CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43507|Reply: 11

Pokok Yang Beracun Di Malaysia

[Copy link]
Post time 16-5-2014 01:41 PM | Show all posts |Read mode

Negara kita kaya dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau sepanjang tahun. Pelbagai tumbuh-tumbuhan telah digunakan dalam amalan perubatan tradisional sama ada di kalangan masyarakat Melayu, Cina, India atau Orang Asli. Dewasa ini orang ramai telah mula cenderung untuk mengamalkan perubatan menggunakan tumbuhan sebagai alternatif kepada perubatan moden. Di antara tumbuh-tumbuhan tersebut ada yang telah di komersialkan seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.  Namun demikian terdapat juga banyak tumbuh-tumbuhan beracun di negara kita, di antaranya ialah Jelatang Rusa, Cempaka Hutan, Beridin, Bebuta, Kecubung, Rengas dan sebagainya. Tumbuh-tumbuhan beracun ini mampu memberi kesan keracunan melalui sentuhan, terhidu atau termakan. Dermatitis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan keradangan pada kulit. Terdapat beberapa jenis dermatitis yang boleh disabitkan dengan pendedahan kepada tumbuh-tumbuhan. Ada di antara dermatitis ini boleh memberi kesan sistemik dan biasanya mengambil masa antara satu hingga tiga minggu untuk sembuh.

Kingsburg ( 1967 ) pernah merekodkan lebih kurang 700 spesies tumbuhan yang beracun dan masih banyak lagi yang belum diketahui. Tumbuhan yang digolongkan ke dalam tumbuhan beracun terdiri daripada kumpulan rumpair, kulat, paku-pakis dan tumbuhan tinggi. Di sini hanya beberapa spesies sahaja yang dipilih iaitu dikenali ramai dan sering digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.


1.Jelatang rusa

Jelatang rusa atau nama saintifiknya, Cnesmone Ja-vanica Miq merupakan tumbuhan beracun yang boleh membunuh sekiranya tiada rawatan susulan secepat mungkin. Ia mempunyai bahagian yang beracun pada bulu-bulu halus yang terdapat diseluruh permukaan tumbuhan ini. Bulu tersebut berwarna putih & tajam di hujungnya selain mudah tanggal dari permukaan tumbuhan tersebut & melekat pada kulit. Akarnya menyebabkan cirit-birit jika diminum air rebusannya. Beberapa jenis dan spesies lain yang dipanggil jelatang seperti jelatang gajah, Laporteasetimulans (Urticaceae), jelatang bulan, Spahaerostylis malaccensis (Euphorbiaceae), jelatang ular, Tragia (Euphorbiaceae). Jelatang gajah adalah jenis yang paling kuat kesannya. Bulu-bulu tumbuhan tersebut boleh menyebabkan kesakitan yang kuat kepada mangsa.


2. Bunga Cempaka Hutan



Pokok Bunga Cempaka Hutan adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Gardenia carinata. Pokok Bunga Cempaka Hutan merupakan sejenis pokok beracun. Getahnya, terutama yang terdapat pada bunga dan tangkai daun mempunyai bahan kimia Allamandin. Ia menyebabkan tindak balas kimia dengan kulit dan menyebabkan keradangan kimia.


3. Beridin

Pokok Beridin atau nama saintifiknya Fishtail Palm adalah tumbuhan jenis palma dalam keluarga caryota yang hidup meliar di hutan, ladang, belukar. Terdapat kira-kira 50 jenis pokok palma ini tetapi yang dikenali hanya 12 jenis. Antaranya caryota ochlandra, caryota rumphiana dan caryota gigas. Pokok palma ini kini mendapat tempat sebagai pokok hiasan landskap. Daunnya berbentuk seperti ekor ikan dan ia mendapat nama daripada bentuk daunnya. Ketinggian pokok ini boleh mencapai sehingga 25m.Tumbuhan jenis belukar ini ada yang ditanam sebagai pokok hiasan di tepi jalan dan kebun. Daunnya seperti bilah kipas atau ekor ikan dan buahnya tersusun secara berangkai. Apabila matang buah akan bertukar warna dari hijau kepada ungu kehitaman. Ketinggian tumbuhan ini boleh mencapai 15-25 m. Kesan Keracunan terdapat pada getah, daun dan buah. Getah tumbuhan ini boleh menyebabkan keradangan dan bengkak pada kulit serta kesan terbakar pada mulut.


