View: 3540|Reply: 18
|
[Jenayah]
RM7.2 juta pil kuda dirampas di Kelantan
[Copy link]
|
|
Rogol kat Kelantan...dadah pun kat Kelantan gak..
Ayam macam mana plak?...tak ada tangkapan dibuat ka?.
RM7.2 juta pil kuda dirampas di Kelantan
Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN
KOTA BHARU 3 Jun - Rampasan dadah jenis WY atau pil kuda di negeri ini meningkat sebanyak 146 peratus dengan nilai rampasan berjumlah RM7.2 juta sepanjang Januari hingga Mei lalu berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jumlah rampasan itu menunjukkan peningkatan ketara berikutan pihaknya kini memberi tumpuan untuk menumpaskan sindiket pengedaran pil kuda di negeri ini.
“Sepanjang tempoh lima bulan ini, kita berjaya merampas pil kuda bernilai RM7.2 juta berbanding RM2.9 juta bagi masa sama pada tahun lalu.
“Jumlah tangkapan bagaimanapun menunjukkan penurunan iaitu 6,144 orang sepanjang tempoh lima bulan pertama ini berbanding 6,253 orang untuk masa sama pada 2013.
“un begitu, jumlah tangkapan pengedar dadah sepanjang Januari hingga Mei lalu meningkat sebanyak 51 peratus iaitu kepada 397 orang berbanding 254 orang bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri antara Supritendan Amran Ramli dan Pemangku Supritendan Mit Emong di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140603/je_04/RM72-juta-pil-kuda-dirampas-di-Kelantan#ixzz33ZIbVycF
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
engko dah balun/rembat rumah2 PPRT..pe kata rembat pulak bisness pil kuda?
|
|
|
|
|
|
|
|
sumber berita? paper yang dah pemes duk masuk kluo court jah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Untung pengeluar..lepas ni buat lgi byak |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan Hamzah dah bebas dari pelacur siam lum?.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayam byk kt negeri smbilan kah???? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 3-6-2014 06:28 PM
Jalan Hamzah dah bebas dari pelacur siam lum?.
Pocit AN dah lama tak pegi kelantan ni..
.saya bleh belikan tiket pergi balik...sehala RM69 je...
|
|
|
|
|
|
|
|
jengkoil posted on 3-6-2014 08:56 PM
Pocit AN dah lama tak pegi kelantan ni..
.saya bleh belikan tiket pergi balik...sehala RM69 je. ...
wat rugi beli tiket bas kat kaki rembat rumah PPRT ni..baik sedekah kat anak2 yatim jah...lembooooo celaka ni otak dah tepu....
|
|
|
|
|
|
|
|
stania83 posted on 3-6-2014 09:00 PM
apa fungsi pil kuda nih?
utk jadi kuda...makan sebijik..terus tuko jadi sekor kuda..tapi kena niat dulu..nak jadi kuda padi kaaa..kuda lumba kaaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 3-6-2014 09:00 PM
wat rugi beli tiket bas kat kaki rembat rumah PPRT ni..baik sedekah kat anak2 yatim jah...lemboooo ...
Tiket firefly ni rm69..sian la warga emas naik bas 8-9 jam...kebas bontot nanti..
awal subuh..kita bwk dia pegi semayang subuh kat mesjid pulau melaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
jengkoil posted on 3-6-2014 09:10 PM
Tiket firefly ni rm69..sian la warga emas naik bas 8-9 jam...kebas bontot nanti..
awal subuh..k ...
sanggup ke dia jejak kaki kat rumah TGNA? rasa2 bagi pree pon..x kan dia nak jejak...mungkin sepanjang perjalanan flight kaaa...naik teksi kaaa...mulut tuo celaka dia asyik duk ratib - nik ajis..nik ajis....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila tok guru nak tukaq
Serambi Mekah kepada Serambi Macai ? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 3-6-2014 06:28 PM
Jalan Hamzah dah bebas dari pelacur siam lum?.
gambar kat mana tu??
|
|
|
|
|
|
|
|
knp lembooooooo2 ni x bley stop dari ratib2 nik ajis nik ajis..ratib le MB Kelate yg baru tu.....x pon ratib timbalan dia..amar tu..kerana TGNA ni tegas dan payah nak dipergunakan kot....tu melompat2 mcm sawan jah.... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 AN tau ya..siap gan script lg..pdan la rating cepat naik..asyik bkak bnang baru aja.
|
|
|
|
|
|
|
|
jengkoil posted on 3-6-2014 08:56 PM
Pocit AN dah lama tak pegi kelantan ni..
.saya bleh belikan tiket pergi balik...sehala RM69 je. ...
jadi maksudnya masih bersepah ayam kat KB ka?..
|
|
|
|
|
|
|
|
stania83 posted on 3-6-2014 09:00 PM apa fungsi pil kuda nih?
