View: 6321|Reply: 57
|
[Tempatan]
MAS kerugian sangat bersih RM443 juta
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines yang menanggung kerugian bersih RM443 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2014 berbanding RM279 juta dalam suku yang sama tahun lalu berkata, kerugiannya bertambah teruk dengan kehilangan pesawat MH370 yang menyebabkan permintaan untuk perkhidmatan syarikat itu merosot.
"Ketika pencarian untuk MH370 diteruskan hari ini setelah lebih dua bulan hilang, kumpulan kami perlu meningkatkan usaha untuk menambah baik aliran pendapatan serta menguruskan kos yang semakin tinggi sejajar dengan peningkatan kapasiti," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mas, Ahmad Jauhari Yahya hari ini.
"Keperluan ini menjadi lebih penting untuk kelangsungan hidup Malaysia Airlines dan kemampanan syarikat dalam pasaran yang semakin mencabar," katanya dalam satu kenyataan bagi mengumumkan keputusan kewangan suku pertama syarikat penerbangan negara itu.
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 239 orang, termasuk penumpang dan anak kapal, hilang pada pagi 8 Mac lalu.
Pasukan mencari dari pelbagai negara masih berusaha menjejaki pesawat berkenaan yang dipercayai jatuh di Lautan Hindi.
Syarikat itu berkata, tekanan ke atas pendapatan, aktiviti bukan teras yang merugikan serta sentimen negatif ke atas syarikat penerbangan itu, telah membayangi pertumbuhan trafik udara yang agak tinggi dan usaha penjimatan kos.
Ahmad Jauhari berkata, sebahagian besar kos berkaitan MH370 akan ditanggung syarikat insurans.
"Bagaimanapun, kumpulan kami perlu segera meningkatkan usaha untuk mendapat kembali momentum yang hilang dan meningkatkan pendapatannya," katanya.
Operasi syarikat penerbangan itu merosot untuk beberapa minggu sejak MH370 hilang pada awal Mac.
Aktiviti pemasaran dihentikan sebagai menghormati anggota keluarga mangsa dalam pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu, katanya.
Pendapatan syarikat untuk suku pertama meningkat kepada RM3.6 bilion berbanding RM3.53 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu manakala saham syarikat itu jatuh 9.0 peratus kepada 22.5 sen daripada 24.8 sen dalam suku pertama 2014.
Mengenai bahan api pesawat, syarikat itu mengalami peningkatan selari dengan perbelanjaan dengan 11 peratus volum peningkatan bahan api pesawat.
Purata harga bahan api pesawat pada 2014 ialah US$128 setong berbanding A$134 setong tahun ke tahun.
Ahmad Jauhari berkata, syarikat penerbangan negara itu sudah dua tahun berusaha untuk menambah baik operasi dan kekal fokus untuk memacu syarikat ke depan dalam usaha untuk kekal sebagai peserta relevan dalam pasaran.
Antara strategi MAS, termasuk menjana pendapatan dengan peningkatan kapasiti di samping usaha pemasaran dan penjenamaan yang lebih agresif.
"Kami mengekalkan komitmen untuk kekal kompetitif bagi menawarkan kualiti produk dan perkhidmatan terbaik dengan keselamatan sebagai keutamaan kami dan memberi pulangan kepada pemegang saham dalam jangka panjang," katanya.
Ahmad Jauhari berkata, produktiviti telah meningkat dan penggunaan pesawat telah bertambah dengan pengurusan kos yang lebih baik dengan vendor dan pembekal di samping tindakan penting korporat untuk mengumpul modal baharu.
MAS kini memiliki 151 pesawat dengan usia purata hanya 4.35 tahun menjelang akhir tahun ini.
- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
beruk niaga, asyik rugi saja |
|
|
|
|
|
|
|
bungkus laa nampaknya MAS x lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Skarang stewardess n steward MAS pun muka separuh siap jah. Mana pegi yg cantik2 hensem2 sebelum nie? Dah lari pegi airline lain ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Hisham: Tiada bantuan k'jaan kepada MAS
"Apakah ada bantuan kerajaan Malaysia kepada MAS? Tidak," kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.
MAS telahpun mengalami kerugian sebelum kehilangan MH370 pada bulan Mac, dan hari ini syarikat penerbangan itu berkata tragedi tersebut memberi "kesan yang dramatik" terhadap prestasinya.
Syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM442 juta pada suku pertama 2014, iaitu hampir dua kali ganda kerugian bagi tempoh yang sama tahun lepas, lapor Kinibiz hari ini.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (kiri) dilaporkan berkata kerajaan tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan syarikat penerbangan itu, tetapi menolak kerajaan akan memberi suntikan modal baru kepada MAS.
