View: 2375|Reply: 9
|
[Tempatan]
Gila judi sampai bankrap
[Copy link]
|
|
Dulu dua beradik ini ahli perniagaan, namun kerana terlalu mengikut nafsu berjudi, mereka jatuh muflis dan terpaksa menanggung hutang hingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Itu yang terpaksa dihadapi Zack, 35, dan adiknya Norman, 28, apabila menjadi hamba mesin judi Internet hingga menyebabkan kedua-duanya ketagihan dan sanggup menghabiskan wang hingga RM5,000 sehari semata-mata bertaruh dengan mesin.
Lebih perit apabila Zack bukan saja jatuh muflis, malah turut bercerai dengan isteri kerana ketagihan melampau terhadap mesin judi online dan dua anaknya kini terpaksa dijaga bekas isteri yang bekerja sebagai kerani akaun kerana dia sudah tidak mempunyai apa-apa lagi.
Begitu juga nasib ditempuh Norman yang memutuskan ikatan pertunangan dengan gadis pilihannya yang sudah hampir lima tahun dikenali gara-gara ketagihannya bermain mesin judi onlinedalam talian.
Mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini, namun apakan daya kerana bebanan hutang menyebabkan dia tidak mampu untuk menyara bakal isterinya lebih-lebih lagi apabila keluarga bekas tunang menolak dirinya selepas mengetahui tabiat buruk itu.
Menurut Zack, dia mula terjebak dengan mesin judi dalam talianonline ini sejak hampir dua tahun lalu selepas menemani rakannya bermain di sebuah premis di sini.
“Saya mulanya hanya mahu melepaskan tekanan dan sekadar untuk berseronok, namun ketika mencubanya kali pertama dengan hanya bermodalkan RM1,000 saya dapat ‘mencuci’ hingga RM6,000 dalam tempoh tidak sampai sejam bermain.
“Wang yang diperoleh dengan mudah itu membuatkan saya mula ketagih dan sejak itu hampir setiap hari saya bermain mesin judi dalam talianonline hingga menjadi pelanggan tetap dan diberikan akaun sendiri hingga boleh bermain di rumah,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menyangka yang adiknya turut terperangkap dalam kegiatan mesin judi dalam talianonline itu dan mereka berdua akhirnya terjebak sertadan memusnahkan hidup masing-masing.
“Lama-kelamaan, kami banyak menghabiskan wang hingga duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar gaji pekerja turut lesap akibat gila bertaruh judi dalam talianonline terbabit,” katanya.
p/s- sape yg penah terjebak pasti tahu penangannya |
|
|
|
|
|
|
|
elok la da bankrap..
x de nak berjudi lagi..
kalau tak sedar2 jugak..x tau nk kata apa dah..
x yah la jd org..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku dulu sampai habih rm500 sehari sbb judi online nih
Student lak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Mangkuk tingkat pun lagi cerdik dari si Zack dgn Si Norman ni ... |
|
|
|
|
|
|
|
‘Sanggup ‘ikat’ perut’
Kuantan: “Saya sanggup mengikat perut menahan lapar demi melepaskan gian bermain judi Internet tanpa memikirkan soal kesihatan dan keluarga,” demikian pengakuan seorang kaki judi yang dikenali sebagai Awang, 30, dari Jalan Wong Ah Jang, di sini.
Mengimbas pengalaman selama 10 tahun bergelar kaki judi, dia berkata, ketagihan berjudi Internet bermula sejak berusia 20 tahun akibat terpengaruh dengan rakan karib yang sering mengajaknya bermain judi tidak kira siang atau malam.
Menurutnya, akibat gagal mengawal ketagihan berjudi, dia sanggup menipu keluarga terutama isteri dan anak dengan meminta izin keluar malam untuk menyelesaikan kerja.
Katanya, bagi mengelak kegiatan haramnya itu terbongkar, dia terpaksa mengambil hati isterinya dengan berjanji menunaikan segala permintaan termasuk membeli barang kemas sebagai hadiah.
“Dalam tempoh sebulan, saya menghabiskan kira-kira RM5,000 untuk berjudi kerana hadiah yang ditawarkan bernilai RM10,000 untuk tempat pertama diikuti kedua RM5,000 dan ketiga RM2,500,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
org macam ni kebanyakkan akan terjebak ngan along plak.
tu yg merasakan gaji rm5k berpendapatan rendah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
org mcm zack dan norman ni layak direjam |
|
|
|
|
|
|
|
Judi haram bo layan...babi..haram tau takut....why la.....melayu pprt ni mmg semakin hampeh |
|
|
|
|
|
|
|
teringat lagu M.Daud Kilau |
|
|
|
|
|
|
| |
|