View: 4818|Reply: 32
|
[Tempatan]
Kos stesen minyak baru sekitar RM2 juta
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) menjangkakan mampu mencapai penguasaan pasaran sehingga 35 peratus pada tahun ini dalam usaha untuk berada dalam kedudukan sebagai jenama petrol nombor satu pilihan pengguna.
Pengurus Besar Kanan, Bahagian Perniagaan Runcit PDB Shaharuddin M Sidek berkata, setakat ini PETRONAS menguasai 30 peratus penguasaan pasaran dan angka berkenaan dijangka meningkat secara signifikan khususnya dengan pengenalan produk baru, Primax 95 Advanced Energy Formula.
“Buat masa ini, kami menguasai sekitar 30 peratus penguasaan pasaran dan sedang giat melaksanakan pelbagai strategi bagi memastikan angka berkenaan terus meningkat.
“Malah, melalui pengenalan Primax 95 Advanced Energy Formula ini, kami yakin ia akan menyumbang kepada peningkatan yang disasarkan,” katanya selepas pelancaran Primax 95 Advanced Energy Formula di sini, semalam.
Primax 95 Advanced Energy Formula dihasilkan untuk memberi kecekapan petrol lebih tinggi bagi memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh. Ia akan menggantikan PETRONAS Primax 95 Extra di semua stesen minyak PETRONAS seluruh negara pada harga kawalan petrol RON 95.
Bahan api itu turut digunakan dalam perlumbaan Formula Satu tahun ini untuk pasukan Mercedez AMG PETRONAS dengan setiap perlumbaan ditamatkan menggunakan petrol kurang 30 peratus berbanding perlumbaan tahun lalu.
Dalam pada itu, menurutnya pihaknya juga memperuntukkan perbelanjaan modal sehingga RM500 juta tahun ini bagi pembangunan perniagaan dengan sebahagian besarnya digunakan untuk pembukaan stesen baru.
“Kami merancang untuk membuka antara 25 hingga 30 stesen minyak baru pada tahun ini dengan anggaran kos sekitar RM2 juta setiap satu, namun ia bergantung kepada faktor harga tanah dan lokasi.
“Setakat ini, terdapat 1,047 stesen minyak PETRONAS di seluruh negara dan kami akan memberi tumpuan kepada lokasi yang menempatkan projek kediaman dan industri baru bagi pembukaan stesen baru kelak,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak yah crito kat rakyat lah ....rakyat nak taw akuan audit ..ado buwek tak ...
|
|
|
|
|
|
|
|
mahalnya kos... |
|
|
|
|
|
|
|
berapa lama nak nak dpt ROI ni yer |
|
|
|
|
|
|
|
Jual minyak...untung 13sen 1liter je. yg untung byk jualan kedai...contoh air mineral...bellum yg Latin lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Lambatnya roi kalau 13 sen 1liter. Baik bukak mcd. |
|
|
|
|
|
|
|
asss11 posted on 28-6-2014 07:49 PM
Jual minyak...untung 13sen 1liter je. yg untung byk jualan kedai...contoh air mineral...bellum yg La ...
tu laa yg aku dgr pun, byk profit dari kedai serbaneka jer.....harap dari minyak xder laa byk mana pun
|
|
|
|
|
|
|
|
hanakikan posted on 28-6-2014 07:51 PM
Lambatnya roi kalau 13 sen 1liter. Baik bukak mcd.
McD pun 1.5-2 million gak kan......
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak memang untung sikit ...sebenar untung byk kalau kawasan jln sesak....pesaing kurang byk untung kalau kene gayanya |
|
|
|
|
|
|
|
baik bukak kedai runcit... |
|
|
|
|
|
|
|
asss11 posted on 28-6-2014 08:22 PM
Nampak memang untung sikit ...sebenar untung byk kalau kawasan jln sesak....pesaing kurang byk untu ...
Jual belacan kola pun bleh untung kalau PESAING KURANG dan KENA GAYAnya.......
|
|
|
|
|
|
|
|
Stesen minyak lagi..untung Dari kedai runcit .....serious aku cakap ...coma modal main juta2 |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach posted on 28-6-2014 08:11 PM
McD pun 1.5-2 million gak kan......
mcd 1.5m sampai 4m. 4m tu yang sebuah atas tanah, siap ada drive thru. yg 1.5m tu yang sewa bulding 2 storey tu kot. x besar. tp kalau kena tempat masyuk gak mcm bukit bintang tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 28-6-2014 11:04 PM
7E 250 biru jah
7E jual petrol ker...?
|
|
|
|
|
|
|
|
hanakikan posted on 28-6-2014 10:58 PM
mcd 1.5m sampai 4m. 4m tu yang sebuah atas tanah, siap ada drive thru. yg 1.5m tu yang sewa buldin ...
cari port yg byk institusi pendidikan be it skolah or kolej or U nescaya berbodong2 laaa ummah mulayu dan chinkies yg menghabiskan masa melantok Mekdi nih
|
|
|
|
|
|
|
|
RM 2 juta tu kira stended ler tu.
Kos yuran pembangunan pbt, kos utility provider, kos perunding, kos bahan binaan, kos tanah, kos suap dan berbagai-bagai kos kos kos lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach posted on 28-6-2014 11:08 PM
cari port yg byk institusi pendidikan be it skolah or kolej or U nescaya berbodong2 laaa ummah mul ...
aah. betul sgt. cari port universiti yg xde mcd. mesti masyuk. internet kena laju. mcm kat ukm bangi. sampai subuh dorang lepak situ kalau weekend
|
|
|
|
|
|
|
|
BHP kat tempat aku ni owner nak jual RM10.5 juta |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor posted on 28-6-2014 11:13 PM
RM 2 juta tu kira stended ler tu.
Kos yuran pembangunan pbt, kos utility provider, kos perunding, ...
2 juta tu mesti x masuk tanah kan
sebab aku dah 2x jumpa iklan dorang nak jual stesen minyak rega dorang 10 juta |
|
|
|
|
|
|
| |
|