CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Cerpen 2: Balqis

[Copy link]
Post time 29-5-2015 09:46 AM | Show all posts
Mati. Sedeyh  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2015 10:22 PM | Show all posts
Zach membuka mata. Dia bangun. Dilihat dirinya baring di atas hamparan bunga-bungaan. Bagai hamparan karpet yang cukup luas. Sejauh saujana mata memandang, tiada penghujungnya hamparan bunga-bungaan itu. Wangi. Indah. Zach berdiri. Kemudian matanya diarahkan pada susuk tubuh perempuan berpakaian lengkap menutup aurat. Berjubah labuh. Berselendang labuh menutup penuh hingga ke bawah dada. Biarpun ditiup angin yang lembut, selendang itu tidak mendedahkan lekuk dan susuk tubuhnya. Seperti bidadari syurga.

Zach tidak dapat melihat wajahnya yang berniqab. Namun dia tahu perempuan itu turut memandangnya. Gadis berniqab itu melambai-lambai tanda memanggilnya.

“Qis ? Balqis!” laungnya. Dia terkejut dan teruja. Zach pantas mendapatkan Balqis. Dia pasti itu Balqis. Siapa lagi gadis yang berniqab yang dikenalinya buat masa ini.

Dia sudah berdiri dekat dengan Balqis. Dia memeluk Balqis. Gadis itu tidak menolak. Malah membalas pelukannya. Zach meleraikan dakapan mereka. Dia dan Balqis sama-sama merenung ke dalam mata masing-masing. Mata Balqis sangat bersinar. Indah. Walaupun sebahagian wajahnya terlindung, dia tahu Balqis turut tersenyum kepadanya.

“Qis.. dah lama Zach tunggu saat ni. Zach nak sangat jumpa Qis,” ujar Zach.

Balqis tidak menjawab. Namun dari matanya, Zach tahu Balqis juga menjawab yang dia turut mahu bertemu denganZach.

I like you,” ujar Zach meluahkan perasaan. Melihatkan mata Balqis, dia tahu Balqis sedang senyum.

Zach tidak dapat menahan lagi. Dia mahu melihat keseluruhan wajah Balqis. Dia menyelak perlahan niqab yang menutupi separa wajah gadis itu. Tiada halangan dari Balqis. Hatinya teruja dan berdebar-debar. Sedikit lagi dia akan dapat menatap wajah sebenar Balqis. Dia pasti Balqis itu cantik. Bak bidadari.

Zach terkejut. Dia bingkas dengan kelam kabut. Melihat ke sekitar dengan tak tentu arah. Dia sedang berada di atas katilnya. Dalam biliknya. Tiada hamparan bunga. Tiada wangian. Tiada Balqis.

Mimpi apa ni! Jerit Zach dalam hati. Perlahan-lahan dia tersenyum. Rasa beruntung dapat mendekati Balqis walaupun sekadar dalam mimpi. Pun begitu dia hampa kerana sikit saja lagi dia dapat menatap wajah Balqis.

Hey Qis!

Zach.. nape dm pagi2 ni?

Zach baru aje bangun ni, Qis..

Oh.. yeke.

Zach mimpikan Qis tau. Tu yang terus dm Qis..

Yeke? Hahaa..

Gelak eh? Serious Zach mimpikan Qis..

Macamana Qis dalam mimpi tu?

Qis sweet sangat.. Zach hepi sangat dapat jumpa Qis even mimpi aje..

Qis cantik ke dalam mimpi Zach tu?

Cantik.. tapi kalau nampak muka lagi cantik Qis..

Yeke.. nasib baik tak nampak muka.. hehee..

Tak adil la Qis! Dalam mimpi pun nak mengelat.

Hehee.. Nak sangat-sangat jumpa Qis ke sampai termimpi-mimpi..

Mungkin inilah yang dikatakan cinta Qis..I happy Qis. even just mimpi aje..

Yeke.. hehee..

Zach masih tersenyum seorang diri. Tak sangka Balqis datang dalam mimpinya. Adakah ini cinta? Sudah lama rasanya dia tidak merasakan perasaan seperti ini. Seketika kemudian Zara pula muncul di fikiran. Zach mengerutkan muka. Ahh! Malas nak fikirkan Zara tu! Desis hatinya.