Sementara itu, Hishammuddin memberitahu pemberita hari ini bahawa operasi antarabangsa mencari pesawat MH370 tidak membabitkan apa-apa kos kepada Malaysia kerana setiap negara yang menyumbang sumber, menanggung sendiri kosnya.
"Yang terbabit hanyalah kos mengerahkan aset ketenteraan kita, yang sudahpun berada di sana," katanya.
'M'sia akan kongsi kos'
Untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari di dalam laut, Hishammuddin mengulangi bahawa adalah adil bagi Malaysia berkongsi sebahagian daripada kosnya dan bukan ditanggung sepenuhnya oleh Australia.
Bagaimanapun, katanya, kos yang Malaysia akan ditanggung belum dianggarkan lagi, kerana kawasan carian dan aset yang diperlukan masih belum ditentukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
demi mulayu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya Petronas mahu masuk sektor penerbangan tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
labur kereta, labur kapal terbang, tengok korea labur elektronik gajet |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian saya tengok sesetengah GLCs yang asyik kerugiaan. Lepas tu tak ada apa-apa tindakan diambil ke atas CEO mereka. Kalau kat Jepun dan Korea, kerajaan depa akan rasa bersalah.
Apalah nasib SP Setia as the no.1 developer yang kini baru je dikuasai oleh kerajaan selepas CEOnya yang berkaliber selaku pengasas syarikat tersebut ditendang keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 16-5-2014 12:34 AM
Kesian saya tengok sesetengah GLCs yang asyik kerugiaan. Lepas tu tak ada apa-apa tindakan diambil k ...
team SP Setia kini join Eco World
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat camner dah x pandai nak berniaga . |
|
|
|
|
|
|
|
Wow.. peningkatan kerugian bersih yg sangat memeningkan. Mesti dap punya kerja ni. Jom boikot produk dap. Hidup pengurusan ketuanan. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai MAS...tahun lepas baru je beli 6 bijik a380....makin banyak hutang la pasneh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannn.. Itu la masa untung dlu xbringat nk baiki mne yg ptot. Kenal sgt spesis mcm ni. Klau ikotkn xlogik celah mana rugi. Tiket mahal, pastu nk ke lua, london, us semua guna mas, air asia xde pon ke tmpat2 mcm tu, pastu mknan teruk lak tu. Dah jimat kos, bonus kt pkerja xkasi, pilot mas antra yg dpt gaji murah.. So celah mana rugi??
MAS ni jd mcm ni sb masa untung xingt nk rolling modal. Marketing failed. Ptot masa tgah kaya dlu, upgrade. Jgn tau nk masuk poket je. Patot big boss masa tu pk kepentingn MAS dulu. Upgrade airplane, upgrade srvice, buat promotion. Ni iklan pon kurang sgtt. Patut kejar air asia. So mcm mana nk laku? |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 15-5-2014 11:24 PM
Skarang stewardess n steward MAS pun muka separuh siap jah. Mana pegi yg cantik2 hensem2 sebelum nie ...
Yg tinggal pramugara botak n pramugari gemuk..stock tua ..sb union kuat..ada yg gedabak pakai kebaya ketat.. Omaigod |
|
|
|
|
|
|
|
Tp heran trugi.. SB rata2 org prefer nak naik Mas.. Air Asia , firefly, malindo dikatanyer bad service.. Mcm mana tu |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 16-5-2014 12:34 AM
Kesian saya tengok sesetengah GLCs yang asyik kerugiaan. Lepas tu tak ada apa-apa tindakan diambil k ...
Dalam kes mas letak la ceo siapa pun tetap akan rugi jikalau kontrak menten yg asal dan pekerja terlebih namun tak boleh buang sebba union kuat.
sampai akhirat lah akan kekal rugi karena ceo tak boleh ubah itu semua. |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines yang menanggung kerugian bersih RM443 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2014 berbanding RM279 juta dalam suku yang sama tahun lalu berkata, kerugiannya bertambah teruk dengan kehilangan pesawat MH370 yang menyebabkan permintaan untuk perkhidmatan syarikat itu merosot.
entah berapa kali cucui ..baru dapek yang betui betui ...kerugian bersih... |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 16-5-2014 12:34 AM
Kesian saya tengok sesetengah GLCs yang asyik kerugiaan. Lepas tu tak ada apa-apa tindakan diambil k ...
ms Tan Sri ni wat announcement nak pencen dr SP Setia, deep inside market players dah bleh nampak game org2 hamno nih
dia start dr bawah utk develop sp setia
tp sib baik skang dia dh join eco world...groom anak dia lak skang nih
|
|
|
|
|
|
|
| |
|