CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1928|Reply: 2

'Negara Islam tidak menganiaya LGBT'

[Copy link]
Post time 18-5-2014 11:14 AM | Show all posts |Read mode
'Negara Islam tidak menganiaya LGBT'

Tindakan menghukum golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berdasarkan undang-undang adalah salah di sisi Islam kerana Islam membezakan di antara individu dan perlakuannya, kata seorang penganalisis politik Islam dari UK.

Bercakap dalam satu forum di Kuala Lumpur hari ini, Dr Anas al-Tikriti berkata, manusia secara fitrahnya adalah berbeza-beza di antara satu sama lain dan tindakan menghukum kerana perbezaan itu sendiri adalah satu jenayah dalam agama.

"Perbezaan demikian bukan satu premis atau hak untuk menganiaya (individu berkenaan).

"Malah, tindakan itu sendiri adalah satu jenayah dalam agama.

"Islam membezakan di antara orang dan kelakuannya, maka seruan untuk mendakwa (kelakuan) itu adalah salah," katanya.

Beliau bercakap di forum 'Politik Kebebasan Agama: Penganiayaan atas Nama Agama' anjuran islamic Renaissance Front (IRF) di Kuala Lumpur tengahari ini.

Anas adalah seorang warga Britain kelahiran Iraq dan bapanya, Dr Osman Tawfiq adalah bekas pengerusi Ikhwanul Muslimin Iraq.

Beliau dan keluarganya berhijrah ke United Kingdom sewaktu beliau berusia empat tahun kerana perbezaan politik dengan rejim Saddam Hussein di Iraq.

Terdahulu, Anas menegaskan mana-mana negara yang ingin menjadi negara Islam perlu memastikan bahawa hak orang bukan Islam turut dibela sama seperti hak orang Islam.

"Jika anda mahu Malaysia menjadi sebuah negara Islam, anda perlu melindungi hak orang bukan Islam sepertimana anda melindungi hak orang Islam.

"Jika anda membezakan kedua-duanya walaupun sedikit, ia bermakna anda tidak serius tentangnya (mewujudkan) negara Islam," katanya.

Sebelum itu katanya, golongan minoriti di negara seluruh dunia sering menjadi modal politik oleh kedua-dua golongan yang menindas dan membela mereka.

Forum petang tadi dimudahcara pengerusi dan pengarah IRF, Dr Farouk Musa dan turut menampilkan pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2014 10:55 PM | Show all posts
dah bynk sgt pasal LGBT.yang bukak thread ni Muntz ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 01:25 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kata doktor atau ustaz...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.238899 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list