***


Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 09:37 AM | Show all posts
Leafumi replied at 1-6-2015 10:22 PM
Zach membuka mata. Dia bangun. Dilihat dirinya baring di atas hamparan bunga-bungaan. Bagai hamparan ...

aku kecewa klo balqis terima zach.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2015 10:33 PM | Show all posts
Zach menghirup Ice Lemon Tea dari dalam gelasnya. Menunggu ketibaan Ejoe. Tidak lama pun. Hanya perlu menunggu dalam 5 minit, Ejoe pun muncul. Ejoe duduk di meja bersama Zach. Pelayan lelaki datang. Setelah Ejoe membuat pesanan, dia beredar.

"Bro, kenapa lately aku contact kau tak dapat?" tegur Ejoe.

"Phone aku problem," Zach berbohong.

“Apa macam? Macamana dengan Balqis kau tu? Dah dapat ke?” Ejoe terus bertanyakan tentang Balqis.

“Aku ada masalah lain selain tu.”

“Masalah lain?”

“Pompuan bodoh datang claim aku bapak baby dia.”

“Alah, memang kau bapak baby tu kan?” ujar Ejoe sambil senyum sinis dan mengangkat kening. Seperti ia sesuatu yang menyeronokkan baginya.

“Eh, aku tak ada masa senang-senang aje nak accept macam tu aje lepas tu kahwin dengan pompuan tu.”

“Tapi tu memang baby kau kan? Macam lah tak biasa.”

Hey,aku tak pernah lagi tidur dengan pompuan yang nak aku kahwin dengan dia. Semua yang tidur dengan aku just for fun. “

So macamana kau settle dengan that mad woman?

Damn," ujar Zach. Dia tidak mahu menceritakan apa yang telah dilakukan olehnya terhadap Zara kepada Ejoe. Biarpun Ejoe memang rakan yang selalu melepak dengannya namun baginya hal tersebut agak peribadi. Rasanya tidak perlu dilibatkan Ejoe dalam hal itu.

"Just get rid of her and her baby," ujar Ejoe memberi cadangan yang mudah bagi lelaki durjana seperti mereka. Masalahnya sekarang lain pula yang jadi terhadap Zach. Ia semakin rumit.

“Macamana dengan Balqis?” soal Ejoe masih berminat dengan kisah Balqis.

“Balqis tu.. agak susah,” ujar Zach. “But.. she’s really nice girl..”

“Come on! Takkan dah jatuh cinta? Kau cakap kau romeo? Dia lah yang patut jatuh cinta dengan kau. Then kau kena buktikan yang dia tu suci ke tak.. hehee..” hujung bibir Ejoe terjungkit.

“Nak dapat dah.. sikit aje lagi..”Zach berbohong. Sampai ke saat ini dia masih gagal mendapatkan maklumat mengenai Balqis. Agak lambat untuk Balqis masuk jerat. Balqis terlalu degil.

“Baguslah. Goodluck!”


***


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2015 02:11 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 3-6-2015 02:56 AM

Zach merebahkan tubuh ke katil. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Rindu pula terhadap Balqis. Zach mencapai smartphone. Ingin membuka aplikasi Twitter dan menegur Balqis. Sebaik saja dia menatap skrin, ada panggilan masuk.

"Hello.. Zach.. Zachhh.."suara yang pelik kedengaran di talian. Zach hairan. Perempuan mana pula yang menelefonnya tengah-tengah malam dan bersuara aneh begini?

"Who is this?" soal Zach.

"Zachh.. Zachh.. Zachhh.." suara itu kian bertukar menjadi raungan.

"Siapa ni? Jangan main-main dengan I," ujar Zach semakin rimas.

"Zachhhh.. I need you.. I need you!! Don't leave me!!" raungan semakin menjadi-jadi. Zach yang mendengarnya tertekan.

"Zara! It's you! Stop it!" Zach memekik.

"Zachh.. kenapa you buat kat I macam ni?! I tak peduli! Even baby tu dah tak ada you mesti jadi milik I!"

"Hey! Tak paham-paham ke? Aku tak ingin kat kau lah pompuan sial!"

"Zachhh!!!" pekikan Zara yang sampai ke telinga Zach membuatkan lelaki itu terus mematikan talian.

"Damn that mad woman!," Zach mengeluarkan kata makian.