4. Bebuta



Pokok Bebuta adalah sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di hutan Malaysia. Nama saintifiknya . Tumbuhan ini samada ditanam sebagai pokok hiasan atau sememangnya  tumbuh meliar di kawasan bakau. Ia boleh mencapai ketinggian 14-20 m. Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai susu getah. Daunnya berwarna hijau dan meruncing dihujungnya. Ia akan bertukar warna kepada merah dan kuning apabila matang. Getah putih yang keluar dari seluruh bahagian tumbuhan ini adalah beracun. Getah ini pedih dan panas menyebabkan kepanasan, pedih, bengkak dan pecah pada kulit jika tersentuh. Nama bebuta ini adalah berasal dari tindakannya yang boleh menyebabkan mata menjadi buta jika terkena getah pada mata. Jika diambil secara dalaman racun ini menyebabkan kepanasan usus dan kencing berdarah.


5. Kecubung



Kecubung atau nama saintifiknya Datura Metel Linn/Horn Of plenty angel"s/trumpet/Downy thorn/apple,Devil"s trumpet. Pokok Kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza. Semua bahagian tumbuhan ini beracun. Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak. Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya biarkan mangsa berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang. Bahagian utama yang memabukkan dari tumbuhan ini adalah bijinya. Ia mengandungi semua bahan kimia kecuali glkosid siamosenik. Tetapi keseluruhan pokok ini adalah mabuk jika digunakan secara dalaman seperti memakannya. Asap dari pembakaran tumbuhan ini atau bijinya juga boleh memabukkan jika dihidu. Orang yang mabuk kecubung adalah berkeadaan seperti orang khayal, bercakap tidak menentu, mulut dan kerongkong menjadi kering, muka merah dan pandangan menjadi kabur. Jika dosnya berlebihan, ia boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedar diri dan membawa maut.


6. Rengas


Pohon kayu Rengas atau nama saintifiknya mudah dikenali melalui kulit pada batangnya yang pecah tetapi bahagian terbuka besarnya di atas tidak seperti kulit kayu lain yang rekahan kulitnya rapat dibahagian atas tetapi besar bukaannya dibahagian hujung bawah. Bahagian yang beracun pada tumbuhan ini adalah pada getahnya yang keluar dari bahagian batang atau dahan. Apabila ditakekkan batang tumbuhan ini, akan keluar getah yang jernih dan bertukar menjadi warna hitam. Kesannya menyebabkan kepanasan, bengkak dan melecur jika tersentuh pada kulit. Tetapi sesetengah orang tidak alergik kepada getah ini tidak akan mendapat sebarang kesan.


7.Ipoh



Pokok Ipoh adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama sainsnya Antiaris toxicaria Lesch.Pokok Ipoh mempunyai getah beracun yang digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu, bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang. Ciri-ciri daun pokok Ipoh ini ialah hujung daunnya berbentuk tirus,oblong elliptik,pangkal daun berbentuk bulat. Secara umumnya daun pokok ini adalah nipis. Bandar Ipoh, Perak juga mendapat nama sempena pokok Ipoh.



P/s: Kalau ade sesape nk tambah info lg sila tepek ye...


Last edited by anees~nuhara on 16-5-2014 01:41 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2014 02:20 PM | Show all posts
Tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 02:24 PM | Show all posts
pokok daun belenggang bagus untuk ubat kayap, panau.

kalau siapa ada penyakit cmtu, boleh ambl getah daun belenggang

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2014 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bahayanya ipoh
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2014 11:57 PM | Show all posts
Info menarik boleh dibuat peringatan kalau masuk hutan agar jangan dipegang pokok2 bahaya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 02:59 PM | Show all posts
Nice info, thanks for the sharing. XD
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2014 03:06 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 16-5-2014 02:24 PM
pokok daun belenggang bagus untuk ubat kayap, panau.

kalau siapa ada penyakit cmtu, boleh ambl ge ...

daun gelenggang ker belenggang.....setau sy nama daun ni gelenggang....ker sy yg tersilap....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 03:07 PM | Show all posts
kejoraria posted on 23-5-2014 03:06 PM
daun gelenggang ker belenggang.....setau sy nama daun ni gelenggang....ker sy yg tersilap....huhu
...

kalau tempat kak apa saja nama boleh asal kenal daun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 04:04 PM | Show all posts
selalu nmpk pokok2 ni
siap ade yg dibuat pokok hiasan
cantik tp bahayaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 08:56 PM | Show all posts
tq....bertambah ilmu aku hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 04:33 PM | Show all posts
fakta yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 08:46 AM | Show all posts
byk lg yg beracunn kann
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067392 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list