|
|
|
|
kos dekat kpj berlainan antara kpj2 lain. mcm kos bersalin kpj ipoh lagi murah dr kpj selangor.lbh kurang seribu lbh gk. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi laku lah agen2 insuran menjual insuran...boleh masuk hospital kpj ni |
|
|
|
|
|
|
|
kpj best... tapi harga setiap hospital kpj memang lain-lain..
room pun x same rates.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|