Fikirnya sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Dia pun sudah tidak mendapat apa-apa khabar berita tentang Zara. Alih-alih Zara menghubunginya pula. Fikirnya Zara sudah serik. Rupa-rupanya belum lagi. Hairan. Bagaimana Zara boleh tergila-gilakan dirinya?

Smartphone berdering lagi. Nama Zara tertera di skrin. Kali ini sudah hampir 5 kali. Zach terus menyekat panggilan dari Zara dengan number blocking. Nah sekarang wanita itu tidak dapat menghubunginya lagi. Zach mengeluh lega. Zara mengatakan bahawa bayi yang dikandungnya sudah tidak ada. Ini bermakna, dia sudah keguguran. Jadi Zach tidak perlu risau lagi untuk merasakan dirinya terikat dengan Zara. Pun begitu Zara masih enggan melepaskannya.

Zachhh.. Zachhhh... Zachhhh...

Zach termangu. Suara siapa pula yang kedengaran? Bukankah dia sudah menyekat Zara dari menghubunginya? Jadi suara siapa yang masih kedengaran di awangan? Zach berasa aneh. Dia pasti itu bukan suara hatinya malah suara perempuan. Mirip suara Zara yang meraung tadi.

Zachh.. Zachhh.. Zachhhhhh...

Zach bangun. Dia pasti ini bukan mimpi atau ilusi. Dia pasti suara itu bergema di dalam ruang biliknya itu. Seram sejuk mula dirasai.

Zachhh.. Tolong..Tolonggg..Tolonglahhhh..

Raungan itu semakin membingitkan telinga. Zach menutup kedua-dua belah telinganya dengan tapak tangan. Dia mula merasa tertekan sekali lagi. Situasi apa yang sedang dihadapi olehnya itu dia sendiri pun tidak faham. Dia pasti ini benar-benar didengarinya. Aneh.

"Pergi kau! Hantu setan! Jangan kacau aku!" pekik Zach sendirian.

Zachhh.. Nak.. Tolong mak, sayangg.. Zach.. tolong makk..

Zach terkejut. Kali ini dia seperti mengenali suara itu. Raungan itu pernah didengarinya suatu ketika dulu. Ya, itu raungan arwah emaknya.

"Mak.." kata Zach perlahan. Dia keliru.



***

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 06:07 PM | Show all posts
Leafumi replied at 3-6-2015 02:11 AM
Zach merebahkan tubuh ke katil. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Rindu pula terhadap Balqis. Zach men ...

lambak mu hapdet.ayoo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-6-2015 11:31 PM | Show all posts

sabor sabor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2015 12:42 AM | Show all posts
"Zach.."

Zach buat tidak peduli dengan empunya suara yang memanggilnya. Dia tidak suka. Dia benci. Dia tak dapat menerima kehadiran wanita itu.

"Zach.. mari makan sayang. Kamu sekarang asyik tak nak makan aje.. nanti sakit macamana?" kata wanita itu lembut. Masih memujuk Zach.

Zach masih berpura-pura tidak mendengarnya. Dia masih membelek helaian komik di tangannya.

"Zach?" kali ini suara wanita itu begitu jelas. Zach hanya menjelingnya yang berada di sebelah.

"Zach, jom makan?" ajak Sarah, emak tiri kepada Zach. Dia menyentuh bahu budak lelaki berusia 10 tahun itu.

"Tepi lah!" bentak Zach. Dia menepis tangan Sarah.Kemudian bangun dan beredar setelah melempar buku komik tadi ke lantai.

Sarah mengeluh. Susah benar mahu berbaik dengan anak tirinya itu. Dia sedar dia bukan emak kandung kepada Zach namun dia sudah cuba untuk meletakkan dirinya sebagai emak kandung Zach. Zach saja yang degil dan enggan menerimanya.

“Zach!”laung Sarah. Dia bangun. Melangkah mengekori Zach yang sedang menaiki anak tangga.

Zach menapak di anak tangga sambil menghentak-hentakkan kakinya. Meluat dan menyampah dengan wanita itu. Dia tidak faham. Kenapa mesti emak pergi dari rumah itu dan meninggalkannya bersama ayah dan wanita asing ini? Dia tahu wanita ini dahulunya kenalan ayah. Tapi kenapa sekarang wanita itu perlu dipanggil ‘emak’ juga? Dia sudah punya emak sendiri. Emaknya yang sebenar. Dia tak mahukan emak baru. Dia tahu wanita itulah penyebab pertengkaran antara emak dan ayah. Jangan fikir dia masih kecil dia tidak mengerti apa-apa.

