CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2791|Reply: 13

[Tempatan] Lagi suami cederakan isteri dgn parang

[Copy link]
Post time 21-5-2014 12:08 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki yang mencederakan isterinya dengan sebilah parang akhirnya dibalas dengan hukuman penjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memutuskan hukuman itu terhadap Tahrin Husin, 35, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan terhadap Kamarnor Azleen Kamaruddin.

Siti Shakirah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tahrin didakwa melakukan kesalahan itu di Projek Perumahan Rakyat Sri Alam, Jalan 1/78 Off Jalan Istana di sini pada 2 pagi, 17 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman berkenaan.

Ketika rayuan, tertuduh memohon supaya dijatuhkan hukuman ringan kerana isterinya telah memaafkannya selain perlu menyara dua anak kecil.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vasugi Krishnan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 12:14 AM | Show all posts
Dah kena parang pun sanggup nak dok sekali?.....
Sanggap......
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 12:43 AM | Show all posts
hmmmm...hmmmm...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 01:20 AM | Show all posts
Tindakan seorang lelaki yang mencederakan isterinya dengan sebilah parang akhirnya dibalas dengan hukuman penjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Betul ke laporan akhbar ni? serius? parangkan bini penjara sehari? bini tu bukan manusia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 01:32 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 21-5-2014 01:20 AM
Tindakan seorang lelaki yang mencederakan isterinya dengan sebilah parang akhirnya dibalas dengan hu ...

aku rasa mesti ada sebab dan ceritanya sebab kita takkan dapat tau semua info dari suratkhabar. Yg kita baca di paper tu ringkasan kes aje. Maybe dia tengah pegang parang and bergaduh, and dia tak serang bini dia tapi bini dia yg emosional pergi ambik parang tu and dalam perebutan bini dia cedera atau apa apalah yg membuktikan dia tak serang bini dia. Sebab kalau terbukti dia serang memang tak laa sehari kan. Maybe laa sebab aku rasa hakim mesti buat pertimbangan dalam semua cerita dari kedua dua pihak. Hukuman penjara sehari tu untuk pengajaran supaya lain kali jangan main2 dengan parang. Agaknye laa kot aku agak agak aje sebab aku pun tak boleh hadam hukuman penjara sehari main dgn parang
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 09:10 AM | Show all posts
MissLibra posted on 21-5-2014 01:32 AM
aku rasa mesti ada sebab dan ceritanya sebab kita takkan dapat tau semua info dari suratkhabar. Yg ...

mana kau tau......
kan dia kata isteri dia nak maafkan, mgkin isteri dia nak tarik balik kes tapi sebab libatkan paranggg, tak blh lah......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2014 09:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 09:16 AM | Show all posts
Ketika rayuan, tertuduh memohon supaya dijatuhkan hukuman ringan kerana isterinya telah memaafkannya selain perlu menyara dua anak kecil.


tak tau nk kate ape kt bini die. bengap pun ade. sok lusa kalau kene tetak lagi polis tlg jgn layan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 01:33 PM | Show all posts
jazaa posted on 21-5-2014 09:10 AM
mana kau tau......
kan dia kata isteri dia nak maafkan, mgkin isteri dia nak tarik balik kes tapi ...

kan aku dah kata aku agak agak aje...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 01:36 PM | Show all posts
kalu join geng parang dah kaya dah org nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 01:27 AM | Show all posts
MissLibra posted on 21-5-2014 01:33 PM
kan aku dah kata aku agak agak aje...

amboi.....
agak-agak kau tu pjg berjela kronology nya......
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 01:42 AM | Show all posts
jazaa posted on 22-5-2014 01:27 AM
amboi.....
agak-agak kau tu pjg berjela kronology nya......

biarlah... aku ada banyak masa nak berkuntum kat porum..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 01:44 AM | Show all posts
MissLibra posted on 22-5-2014 01:42 AM
biarlah... aku ada banyak masa nak berkuntum kat porum..


garang nya kau......
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 01:51 AM | Show all posts
Dunia akhir zamaann
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.145288 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list