Pil Kuda
Click Here To Zoom
Pil Kuda (Methamphetamine - dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara.
Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit Psikotik - hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau.
Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.
Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkat
Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg kekal.
Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di antaranya adalah :
1. Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera
2. Serbuk Kaca Kalimantang
3. Pencuci lantai
4. Klorox
5. Ubat Nyamuk
6. Abu tulang manusia yg dibakar
Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan ‘dapur’ & asap yang keluar disedut.
Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.
Jadi tidak hairanlah mengapa terdapat kes-kes pemandu lori & bas ekspress yang ditahan positif pil kuda. Semuanya kerana ingin memaksa badan supaya sentiasa cergas & dapat berjaga untuk memandu di malam hari.
Menghisap pil kuda tidak mengkhayalkan tapi menyebabkan penagih akan berasa seperti ‘Superhero’. Rajin yang luar biasa, otak jadi pickup, cakap banyak dan tekun dalam buat sesuatu kerja.
Kepada mak bapak, jangan gembira sangat kalau tengok anak rajin sangat buat kerja. Sebelum ni kalau pemalas, tiba2 je jadi rajin tgh sapu sampah depan rumah pukul 2-3 pagi!! PELIK!! Buat ‘spotcheck’ dalam beg sekolah, pakaian dan bilik tidur.
Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.
Terdapat kes di mana penagih dalam pengaruh kesan pil kuda merogol adiknya sendiri - BERITA
Dalam kepala memikirkan seks jer..dikatakan juga pil kuda dapat memberikan seseorang itu melakukan hubungan seks dengan tempoh yg cukup panjang tanpa berasa letih. Sebab tu ia dipanggil pil kuda..penagih akan menjadi lalok & galak seperti kuda..
Ramai pelajar mengambil pil kuda kerana ia dikatakan boleh meningkatkan prestasi pembelajaran terutama ketika musim peperiksaan. Ia dikatakan membolehkan seseorang pelajar berjaga sepanjang malam untuk belajar tanpa rasa letih dan mengantuk.
Walaupun seseorang merasakan yang dengan tenaga berlebihan ini, dia boleh terus membaca, tetapi hakikat sebenarnya, tidak ada apa-apa ilmu yang diperoleh kerana apa yang dibaca tidak akan kekal dalam ingatannya.
Kesan Pil kuda:
1. Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik
2. Halusinasi - lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud
3. Delusi - kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang
4. Meth mouth –kerosakan pada gigi
5. Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak
5. Sawan,tegang otot,menggeletar
Gigi seorang penagih pil kuda tegar
Permasalahan akibat pil kuda :
SOALAN :
LEBIH sembilan tahun lalu, saya terbabit dengan penggunaan pil kuda. Ketika mengambil dadah itu, nafsu seks saya amat kuat sekali hinggakan tiap-tiap hari saya melakukan onani selepas menonton cerita lucah.
Lama-kelamaan saya menjadi ketagih onani. Kesan sekarang ialah air mazi saya sangat mudah keluar walaupun zakar tidak tegang. Zakar saya sekarang menjadi lemah dan tidak tegang seperti dulu.
Untuk pengetahuan doktor, sekarang saya 100 peratus bebas dari pengaruh pil kuda. Umur saya sekarang 25 tahun, masih bujang dan akan berkahwin tahun ini. Tolong nasihatkan saya dari segi rawatan atau pengambilan ubat yang sesuai supaya zakar saya dapat kembali tegang seperti dulu demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
JAWAPAN :
SAUDARA, masalah ketegangan zakar yang anda alami adalah kesan sampingan dari pengambilan pil kuda sejak lebih sembilan tahun lalu. Apa yang terjadi ialah pil kuda akan menyebabkan keadaan di mana saluran darah pada bahagian batang zakar menjadi kecil (vaso konstriksi). Akibat dari itu, akan berlaku kekurangan pengaliran darah ke batang zakar dan seterusnya menyebabkan zakar tidak menjadi tegang seperti dulu.
Saya sendiri tidak pasti kandungan sebenar pil kuda. Tetapi sebahagian besar kandungannya ialah methamphetamine. Methamphetamine adalah sejenis dadah psychostimulant atau dadah perangasang yang dilarang penggunaannya selain untuk tujuan perubatan.
Dadah ini akan memasuki otak dan menghasilkan tindakan yang menyebabkan terjadinya rembesan dopamine dan norepinephrine. Pengeluaran kedua-dua kimia ini di dalam badan akan menyebabkan seseorang merasa sangat teruja (intense euphoria) dan merasakan beliau mempunyai tenaga berlebihan (enhancing effect on energy).