Tambahan pula, wanita itu hamil. Baru beberapa minggu. Perutnya akan membesar. Adik. Adik tiri. Zach tidak mahu. Dia tak perlukan adik tiri. Tak mahu kehadiran asing yang baru lagi.

Baru saja Zach ingin memulas tombol pintu bilik yang bersebelahan dengan tangga, bahunya dicapai dari belakang. Sarah menarik Zach supaya berpusing menghadapnya. Fizikal Zach yang rendah membuat Sarah membongkok sedikit untuk mendekati budak itu.

“Zach..jangan macam ni,nak.. Mak sayang kamu Zach. Zach pun anak mak,sayang..” pujuk Sarah.

Zach menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju.

“Zach..kita ni satu keluarga.. tak lama lagi kamu nak dapat adik..” ujar Sarah sambil meletakkan tangan di perutnya.

Zach memandang ke arah perutnya dengan pandangan tajam. Geram.

“Jom, Zach..”

“Kau bukan mak aku!” jerit Zach. Tangannya memukul dan menolak Sarah.

Sarah yang terperanjat cuba mengelak. Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Sarah gagal mengimbangi tubuhnya. Kaki Sarah tergelincir dari tangga yang berdekatan.

Zach terbeliak mata sambil melihat emak tirinya yang jatuh berguling-guling di tangga. Zach berlari menuruni anak tangga. Melihat apa yang telah terjadi terhadap wanita itu di bawah sana.

Tubuh Sarah terbaring. Ada cecair merah yang keluar dari bawah dress yang dipakainya. Sarah mengerang kesakitan. Zach terkejut lagi. Dia panik.

Baru saja dia ingin melangkah, terdengar suara Sarah memanggilnya. Zach menoleh.

“Zachh..tolong mak, sayang.. tolong mak..” kata Sarah lemah.

“Zach..tolongg..tolonglahh..”rayu Sarah. Dia tidak berdaya untuk bergerak. Tangannya disua ke arah Zach. Zach menggeleng-geleng. Dia sendiri pun tak tahu mahu berbuat apa. Dia takut. Ini semua salahnya.

Zach berundur dan kian menjauh dari emak tirinya. Akhirnya Zach melarikan diri.


***

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2015 03:51 AM | Show all posts
Zachh.. tolong makk.. Zachh..

“Jangan kacau aku! Sudah! Pergilah! Aku tak nak kau! Aku benci kau!” pekik Zach. Masih di kamar. Masih berselubung dengan selimut.

Zach menurunkan  selimut yang menutupi keseluruhan wajah. Dia cuba mengintai. Matanya terbelalak.

Emak tirinya berada di hadapannya. Dengan wajah yang pucat. Lesu. Tidak bermaya. Hampir menyerupai hantu. Wajahnya suram.

Zachh.. mak sayang Zach, nakk..

Gemaan suara itu membuatkan Zach yang sudah menutup semula wajahnya dengan selimut dan menjerit-jerit sendiri. Dia semakin takut.

“Pergi! Hantu setan! Kau dah mati! Ahhh.. pergi!”

Deringandari telefon bimbit menyedarkan Zach. Dia membuka mata dengan pantas. Zach memandang ke tingkap. Cahaya yang samar-samar menembusi langsir yang menutupi tingkapnya. Zach mengubah ke posisi duduk melunjur. Alarm dari telefon bimbit dimatikan.

Zach menundukkan wajah. Merenung kosong ke selimut yang menutupi sebahagian tubuh. Dia mengelap peluh-peluh yang membasahi kepala dan leher.

Nampaknya mimpi semalam menggerunkannya. Nanti.. Zach sendiri tidak pasti. Adakah ianya mimpi? Zach masih tidak pasti. Keliru.

“Mak..”katanya.

Zach menghidupkan smartphone. Missed call yang diterima sudah berpuluh-puluh. Yang pasti dari Zara. Beberapanya dari Ejoe. Kenapa pula Ejoe menghubunginya?

