CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1805|Reply: 13

[Tempatan] Isu bini SIAM

[Copy link]
Post time 28-5-2014 06:20 AM | Show all posts |Read mode
Selama 27 tahun mereka mendirikan rumah tangga, pasangan warga tempatan yang berkahwin dengan warga Thailand terbeban kerana perlu ke negara jiran untuk memperbaharui cop lawatan pasportnya sebelum diberi kebenaran masuk semula ke Malaysia.

Suami warga tempatan, Rahmad Md Din, 56, berkata, permohonan telah pun dibuat untuk mendapatkan pengesahan perkahwinan mereka yang berlaku di Thailand kepada Pejabat Agama Daerah Langkawi selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, penantian itu sudah memakan masa hampir 26 tahun, selepas tahun ketiga perkahwinan dia sekali lagi ke pejabat agama tetapi permohonan tersebut masih dalam proses.

“Perkara ini berlanjutan sehingga tahun ketujuh perkahwinan dan selama itulah kami terpaksa berulang alik ke negara jiran untuk mengesahkan semula kemasukan isteri saya ke Malaysia.

"Jawapan yang diterima cukup menyedihkan apabila segala dokumen yang dihantar kepada pejabat tersebut didapati hilang kerana mereka berpindah ke pejabat baru,” katanya ketika ditemui media di kedai makan yang diusahakan oleh isterinya, Jehlimah Chamnanphoh, 46.

Menurutnya lagi, pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan pengesahan pejabat agama selepas diarahkan kembali ke Saturn, Thailand bagi mendapatkan semula dokumen yang hilang tersebut di Pejabat Agama Islam Wilayah Satun.

"Tapi hingga sekarang ia masih belum dapat diselesaikan dan pihak terbabit hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada langsung tindakan diambil untuk membantu menyelesaikan masalah ini," katanya.

Jehlimah berkata, dia terima dengan reda kesulitan itu dan memohon pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

"Hampir setiap bulan selama ini saya terpaksa berulang alik ke sempadan Thailand bagi membolehkan saya bersama anak-anak dan keluarga di Langkawi.

"Selain itu bebanan yang dirasai adalah kos yang terpaksa dikeluarkan semasa berulang alik. Dianggarkan RM250 atau lebih terpaksa dibelanjakan ketika berulang-alik ini termasuk kos penginapan, pengangkutan dan sebagainya,” katanya.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan berumur di antara 16 hingga 25 tahun dan kesemuanya adalah rakyat Malaysia.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 06:40 AM | Show all posts
pahem pehem le ...siapo memerintah selama neh ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:47 AM | Show all posts
cer kawin dgn indon, mesti cepat dapat ic dan layak mengundi dgn segera.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:48 AM | Show all posts
jabatan gome ni mmg terkenal dgn ketidak effisyen diorang....

yg dok kat putrajaya or Klang valley ok lagi...

yg state lain dan daerah... still mcm tuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Government la katakn.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 07:42 AM | Show all posts
cam hampeh...benda senang deme jugak yang menyukarkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2014 07:44 AM | Show all posts
kesian pakcik nie,kena p mengamuk kat pendaftaran bawa dokumen lengkap setiap ari,comfirm dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 07:48 AM | Show all posts
penangan pompuan siam.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 07:49 AM | Show all posts
kalo indon senang..maklumlah..menteri keturunan seberang.......sedangkan patani tu lah byk keturunan di pantai timur
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya unit yg paling cekap adalah unit pencegah maksiat
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 07:59 AM | Show all posts
ultra78 posted on 28-5-2014 07:54 AM
Rasanya unit yg paling cekap adalah unit pencegah maksiat

ko tak tau kaa tangkap org khalwat paling byk pahala?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 08:02 AM | Show all posts
the_killer posted on 27-5-2014 11:49 PM
kalo indon senang..maklumlah..menteri keturunan seberang.......sedangkan patani tu lah byk keturun ...

kasihan JAKUN....

bila la depa nk jadi PM

depa PERIBUMI tu......................bukan pendatang


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 08:06 AM | Show all posts
nak cepat approve pokcik kenalah hulur duit kopi kat kedua2 jabatan agama tuh. terus permohonan pakcik lulus.yg mana file kata hilang dah jumpa. standard jawapan dari pekerja jabatan kerajaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 08:08 AM | Show all posts
DianKdeja posted on 28-5-2014 12:06 AM
nak cepat approve pokcik kenalah hulur duit kopi kat kedua2 jabatan agama tuh. terus permohonan pakc ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.067883 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list