Dari segi kesan seksual pula, ia akan menyebabkan seseorang merasakan dia mempunyai libido yang tinggi serta boleh melakukan hubungan seksual dalam masa yang panjang. Ia merencat proses pancutan air mani dan seseorang yang mengambil pil ini tidak akan mendapat klimaks atau orgasma. Sebab itulah, hubungan seks boleh diteruskan pada tempoh masa yang panjang.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan ia juga akan menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. Ini seterusnya membawa kepada hubungan seksual yang tidak selamat; tidak menggunakan kondom; kadang kala boleh menjadi ganas dan kasar.
Ada kes di mana berlaku kecederaan pada zakar, rectum dan vagina akibat perlakuan seksual di bawah pengaruh dadah ini. Kesan jangka masa panjang adalah mati pucuk atau erectile dysfunction dan kehilangan libido.
Dadah ini juga boleh mempengaruhi fungsi pundi kencing. Kesan sampingannya adalah pundi kencing akan mengalami irritasi dan inflamasi. Akibatnya, seseorang itu akan merasa hendak membuang air kecil yang kerap.
Dalam beberapa kes yang saya rawat, pesakit perlu ke tandas setiap 15 minit hingga 30 minit. Proses pembuangan air kecil juga akan menjadi sakit dan pedih. Ada juga berlaku masalah pengeluaran air kecil yang tidak terkawal hingga penderita perlu memakai pampers walaupun berusia baru awal 20-an.
Kesan jangka masa panjang pada pundi kencing adalah pundi kencing akan menjadi berparut dan kapasitinya menjadi amat kecil .Rawatan untuk kes seperti ini adalah amat sukar dan mungkin memerlukan pembuangan pundi kencing secara pembedahan.
Kesan seperti ini juga dapat dilihat dengan penggunaan dadah jenis ketamine yang semakin popular di kalangan remaja. Dadah ini juga adalah adalah sejenis dadah yang boleh menimbulkan ketagihan dan simptom withdrawal akan terjadi jika dadah itu tidak diambil.
Sekiranya tidak diambil, dadah ini juga akan menyebabkan seseorang itu mengalami anhedonia iaitu tidak ada lagi perasaan gembira atau kenikmatan dalam hidup.
Selain dari itu, ada beberapa lagi kesan sampingan akibat pengambilan pil kuda ini.
Ini termasuk:
- Kerosakan pada gigi yang dikenali sebagai meth mouth. Ini terjadi akibat dari penurunan pengeluaran air liur, tabiat menggerudi gigi dan menggigit gigi secara tidak sengaja dan juga penjagaan gigi yang tidak teratur oleh penagih. Mereka juga kerap mengambil air yang berkabonat dan manis akibat dari perasaan dahaga yang terlampau kesan dari dadah ini.
- Kesan psikologi seperti ganas; cepat marah (irritable); tidak boleh tidur (insomnia); tidak dapat rehat (restless); paranoia; hallusinasi dan psikosis.
- Kesan kardiovascular iaitu tekanan darah rendah; degupan jantung yang cepat dan pening (dizziness).
- Kesan pada sistem saraf iaitu sakit kepala; sawan (convulsion); ketegangan otot dan menggeletar.
- Kesan-kesan lain seperti hilang selera makan; penglihatan yang kabur; diarrhea; kulit menjadi kering dan kasar; masalah jerawat dan pada dos yang tinggi, ia boleh membawa maut akibat serangan sakit jantung.
Jika dilihat pada kesan sampingan yang tersenarai di atas, saya merasakan tindakan saudara berhenti mengambil pil kuda adalah tindakan yang amat baik.
Untuk mengatasi masalah mati pucuk yang saudara hadapi, saya menasihatkan saudara berjumpa dengan pakar urologi. Ini kerana masalah saudara boleh dipulihkan dengan menggunakan ubat PDE5 inhibitor seperti Viagra, Cialis atau Levitra. Ubat ini bertindak dengan membesarkan saluran darah ke batang zakar dan memulihkan kembali masalah ketegangan zakar yang anda hadapi.
Kepada pembaca yang masih mengamalkan pengambilan pil kuda atau sebarang yang dikatakan boleh menguatkan nafsu seks, saya nasihatkan anda berhenti dari mengambil pil berkenaan.
Ini kerana ada pelbagai kesan sampingan dari pengambilan pil ini. Dari segi pandangan perubatan moden, masih tidak ada lagi pil yang boleh meningkatkan nafsu seks di pasaran yang selamat untuk digunaka
Sumber asal : http://laman-seri.blogspot.com/2010/...-pil-kuda.html
|
|
|
|
|
|
|
|
dopey posted on 3-6-2014 10:36 PM
mcm2 AN tau ya..siap gan script lg..pdan la rating cepat naik..asyik bkak bnang baru aja.
tahu pasal apa?...ayam ka?..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|