Zach u better on your phone. Or else u takkan dapat jumpa I lagi.. I will disappear from this world.. u know what I mean rite?

Kiriman mesej yang dihantar oleh Zara itu membuat Zach naik menyampah membacanya.

What’s wrong with you? What’s wrong with you people?!” jerkahnya seorang diri.

“Eh, kalau kau nak mampus sangat pergilah!”katanya lagi.

Zach bingkas dan turun dari katil. Igauan semalam masih bermain di fikirannya. Sudah agak lama dia melupakan perkara itu. Memang peristiwa itu sangat menghantui hidupnya. Hiburan saja yang dapat membantu dirinya melupakan semua peristiwa pahit zaman kecilnya.

Selepas membersihkan diri dan bersiap-siap, Zach keluar. Tidak pergi jauh. Dia hanya ingin turun untuk membeli nasi lauk campur yang tidak jauh dari apartmennya.

“Kak,saya nak nasi putih lauk sotong dengan sayur sikit,” Zach memilih lauk. Wanita yang meniaga itu membungkuskan makanan yang diminta. Zach memang pelanggan yang kerap datang membeli nasi dan lauk pauk yang dijualnya.

“Zach,sihat ke?” tanya wanita itu, Kak Ayu.

Okay je,kak..”

“Kenapa muka macam pucat?”

“Huh? Pucat ke?”

“Yelah,Zach.. Kamu demam ke?”

“Taklah..”

Kak Ayu berpusing ke belakang untuk mengambil sesuatu.

“Semalam mimpi ngeri kan?”

Zach hairan. Macamana Kak Ayu tahu? Kak Ayu menghadap semula ke hadapan.

“Ahh!!”jerit Zach kerana wajah Kak Ayu kini menjadi wajah arwah emak tirinya. Zach terkejut bukan kepalang lagi. Dia terduduk sendiri di tanah. Membuatkan beberapa pelanggan Kak Ayu berdekatannya kehairanan.

“Pergi! Pergi!” jerit Zach. Dia bangun dan membuka langkah seribu.

“Ya Allah, kenapa dengan budak tu?” omel Kak Ayu.

Hello?? Hello??” Zach menelefon Ejoe.

Hello! Woi, kau apahal tak jawab call aku semalam? Ada barang baru ni,”ujar Ejoe di talian sambil ketawa. Gembira bunyinya.

“Eh, aku tak peduli dengan barang kau tu! Aku ada masalah lain!”

“Bro,relaks! Kau gelabah apahal??”

“Aku rasa macam nak gila ni! Aku tak tau kenapa! Semalam aku..”

“Semalam kau mimpi ngeri?”

“Macam..  macamana kau..”

“Zachh..Zachh.. tolong makk..” suara yang sama bergema di ruang biliknya kedengaran di talian.

“Sial!!”pekik Zach lalu Iphone itu dibaling ke dinding biliknya dengan sekuat hati.

Setelah ia menghentak dinding, Iphone itu jatuh dan bercerai tubuh badannya di lantai. Zach menarik-narik rambutnya. Tertekan.

“Aku ni nak gila ke??” soalnya kepada diri sendiri.

“Balqis!,”katanya pula apabila teringatkan Balqis.

Qis. Qis.. I need u now.. please.. please..

Setelah menghantar direct message kepadaBalqis di Twitter, dia menunggu dengan sabar walaupun resah gelisah menyerang dirinya. Seketika kemudian Balqis membalas.

Nape Zach?

Qis.. please.. I need u.. I tension sangat. I kena kacau..

Kena kacau? Dengan sape Zach?

I tak tau. U maybe takkan percaya I but.. this thing drive me crazy..

Calm down Zach.. cuba bagitau I apa bendanya tu?

I..I..i takut sangat.

Zach menceritakan masalahnya kepada Balqis. Tentang perkara misteri yang menghantuinya sejak semalam. Juga peristiwa pahit yang menjadi igauan mimpinya. Zach turut membuat pengakuan tentang kekejamannya yang menyebabkan Zara keguguran. Dia percayakan Balqis. Hanya Balqis yang dapat mendengarnya. Hanya Balqis yang dapat memahami keadaannya. Dia pasti.


