|
Gara-gara mewarnakan rambut hitam­nya kepada perang, bekas anggota kumpulan Elite yang juga pelakon Sasha Saidin turut menerima kecaman dan kritikan dari peminat di blog dan laman sosial yang menganggap imej barunya itu pelik dan tidak sesuai dengan dirinya.
Ramai peminat yang ingin tahu kenapa model ber­darah kacukan Melayu-Inggeris itu berani mewarnakan rambutnya sedemikian rupa, sekali gus mengikut jejak adiknya, pelakon Zain Saidin yang terlebih dulu berbuat demikian.
Sebelum ini, rambut perang Zain yang juga suami kepada Rozita Che Wan atau Che Ta pernah dikecam peminat sehingga menjadi punca pelakon jelita itu mengamuk di laman sosial Instagram.
Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Sasha Mohd Saidin mengakui dia ada alasan tersendiri untuk mewarnakan rambutnya kepada warna perang itu.
“Sebenarnya, saya memutuskan untuk mewarnakan rambut kepada perang kerana ingin memenuhi tuntutan watak dalam drama sebelum ini. Saya ditawarkan watak wanita ‘mat salleh’ dan watak itu memerlukan saya berambut perang.
“Namun selepas mewarnakan rambut kepada perang, saya tidak jadi berlakon dalam drama itu kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan,” katanya.
Sasha ditemui di majlis pesona unggul SK-11 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini. Artis lain yang turut memeriahkan majlis ialah jurucakap SK-11, penyanyi popular, Fauziah Latiff, Dynas Mokhtar dan Norish Karman.
Mengulas dakwaan segelintir pihak yang menganggap penampilan rambut barunya itu pelik, Sasha berkata, dia bersedia menerima apa saja kritikan.
“Saya sudah sekian lama berkecimpung dalam bidang seni dan sudah melalui pelbagai ujian sebagai anak seni sebelum ini. Setiap individu ada pandangan mereka sendiri dan saya tidak boleh menghalang cakap orang kerana itu hak masing-masing.
“Apa yang penting, saya selesa dengan penampilan rambut perang ini. Saya juga mewarnakan rambut kepada warna perang di salun Ridzo Okumura milik seorang rakan di Subang, baru-baru ini.
“Bukan saja mewarnakan, saya juga membuat rawatan rambut di situ, sekali gus pelanggan tetap salun berkenaan. Saya juga puas hati dengan perkhidmatan disediakan dan harga dikenakan juga berpatutan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RambutperangSashabersebab/Article/index_html
iols pon nak blonde rambut la... atas tuntutan watak uols!
Last edited by RatuDunia94 on 11-6-2014 11:01 AM
|
|