CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2043|Reply: 3

Trofi Bintang Paling Popular kembali ke tangan Aaron Aziz

[Copy link]
Post time 25-5-2014 10:22 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR
: Dengan jumlah undian sebanyak 76,742,  gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian 2013 kembali menjadi milik  aktor Aaron Aziz pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita  Harian 2013 (ABPBH2013) yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ini adalah kemenangan kedua Aaron di mana dia pernah memenangi gelaran yang sama dua tahun lalu.

Kemenangan itu sekali gus mengenepikan ramalan awal pelbagai pihak yang  sebelum ini menjangkakan ianya bakal dimenangi pelawak Zizan Razak.  Malah Aaron turut memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular pada  malam tersebut.

Malam kemuncak ABPBH2013 ini juga menjadi malam  yang penuh gemilang buat pelakon wanita jelita, Siti Saleha apabila dia  tanpa disangka merangkul dua anugerah utama iaitu Pelakon Filem Wanita  Popular dan Pelakon TV Wanita Popular.

Selain itu, tuah juga  memihak kepada barisan pelawak kelahiran program Raja Lawak iaitu Jihan  Muse dan Jep Sepahtu apabila masing-masing memenangi anugerah Artis  Komedi Wanita Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular. Manakala Johan  pula memenangi anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular. Achey dari  kumpulan Bocey turut menyerlah dengan gelaran Artis Baru Lelaki Popular.

Barisan bintang kelahiran Akademi Fantasia pula turut menyinar demi  Akim dan Stacy memenangi Artis Duo/Berkumpulan Popular di mana Stacy  sendiri turut memenangi Penyanyi Wanita Popular. Kategori Penyanyi  Lelaki Popular pula dimenngi Hafiz Suip.

Hos program Maharaja  Lawak, Dato` AC Mizal muncul pemenang bagi anugerah Pengacara TV Lelaki  Popular yang mana kategori wanitanya pula dimenangi hos MeleTOP,  Neelofa.

Malam kemuncak ABPBH2013 turut memberi penghargaan  kepada Dato` Rahim Razali dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di  atas sumbangannya terhadap industri penyiaran.

ABPBH2013 tampil  dengan tema Magis Alam dan membariskan Amy Mastura, Fara Fauzana dan  kumpulan Shiro sebagai hos. Penganjuran tahun ini juga berbeza seperti  tahun-tahun sudah di mana ianya lebih menerapkan nilai-nilai kemanusiaan  selain beberapa segmen khas demi mengenang tragedi kehilangan pesawat  MH370.

Majlis sepatutnya berlangsung pada 6 April lalu tetapi  ia ditunda untuk menghormati tragedi tersebut. Antara artis yang tampil  membuat persembahan ialah Mawi, Dato` AC Mizal, Zainal Abidin, Hyper  Act, Tegar, Dayang Nurfaezah, dan Liza Hanim.

Sumber : Astro Awani
Read more at: Aktiviti terkini Aaron Aziz 2014 disini | Astro Awani

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2014 12:44 PM | Show all posts
Anugerah ni dah masuk dalam buku rekod Malaysia....rasa2nya sudah boleh dberhentikan anugerah ni...penajaan pun semakin merundum...objektif popular dah kelaut......dah hilang glamour dan umppphhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 11:56 AM | Show all posts
Anugerah utk tgok sape sebenarnya yg glamour
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 06:31 PM | Show all posts
kalini ada kereta tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 1.256566 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list