***


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 07:45 AM | Show all posts
Leafumi replied at 5-6-2015 03:51 AM
Zachh.. tolong makk.. Zachh..
“Jangan kacau aku! Sudah! Pergilah! Aku tak nak kau! Aku benci kau! ...

nk lgiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 07:46 AM | Show all posts
siapa balqis?haighhh .balqis tu jelmaan kewwwwwww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2015 03:35 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 6-6-2015 03:56 AM

Zach.. okay I faham u tak boleh terima I.. I dah faham Zach.. just I nak you datang rumah I esok.. I dah nak pindah.. I nak pergi jauh.. I nak jumpa u for the last time.. say goodbye. Please.. esok datang jumpa I kat rumah please.. I janji takkan kacau u lagi Zach.. I promise..

Kiriman mesej daripada Zara itu dibaca. Zach yang pada mulanya agak terganggu apabila menerimanya perlahan-lahan tenang semula. Sangkanya Zara ingin mengganggu lagi. Zach mempertimbangkan sama ada mahu menemui Zara atau tidak. Dan dia mengambil keputusan untuk pergi.

Kini hidup Zach beransur tenang. Sudah seminggu dia tidak mengalami gangguan-gangguan yang aneh. Dia juga semakin kerap berhubung dengan Balqis. Fikirnya dulu Balqis akan membencinya setelah mengetahui apa yang telah dilakukan olehnya. Mujur Balqis bertimbang rasa. Malah Balqis banyak menasihatinya untuk berubah. Apa yang ditunjukkan oleh Balqis itu semakin menarik hatinya untuk menyayangi Balqis. Dia mula inginkan Balqis. Dapatkah dia memiliki Balqis?

Zach sudah tiba di apartmen Zara. Setibanya di depan pagar bilik Zara, dia memanggil Zara. Namun tidak ada yang menyahut. Zach cuba membuka pagar. Tidak berkunci. Begitu juga pintu rumah. Mungkin memang Zara sengaja membiarkannya tidak berkunci untuk memudahkan Zach masuk.

Zach masuk tanpa teragak-agak. Rumah itu masih sama. Hairan. Kata Zara mahu berpindah. Kenapa barang-barang masih belum dikemas? Zach meninjau lagi. Sunyi. Ada beberapa sudut yang berselerak. Ada barang-barang yang berteraburan dilantai. Mungkin perempuan itu masih belum habis mengemas.

Zach ingin masuk ke bilik air. Dia terkejut. Sekujur tubuh Zara terbaring di lantai bilik air. Matanya terbeliak. Bibirnya berbuih. Di tangannya ada butiran pil yang Zach sendiri tidak tahu. Botol pil itu terbalik di lantai dengan isinya juga berterabur.

“Zara!”katanya masih terkejut. Tidak menyangka Zara benar-benar mahu mencabut nyawanya sendiri.



***


Qis..

Hai Zach!

Sihat ke?

Sihat aje Zach.. u ok ke?

I tak ok Qis.. I ada masalah.. I nak share dengan u..

Masalah apa Zach?

I tension sangat.. I perlukan someone untuk I bagitau.. jom la jumpa I.. I perlukan u.. I nak cakap dengan u depan-depan..

Yeke Zach.. apa masalah u tu?

Its Zara.. she killed herself..

Zach..seriously?

Yup.. Qis please I nak jumpa u.. I need to talk to you.. I tak tau nak buat macamana dah ni.. u aje yang boleh diharap.. yang lain semua tak nak tolong I masa-masa macam ni..

Kenapa Zach? Apa lagi yang u takutkan?

I depressed. I tak sangka she did that..

U nak jumpa I kat mana Zach?

Balqis bersetuju untuk bertemu dengan Zach. Memandangkan Balqis berada jauh dari Zach, Zach sanggup datang ke tempatnya dan menyewa di sebuah hotel. Balqis juga bersetuju untuk bertemu dengan Zach di hotel itu. Dalam hatinya yang tidak tenteram itu Zach rasa terharu. Akhirnya dia berjaya memujuk Balqis. Siapa sangka dengan apa yang berlaku telah mendorong Balqis untuk menemuinya. Kali ini dia benar-benar inginkan Balqis.



***


Zach memeriksa DM di Twitter. Ada pesanan daripada Balqis.

Zach.. I baru sampai. U sure ke nak jumpa kat sini?

