View: 32427|Reply: 3
|
Asal Usul Seluar Jean's Levi's
[Copy link]
|
|
Kerubut Emas (The Gold Rush) dalam tahun 1848 telah menarik ramai pengembara pengembara ke California. Salah seorang daripada mereka ialah pemuda yang berumur 20 tahun bernama Levi Strauss (1829-1902)
Strauss pernah menjadi peniaga kain di New York, dan dia membawa beberapa gulung kain untuk dijual di dalam perjalanannya ke barat. Dengan cara ini dia memperolehi pendapatan, dan semasa dia sampai di California, Levi Strauss telah menjual kesemuanya kecuali segulung kanvas.
Tiada siapa yang mahu pakaian yang diperbuat daripada kanvas! Ternyata kerja melombong emas menjadikan seluar seluar panjang pelombong pelombong lusuh dengan cepat. Oleh itu Strauss membuat beberapa pasang seluar panjang kanvas untuk dijual kepada mereka. Semakin lama semakin ramai pelombong pelombong telah dating kepada Strauss untuk mendapatkan sepasang seluar panjang kanvas.
Strauss tidak begitu berpuas hati dengan kanvas, dia pun mula menggunakan satu fabric baru dari Genoa, Italy. Penenun penenun di sana memanggil fabric tersebut “genes”. Strauss telah menukarkan namanya kepada “Jeans” dan kemudian menamakan seluar panjangnya “Levi’s”. Seluar ini popular di kalangan koboi dan juga pelombong pelombong. Kini ia dipanggil Levi’s atau jean biru dan popular di seluruh dunia. Setiap tahun seluar Jeans Levi’s akan keluar dengan jenis baru yang lebih baik untuk si pemakainya.
Contoh Keluaran Tahun 2014 Disini
Last edited by kudoamy18 on 20-5-2014 08:21 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan seluar Jeans dihasilkan oleh Jin untuk dijual mendapatkan dana menyesatkan manusia..ekeke |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|