Sure Qis.. bilik I no A323. Level 11.. cepat Qis..I teruk sangat dah ni.. I dah berapa hari tak makan.. I lemah.. I frust..macam2 I rasa.. I rasa macam nak terjun aje kat balkoni ni Qis..

Eh jangan Zach.. jangan.. tunggu I datang ni..

Ok Qis.. bilik I tak berkunci.. u masuk terus aje..

Zach senyum setelah membaca mesej dari Balqis. Dia menanti dengan sabar. Mudah pula Balqis dipujuk rayu sebegini. Memang hati perempuan kalau yang keras itu pun mampu dilembutkan dengan rayuan lelaki.

Beberapa minit kemudian, pintu bilik dikuak. Gadis berjubah dan bertudung labuh berserta niqab di wajah masuk. Dialihat seorang lelaki sedang berdiri di balkoni. Pantas dia menghampiri.

“Zach !” panggilnya.

Zach berpaling.

“Zach.. awak okay?” soal Balqis kian merapati.

Zach memegang penghadang balkoni dan cuba memanjatnya.

“Zach !” Balqis berlari mendekati kemudian cuba menghalang Zach dari cuba terjun.

“Apa ni Zach! Qis dah sampai pun..jangan buat macam ni..” pujuk Balqis. "Muka you pucat.." sambung Balqis sambil merenung wajah lelaki itu.

Zach turun semula. Dia terus merapati Balqis yang berada di sebelahnya.

“Balqis.. you sanggup datang demi I..”ujarnya. Tanpa sempat mengelak Balqis dirangkulnya.

“I rasa macam nak mati je..nasib baik you datang.. Qis.. you lah sinar hidup I..”

I terharu sangat..” ujar Zach. Sejak tadi bicaranya tidak disahut oleh Balqis.

“Kenapa diam? You takut ke?” gesa Zach.

I takut.. I takut Zach kalau you tak ada nanti hidup I tak bermakna Zach..” akhirnya Balqis bersuara. Dia mendakap Zach. Zach tersenyum. Dalam hati bersorak kerana Balqis sudah menyerah diri.

Zach meleraikan pelukan. Kemudian dia cuba menyelak niqab yang dipakai oleh Balqis. Balqis membiarkan. Niqab sudah diselak. Wajah mulus Balqis sudah tidak ditutup dari pandangan mata Zach. Memang tidak syak lagi Balqis memiliki seraut wajah yang cantik. Hampir ternganga Zach melihatnya.

“Cantik Qis..” ujar Zach terpegun.

Zach merapatkan wajahnya ke wajah Balqis namun gadis itu menolak. Zach terkesima. Kenapa menolak pula. Mungkin dia tidak biasa dan malu?

"Qis.. Kiss me.." kata Zach lembut.

Namun Balqis merapat pula. Zach fikir Balqis sendiri yang mahu menyentuh bibirnya dengan bibir Balqis sendiri.

"I nak tapi.." balas Balqis perlahan.

Balqis menapak ke depan memaksa Zach bersandar di penghadang balkoni. Malah dia membuat isyarat supaya Zach naik dan duduk di atas besi penghadang itu Balqis menyentuh pipi Zach dengan sebelah tangan. Lembut ditambah dengan sarung tangan yang dipakai olehnya. Dia pasti Zach tertunggu-tunggu tindakannya yang seterusnya. Zach lihat sebelah tangan Balqis diangkat. Zach memerhati saja. Ingin tahu apa lagi yang gadis berniqab ini mampu lakukan.

BOKKK ! Zach ditumbuk dengan sepenuh tenaga. Kemudian Balqis menolak tubuh Zach hingga lelaki itu tak dapat mengawal badannya. Zach terjatuh dari balkoni. Sekelip mata. Bunyi jalan dihempap dantulang patah kedengaran. Balqis melihat ke bawah.

"Tapi I rasa memang you patut pergi pun Zach.. Diri you pun dah tak berapa betul.. you tak guna Zach.. kawan-kawan you pun sama..you fikir I nak kesian kat you? You silap Zach.. selamat tinggal!"

Tubuh Zach sudah menghempap jalan. Darah keluar dengan banyak hingga memenuhi sekitar tubuh Zach. Keadaannya amat mengerikan. Terdengar jeritan orang.

Balqis berpaling dan mendekati katil Zach. Dia mengambil handphone lelaki itu. Dia membuka akaun Twitter lalu memadam semua mesej-mesej di antara mereka dan menekan butang unfollow pada akaun Twitter miliknya. Akhirnya dia memadam history. Dia mengeluarkan simkad lalu mematahkannya. Kemudian dia melemparkan phone itu ke lantai bilik. Balqis terus beredar.  Di sebalik niqab yang menutupi wajah, senyuman puas terukir di bibir.

Ya, dia tahu dia membunuh. Niqab yang dipakainya hanyalah sebagai penyamaran. Sudah lama dia mahu menghukum sebegini. Lelaki yang hanya tahu berfoya-foya dan merosakkan gadis. Tak peduli apa orang kata. Inilah dirinya. Dan namanya yang sebenarnya bukanlah Balqis. Hanya dia saja yang tahu. Zach adalah mangsanya yang pertama. Sudah lama dia memerhatikan Zach. Dia tidaklah sebodoh yang disangka oleh Zach. Dia akan menanti mangsa yang seterusnya. Yang berani mendekatinya. Lagipun baginya Zach layak untuk mati. Setelah apa yang lelaki itu lakukan. Keanehan yang dialami Zach baru-baru ini sangat-sangat membantu dalam agendanya. Mungkin selepas ini dia boleh memohon lagi bantuan daripada rakannya yang telah mengenakan Zach. Ya, rakannya juga bersubahat. Rakannya itu turut mempelajar sedikit ilmu hitam. Sedikit saja dia mengenakan Zach namun lelaki itu dengan mudah terpedaya.

Kau memang patut mati! Kata hati Balqis.

Balqis memeriksa DM. Mesej dari Feroz, lelaki yang baru menegurnya di Twitter beberapa hari lalu.

Hai Qis cantik! Rindulah kat u!

Yeke.. heheee...



-TAMAT-


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 07:31 AM | Show all posts
Leafumi replied at 6-6-2015 03:35 AM
Zach.. okay I faham u tak boleh terima I.. I dah faham Zach.. just I nak you datang rumah I esok.. I ...

OH MY GOD. I FREAKINGGGGGG LOVE THIS STORY..I LOVEEEE THE ENDING. WEY,KAU BUAT YG BRU.hiks.


Awwwew...balqis  IS THE BAD GUY HERE!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2015 02:40 PM | Show all posts
Esmiria replied at 6-6-2015 07:31 AM
OH MY GOD. I FREAKINGGGGGG LOVE THIS STORY..I LOVEEEE THE ENDING. WEY,KAU BUAT YG BRU.hiks.

ko suke? good..

haa.. tengah bt plot citer baru.. nantikan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 05:53 PM | Show all posts
Leafumi replied at 6-6-2015 02:40 PM
ko suke? good..

haa.. tengah bt plot citer baru.. nantikan..

Aku ckp thnks sbb sdi  wat cter gini. Alhamdulilah.xde ending kawen dn dpt ank.hih.ok.aku menanti. aku pun nk sio cter aku tu minggu t.hih.


Ka ni berpontensi ni.


ka-kau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2015 09:27 PM | Show all posts
Esmiria replied at 6-6-2015 05:53 PM
Aku ckp thnks sbb sdi  wat cter gini. Alhamdulilah.xde ending kawen dn dpt ank.hih.ok.aku menanti. ...

haa. sama2. aku tau ko memang suka cerita yg mcm gini kan? dalam misteri ada pengajarannya yg tersendiri.
hehee.. aku sejak hilang sebulan lepas dah lama tak baca story2 kat bod BRP ni.. nanti i check it out..
yeke aku da potensi? thanks. aku pun duk try improve penulisan & jalan cerita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2015 06:22 AM | Show all posts
psiko freak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2015 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
yipun_78 replied at 9-6-2015 06:22 AM
psiko freak

Tula.. Cuba bagi kelainan sikit.. Bukan sebab cinta tapi hahahaa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 11:05 AM | Show all posts
Leafumi replied at 11-6-2015 07:22 PM
Tula.. Cuba bagi kelainan sikit.. Bukan sebab cinta tapi hahahaa..

Bila nak update?
cerpen baru aku doh nk siap but still .......ko x update
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.194398 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list